Wednesday, February 2, 2011

Terserempak Dengan Le Tour de Langkawi 2011

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Tengah hari semalam pergi ke Sogo untuk survey harga baju.
setelah di -8+\><*#^%= tak jadi beli
tapi boleh pergi round kedua sebab sale hingga 14 hb

semasa datang tadi saya hairan, mengapa pegawai Polis dan
Dewan Bandaraya ramai di Jalan TAR, sekitar Chaw Kit hingga Sogo.
tak mengapa la.. biarlah mereka menjalankan tugas mereka

keluar daripada Sogo
lagi hairan, mengapa orang terlalu ramai









peserta yang kedua, yg pertama tadi tak sempat nak snap

kumpulan besar...berngaum bunyi tayar basikal

negara mana ler yang akhir sekali tu...yang pasti bukan Malaysia

Pelumba pasukan Androni Giocattoli, Jonathan Monsalve ditabalkan selaku juara Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi 2011, kelahiran Venezuela berusia 22 tahun, merangkul gelaran juara keseluruhan pada edisi ke-16 tahun ini.

untuk maklumat penuh sila klik disini

Pengalaman pertama melihat perlumbaan basikal jalanraya setelah 15 tahun diadakan.

Nabi Muhammad SAW sendiri juga sering bersukan. Bermain pedang, memanah, menunggang kuda menjadi amalan nabi SAW dan para sahabat, lebih-lebih lagi dengan tujuan untuk menyiapkan diri dengan persediaan fizikal dan persenjataan yang dapat menggerunkan musuh-musuh Islam.

Firman Allah yang bermaksud;

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu."
(Surah Al-Anfal : 60)


Sirah menunjukkan bahawa Nabi SAW, bukan sekadar bersukan atau beriadhah bersama-sama para sahabat sahaja, bahkan ada masa-masa tertentu, Baginda SAW bersukan dan beriadhah bersama isteri-isteri baginda.

Antara kisah Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam melakukan riadhah bersama isterinya adalah seperti yang terdapat dalam satu hadis Aisyah yang berkata;

"Nabi SAW berlumba-lumba denganku. Aku mendahului baginda. Ketika aku menjadi gemuk, Baginda berlumba-lumba denganku lagi, lalu Baginda telah mendahuluiku. Lalu baginda SAW berkata, ini sebagai balasan terhadap yang lalu."

Wassalam

29 comments:

  1. Saya pernah terperangkap apabila jalan ditutup untuk laluan Le Tour de Langkawi ni. Masa tu bawa pasukan Tenis untuk ke tempat pertandingan. Masa dah suntuk sangat. Bayang peserta basikal tu tak nampak pun, masih berkilometer di depan, jalan dah tutup!!!

    Jenuh merayu kepada polis bertugas....akhirnya dilepaskan. Bayangkan, cuma kereta XIIINAM lalu di jalan tu sambil mendapat sorakan dari penonton kiri dan kanan jalan....



    ...sampai lewat beberapa minit. Hampir diisytiharkan kalah tanpa bertanding.

    ReplyDelete
  2. Salam ckLah

    pengalaman yg tak dapat dilupakan tuu..

    memang ler
    siapa yg melintas jalan semalam
    sambil bunyi wisel polis
    orang ramai bersorak dan tepuk tangan
    tapi nampak semua happy

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. as'salammualaikum atuk..

    amy tunggu jugak dowang lalu sini tapi sayangnya dorang x jumpa jalan nie la hehe...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum atuk..

    mesti best dpt gk live kan..tahun nie kat tempat saya depa tak lalu pun hehehehhe...

    ReplyDelete
  5. Salam Atuk,

    Semalam tergendala nak ke selatan kerana N9, Melaka & Johor hujan tak henti dan banjir....

    ReplyDelete
  6. salam atok..
    seronok bila dapat tengok secara live kan?

    ReplyDelete
  7. bestnya bila nak sampai kelantan.. masa le tour de langkawi lepas sempat jugak tengok aksi diorang depan mata.. insyaallh tahun ni plak.. nanti ibu kongsi same ye..

    ReplyDelete
  8. ooo ada tour de langkawi ..
    kalau saya teringat zaman2 rusuhan nak pilihan raya ulu .. adik saya pernah ditahan di sogo nie sbb polis ingat dia dan kawan dia diantara yg buat rusuhan .. depan sogo tuu lah .. huhuhuh

    ReplyDelete
  9. Kali ni Anuar manan gagal mempertahankan jersey biru (raja pecut)..

    frust juga

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Safiudin

    teringat kisah lam la tuuu

    boleh jadi coach

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Amy

    dia orang lalu depan saya ler amy
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Sahrom

    pengalaman baru
    secara live
    seronok
    tenguk gelagat penonton

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Kakzakie

    ye kee
    saya tak ikut sangat perkembangan mereka

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam Sayangibu

    suka tenguk gelagat penonton
    bermacam ragam

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Ibu

    buat ler n3
    saya tunggu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Ieda

    sogo banyak kenanggan tersendiri
    center tuu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Iman

    peringkat kedua dia dapat 2nd
    jadi ler

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. salam atuk

    salah tu fakta, yang juara kan bapak hehehe

    bapak mengayuh bagai nak rak semalam , mengayuh dalam air hehehe

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam Pak Itam

    kayuh dlm air buat apa
    dlm air kan dayung
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Rozali

    Seronoknya, lintas langsung dari SOGO..

    ReplyDelete
  21. Salam Bro Rozali,

    tapi saya bengang tau. Terpaksa menunggu depa ni clear. Almost 20 minutes. Sampai lambat meeting. Panas lagi.. Sedihh

    ReplyDelete
  22. Waalaikumusalam Ummiross

    he he
    kebetulan ajer

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  23. Waalaikumusalam Yan

    sebenarnya saya pun terperangkap juga, tapi tak ada hal penting...jadi tenguk dan layan ajer ler

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  24. Salam Miecybers

    salam ukhwah

    tentu banyak bawa coklat..he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  25. Salam Ukhwah Adzriel

    terima kasih sudi menziarah phd

    memang jem jalan
    sejam lagi nak sampai pelumba tu
    mereka dah tutup jalan

    Wassalam

    ReplyDelete
  26. ┏〓〓┓┏〓〓┓┏〓〓┓
    Wish you healthy always
    ┗〓〓┛┗〓〓┛┗〓〓┛
    ....lllllll........ lllllll .......lllllll....
    Salam dari kami…
    http://firestartingautomobil.blogspot.com
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    pernah gak terhenti perjalanan kat trafic light pasal Le tour ni.... tapi diorang bawak basikal fuhhhhh sikit punya laju lahhh

    ReplyDelete
  27. Waalaikumusalam Afzainizam

    memang laju betul mereka kayuh
    kalau lawan dgn motor saya...
    berbatu batu ketinggalan..he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...