Sunday, February 13, 2011

Kursus Asas Petanque

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Tiga empat hari yang lepas agak sibuk sedikit, kerana dilantik sebagai urusetia penganjur Kursus Asas Permainan Petanque. Koperasi jabatan kami telah dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan kursus ini, disamping kerjasama daripada Persatuan Petanque Wilayah Persekutuan KL dan Angkasa.
Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan permainan petanque kepada kakitangan, kerana Insyaallah akan dimasukan kedalam salah satu acara sukan tahunan jabatan dan kemungkinan juga dalam acara sukan kementerian kami.
Seramai 50 orang menghadirkan diri dalam kursus ini yang telah diadakan pada 12 Februari 2011, di Arena Petanque PPWPKL, Taman Rekiasi Pudu Ulu, Cheras, yang baru sebulan lepas siap pembinaannya.

Upacara perasmian

Taklimat dan pengenalan asas petanque

menerangkan undang dan peraturan permainan

teknik memegang bola dan cara membaling

seperti kursus kursus lain, sarapan pagi, tengah hari dan minum petang disediakan

sebelah petang diadakan mini pertandingan

wakil pasukan yang telah berjaya diberi hadiah oleh Pengerusi PPWPKL

Alhamdulillah, semua perancangan berjalan lancar serta dalam cuaca yang baik

Islam tidak menolak sebarang bentuk kegiatan sukan malah sentiasa menggalakkan umatnya bersukan sebagai kegiatan riadah yang menyihatkan kerana Islam mengambil berat hal ehwal umatnya. Bagaimanapun, keseronokan bersukan dan melakukan kegiatan jasmani tidak sepatutnya menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawab terhadap Allah seperti mengerjakan sembahyang atau mengambil mudah soal aurat.
Selain pemakanan, bersukan atau beriadah juga adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya supaya menggamalkan aktiviti latihanjasmani yang bersesuaian dengan Islam.

Ini bertepatan dengan saranan Saidina Umar R.A yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani:
Mafhumnya:
"Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda. "


Ini adalah seruan yang jelas bahawa Islam meletakkan kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Pepatah Melayu ada menyebut: “ Minda Yang Cerdas Bermula Dari Badan Yang Sihat .” Justeru, gaya hidup sihat dalam Islam juga dapat diperolehi dengan melakukan ibadah- ibadah khusus seperti berwudhuk, bersolat, berpuasa dan sebagainya.

Wassalam

17 comments:

  1. assalamualaikum atuk-phd...first time dngar permainan ni..huhu

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Eda

    telah menjadi salah satu acara sukan SUKMA (baru2 ni, di Melaka)

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. salam

    saya selalu juga buat game petanque ni di sekolah..saya terlibat dengan koperasi, so memang manjdai rutin tahunan

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Iman

    memang sekarang persatuan galakan utk murid2 sekolah
    supaya mereka akan popularkan sukan ini

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Salam Ieda

    he he
    lebih kura bola padang juga

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum THR
    boss saya pun suka sukan ni.kawan2 ramai juga yg join boss.

    p/s;kartun wanita berkerusi roda pada award itu ialah lambang keadaan ummmu yang perlu berkerusi roda.
    terima aksih sudi ambil award itu.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumusalam Ummu

    jadi ummu dah selalu tenguk permainan petanque ni yerr

    terima kasih penerangan tuu
    Insyaallah kalau berjumpa boleh cerita panjang

    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum
    hehehe atuk, suya tataw pun permainan ape tu :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Rozali;

    Masa jadi cikgu dulu biasa jugak tengok anak murid main petanque ni, best jugak..

    Wasalam

    ReplyDelete
  10. Menariknya kursus tu...
    Jangan tercucuk punggung orang sudahlahh...Hahahaha

    Parah diserang harimau

    ReplyDelete
  11. salam atuk...

    sekolah saya baru nak buka petanque tahun ini...

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Suya

    seronok juga permainan petanque ini
    boleh cuba

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Ummiross

    tak kenal maka tak cinta
    bila kita dah tahu main
    seronok juga

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Salam Miecyber

    Insyaallah
    tak kena orang
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Sham

    kalau gitu boleh saya ajar...
    he he
    (saya pun tak berupa tahu sangat)

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...