Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja 2011

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2011 kepada kekawan semua. kepada yang sedang menyambung pelajaran sama ada yang sepenuh masa atau sambilan, atau memang students, moga selamat maju jaya. Moga kita menjadi insan yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan cemerlang di Akhirat...amin amin amin

Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”

(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.

Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”

(Riwayat at-Tirmizi)

kredit : http://nurjeehan.hadithuna.com/2008/01/20-amalan-murah-rezeki/

Wassalam

19 comments:

  1. Assalamualaikum,

    eh...wat pe tu???

    Moga murah rezeki dan selamat hari pekerja.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum abg : hahahha... soklan yg sama.. wat per bawah meja tuh???

    ReplyDelete
  3. selamat hari pekerja bro .. waa rajin nyaaaa :))

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan Haji..
    izin link ke sini..

    ReplyDelete
  5. Salam, Semoga pekerjaan kita sentoasa di berkati

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..
    Selamat Hari Pekerja buat Atuk.
    Lain macam duduk bawah meja itu,Tuk. Biasa saya atau Hashimi sahaja yang masuk tempat bawah itu, hehe
    Internet problemkah atau buat 5S?
    Apa pun semoga rezeki-rezeki yang kita perolehi diberkati oleh Allah s.w.t..Amin

    ReplyDelete
  7. Waalaikumusalam Cikgu Humairi

    he he
    projek 5S...

    Insyaallah
    amin

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Afeezz

    begini le kerja gomen
    5S..semua kena turun padang

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Miecyber

    moga selamat semua nya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Salam Ieda

    he he
    rajin depan bosss

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Nur

    Alhamdulillah
    dialu-alukan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam KAMATO

    Insyaallah
    amin amin

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Ubai

    he he
    selalu buat kerja atas meja
    sesekali kena buat yg bawah meja pula
    5S punya penanggan...

    Amin amin..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Atuk,

    selamat hari pekerja, sambung cuti lagi hari ni

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum atuk

    pakai kasut tinggi ye ke tempat keja? he he

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Ibuintan

    cuti dipejabat ajer
    tapi kat rumah menimbun kerja

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Norh

    he he
    cekap mata norah....

    terlupa nak cut...ha ha

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. sepatutnya yang duk buat kerja tu ialah en. **** hihihihihihi bukan Atok

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...