Monday, May 2, 2011

Tahniah Datin Azlina, Menerima Menantu Sulung

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Kami mengucapkan tahniah kepada Datok dan Datin Azlina kerana menerima menantu sulung, serta terima kasih, sudi menyemput kami semalam dalam majlis walimah, yang penuh meriah dan warna warni.

Alhamdulillah, majlis perkahwinan berjalan lancar dalam susana cerah dan ceria
(Datin Azlina silent reader pada PHD)

Singahsana raja sehari

Pasangan pengantin
Zulkiflee Hasyeem dan isterinya Nur Masyitah


Dihadapan pentas utama, Kelab Golf Perkhidmatan Awam(KGPA),
Bukit Kiara, Damansara

Menjamu selera dengan Taj dan Atikah

meriah dengan kehadiran CM dan Syima serta Sophie

bertambah mesra denga kedatangan Mama Ju dan Ummi Humaira



Geng PDKM bersama pengantin

Bertambah manis pengantin diapit oeh geng PDKM

Datin dikerumuni geng PDKM

Sempat berposing di depan KGPA

Buah tangan daripada pengantin

Doa Untuk Pasangan Baru Kahwin

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab, “Katakan barakah2.jpg (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”

Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda,

barakah1.jpg

(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin,

Rasulullah s.a.w. akan berkata,

barakah3.jpg

"(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.

31 comments:

  1. assalamualaikum... tahniah pada pasangan.. semoga kekal ke akhir hayat.. amin

    ReplyDelete
  2. Assalam Atuk,

    Membaca doa2 itu teringat saya pada lagu Maher Zain..
    Alhamdulillah seronok btemu dgn geng2 PDKM seumpama famili besar..

    p/s: sy tau atuk ckp sy maintain cute kan w/pun tgh busy haha nak wat camna dah rezeki hehe

    ReplyDelete
  3. SALAM tuan HAJI..
    tahniah juga buat Datin, semoga bahagia pasangan pengantin itu..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum akhi Rozali...

    Selamat pengantin baru buat Zul n Masyitah...

    Tahniah buat Datin n Datuk kerana menerima menantu ...

    gembira sangat bila dapat bertemu dgn semua rakan PDKM ... terasa macam satu keluarga.

    ReplyDelete
  5. wah vouge nya majlis .. suke tgk ..
    tahniah buat pengantin :)

    ReplyDelete
  6. Aslkm
    tAHNIAH. seronok jumpa geng.
    Tkasih hadis tu..ada yg saya tak tau..

    ReplyDelete
  7. salam

    nanti bila ada kenduri lagi kita jumpa lagi yarrr,,,

    ReplyDelete
  8. Salam Atukkkkk...


    amboi3x...amik gmbr curi naa...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum atuk phd...

    apa khabar..
    waa..bestnya dapat makan kenduri ye..

    siapa ya datin ni..
    kurang mengenali beliau..

    tahniah buat datin

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    Tahniah dari saya jugak. Atuk bile lagi....jangan miss jemputan yea.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Rozali

    Seronoknya dapat berkumpul beramai2 dalam majlis macam ni.

    Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin Zulkiflee Hasyeem dan isterinya Nur Masyitah..

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Ibu

    lama tak bersiar yerr
    sibuk dgn anak ...Alhamdulillah


    amin atas doa2 tu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Syima

    Alhamdulillah
    saya cukup seronok bila jumpa geng PDKM...meriah

    ps: maaf yer... saya nak mengusik syima...nanti ler taj ni..dia beri tahu pulak..he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam Nur

    Alhamdulillah
    amin amin

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Ummi Humaira

    memang happy

    janji dgn anak, kita lambat balik kalau ada jumpa geng ayah..he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Salam Ieda

    anak datuk kannnnn
    meriah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Mama Ju

    Insyaallah
    kita jumpa dilain masa pula..
    seronok

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam CM

    kita set masa
    boleh jumpa semua
    kalau ada CL, lagi indah, kannn

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam Taj

    he he...

    ps: oooooo...beri tahu syima yer...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  20. Waalaikumusalam Amy Sensei

    sesekali pi kenduri datuk2

    Datin ni silent reader saya, ber berceloteh dlm fb ajer, geng pdkm tu adalah followers pdkm, orangnya low profile


    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  21. Waalaikumusalam Cikgu Humairi

    rasa2nya lambat lagi
    Insyaallah, akan jemput nanti

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  22. Waalaikumusalam Ummiross

    kami semua seronok...
    Insyaallah, ummiross pun boleh join

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah....
    terbina satu masjid...alhamdulillah.

    ReplyDelete
  24. salam dari Makkah


    alhamdulilah...selesai sudah majlis walimah buat kelaurga Datin Lina..cl mendoakan semoga kedua mempelai bahagia hingga ke akhir hayatt...insyallah..amenn


    waslanm

    ReplyDelete
  25. Salam Atuk,

    Semoga mereka bahagia hingga keakhir hayat..akak tak dapat nak hadir..tapi seronok tgk geng kita ramai yang datang..tentu Datin seronok kan.

    ReplyDelete
  26. salam THR,

    Meng'amin'kan doa yang dititipkan buat pengantin diraikan. Tahniah dan syukuru juga buat ibu bapa pengatin. Bertambah meriah anggota keluarga.

    Tumpang rasai bestnya team PDKM bersama di majlis. Alhamdulilah semua ceria2 dan gumbira..

    terima kasih atas pengkongsian ni

    ReplyDelete
  27. Salam Farhan

    Alhamdulillah
    kita doakan untuk mereka

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  28. Waalaikumusalam CL

    Amin
    Insyaallah
    berkat doa drp Makkah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  29. Waalaikumusalam Kak Sidah

    saya tunggu juga kak sidah

    ada akak, tentu meriah lagi

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  30. Waalaikumusalam Ain

    Alhamdulillah
    majlis tu meriah dan ceria

    riuh rendah bila geng pdkm berkumpul
    nanti, boleh join

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  31. Salam atuk..insyaallah..satu hari pasti kita akan berjumpa..hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...