Saturday, October 2, 2010

Kunjungan Tn Hj Rosli (Rakan Haji 2006-1427H)

Bismilahirahmanirohim


Assalamualaikum tuan haji...Waalaikumusalam....saya Rosli dari Banggi, ada di rumah ke....ada....kami nak datang dalam sejam lagi sampai le.....sila kan , saya tunggu....

dalam kesebukan melayan tetamu pada jamuan raya TC, pada hari miggu lepas, saya menerima panggilan yang tertera hanya nombor telefon sahaja. saya ingatkan En Rosli (LEBIH BAIK JADI BEKAS ORANG JAHAT DARI BEKAS ORANG BAIK ) bloger dari Banggi. Majlis raya TC telah selesai dan hanya tinggal beberapa orang jiran yang membantu untuk mengemas muncul sebuah kereta di hadapan rumah dalam hujan yang agak lebat.
Pada mulanya saya dan isteri tidak cam siapa yang sebenarnya tetamu tu. Rupa rupanya kawan satu pakej, Utas Travel semasa menunaikan haji pada hujung tahun 2006. Kami sebumbung dalam semua hal semasa di Madinah dan Makkah selama 47 hari.

Tiga tahu lepas, semasa raya juga, saya pernah menziarah Tn Hj Rosli di Banggi. Beliau telah ramai menziarahi kawan kawan sesama pakej dahulu, rajin sungguh mengeratkan ukhwah. Tn Hj Rosli tetap mengigati saya kerana dia orang pertama yang saya cukurkan untuk bertahalul menggunakan mesen gunting rambut (memang saya bawa atas cadangan ustaz, untuk mencari pahala) semasa di Mina.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan Tn Hj Rosli dan keluaga kerumah saya, sudi sudikan datang lagi dimasa akan datang. Bila agaknya kita dapat menjadi tetamu Allah lagi ya. Insyaallah, kita berdoa banyak banyak.

Wassalam

13 comments:

  1. Salam, saya pun baru balik open house yg dibuat oleh Pusat Tahfiz yang diusahakan oleh rakan saya, ada tahlil dan majlis ilmu selain majlis raya..terasa sungguh tenang sekali menghadiri majlis2 sebegini

    ReplyDelete
  2. saya pun ingat Sdr Rosli - blogger tu...bulan Syawal ni - bulan ukhuwah...tahniah - kunjungan rakan2 sempena hari raya ni...saya pun ni baru balik dari rumah jiran

    ReplyDelete
  3. salam,

    ada duit, ada rezeki lebih..boleh je perki beberapa kali lagi.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Iman

    memang tenang berada tahfiz...penuh dgn aktiviti keagamaan dan alunan suara orang mengaji

    open house..walimatul urus
    sepanjang mrr2 jem teruk menuju keceras

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Salam Cikgu Sonata

    kunjung mengunjung ..kita eratkan ukhwah....tapi tak tahan jem...
    mukin melaka tak seteruk jem di kl

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Cikgu Humairi

    memang selalu berdoa..agar dapat menjadi tetamuNya...Insyaallah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Salam Rozali,

    Alhamdulillah,seronokkan dapat berjumpa kawan2 yang pernah pergi haji bersama, nostalgianya manis sekali...

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Ummiross

    jumpa sesakali..panjang ceritanya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. salam..sy baru nk daftar tahun nie..TH kata tunggu 23 thun lg...huhuhuh

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Sahrom

    Masyaallah...lamanyer
    tapi kalau ikut pengalaman
    ikut pakej...Insyaallah bila2 boleh
    janji ada duit...mereka berniaga

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. salam atok

    saya ingat pun hj rosli Bangi tadi. hehhe

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam AZ

    mka ada miripnya
    he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  13. salam Dato,

    alhamdulillah....
    tetamu hadir bersama barokah.
    bertuah tuan hj rosli diraikan dengan penuh kesempurnaan oleh tuan umh. amin

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...