Bismilahirahmanirohim
Assalamualaikum
Dalam bulan Ramadhan yang lepas, kami penghuni Taman Cempaka (TC) bermesyuarat 2 kali untuk memutuskan agenda menaja more di Surau TP dan majlis sambutan raya untuk TC
Sebagaimana yang telah dipersetujui, rumah saya menjadi tuan rumah untuk majlis tahun ini yang diadakan pada 26 September, hari ahad yang lepas
Kebiasaannya, buah buahan, air minuman, makanan yang mudah dibuat, kami bergotong royong melakukanya. Sudah banyak tahun menu utama kami adalah satay, tapi kali ini kami tukar kepada nasi minyak
Bacaan Yasin memulakan acara
Tahlil Aruah untuk ibu bapa, sahabat handai dan jiran tertangga yang telah mendahului kami
Doa selamat untuk keselamatan TC
mohon tatacara kejiranan diikuti dengan cara Sunah Nabi
Acara yang ditunggu tunggu..nyam nyam.. bersantap kita
setiap rumah digalakan membawa kueh mueh, kueh raya atau apa apa makanan
ada yang membawa mee goreng, roti jala, lauk ikan patin masak tempoyak
moga adap adap kejiranan kami kekalkan mengikut ajaran Al Qur'an dan mengikut Sunah Nabi Muhammad SAW
Wassalam

salam..suka tgk taman tuan..masyarakatnya saling berharmoni dan ringan tulang
ReplyDeleteSALAM,
ReplyDeleteOH JADI TUAN RUMAH DAN BUAT DI SURAU. IDEA BAIK TU ! TAMAN CEMPAKA NI DI MANA. KALAU DEKAT, LAIN BOLEH LF DATANG MENJENGUK
salam atuk rozali
ReplyDeletesepakat ya jiran2 TC..... taman saya jarangla ....... ahli2nya tak ramai yg menyambut aidil fitri. dan banyak org luar negara sebab perumahan kami hampir sangat dgn usm ..... jadi buat open house sendiri je lah.....
Salam Dato'
ReplyDeletealhamdulillah...Meriahnya suasana, Muga ALLAH mmberkati majlis ukhuwah Taman Cmpaka dan selamat ahli jemaahnya..
Waalaikumusalam Sahrom
ReplyDeleteAlhamdulillah
boleh kata semuanya berpakat
masa ni le kami bercerita panjang
biasanya angkat tangan dari jauh jer
masing2 sibuk
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam LF
ReplyDeleteberhampiran zoo negara, hulu klang
sebelah taman permata
jenguk2 ler bila ada kelapangan
Insyaallah
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ibu Guru
ReplyDeletesetakat ini Alhamdulillah
kalau macam tu tmn ibu guru
bukan 1 malaysia
tapi 1 world....he he
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ain
ReplyDeleteAmin amin amin
Alhamdulillah
meriah...berjumpa bercerita macam2 tofik
terima kasih
Wassalam
suke tengok seperti ini...tempat saya ade gak..tapi ramai "pendatang"...orang luar ! Melaka ni kan kecik je
ReplyDeleteWaalaikumusalam Cikgu Sonata
ReplyDeletememang seronok...dapat berkumpul dan bergotongroyong
ada untungnya 'pendatang'
boleh rasa masakan mereka
he he
terima kasih
Wassalam
salam atuk
ReplyDeleteseronok , masyarakat islam di tmpt atuk masih mengekalkan budaya yg baik
kat umah saya di HC ni pun mcm tu juga, tapi saya tak dapat nak join krn hanya balik seminggu sekali je hehehe
hanya dpt join aktiviti yg kat tepi hutan je hehe
Waalaikumusalam Pak Itam
ReplyDeletetak pa ler pak itam
sesekali keluar drp hutan tu bawale rusa ke, landak ke, ayam hutan ke untuk penduduk HC...
jangan bawa kancil dah leee.. viva dah ada
he he
terima kasih
Wassalam