Thursday, May 5, 2011

Wisuda (Konvokesyen) Kak Ngah - Jakarta 2011-5

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tujan utama ke Jakarta kali ini adalah untuk menghadiri Wisuda,(macam kita disini konvokesyen) Sarjana Dokter, Kak Ngah. Yang diadakan di Jakarta Convention Center, macam PWTC di KL ajer. Pada 16 April 2011, tempuh hari.

Selama 3 1/2 tahun belajar didalam bilik kuliah, sekali-sekala sahaja pergi ke hospital dan keputusan peperiksaan akhir semester awal tahun yang lalu, hanya sederhana sahaja. Alhamdulillah, digelar Doktor Muda.

Insyaallah, mulai 1 Jun 2011, akan menjalani prektikal selama 2 tahun pula di hospital. Mohon agar tidak ditugaskan dihospital yang jauh dan pendalaman, harap-harap sekitar Jakarta sahaja. Memohon kepada Allah, moga dipermudahkan dalam semua hal dan memperolehi keputusan yang cemerang serta senantiasa di atas landasan Allah.

Kad jemputan

Pesedian

Sebelum masuk dewan
Pakai sarung tangan kerana adat mereka bersalam dengan Counselors

Suasana dalam dewan



Alhamdulillah, tahniah Kak Ngah

Bergambar selepas Wisuda

Sekitar di dalam bangunan Jakarta Convention Center

Junior mereka dari Universitas Trisakti dan daripada Universiti Bandong
datang memberi ucapan tahniah dan syabas


Amalan Murah Rezeki

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”

(Ar-Ra’d: 28)


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”

(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.”

(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.”

(Riwayat Bukhari)

Amalan murah rezeki 1-3 : Klik disini
kredit : http://nurjeehan.hadithuna.com/2008/01/20-amalan-murah-rezeki/

Wassalam

41 comments:

  1. Dah jadi doktor muda. tahniah2.

    Malaysia negara islam. bab bersalam time konvo tidak pula mereka titik berat pasal sarung tangan.. apa nak jadilah malaysia ni.

    MENONGKAH ARUS KEHIDUPAN

    ReplyDelete
  2. Salam AQ

    terima kasih

    Alhamdulillah
    geng anak saya tu, memelihara Islam dan menjaga imej Malaysia

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Rozali;

    Tahniah buat doktor muda. Moga Kak Ngah dapat praktikal disekitar Jakarta..

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Ummiross

    Alhamdulillah

    Amin amin amin

    terima kasih
    Wasalam

    ReplyDelete
  5. Assalam Atuk,

    1st tahniah kepada Atuk & Kak Noor sbg ibu dan ayah yg telah berjaya mendidik Kak Ngah sehingga menjadi Doktor Muda.

    2nd, tahniah kepada Kak Ngah dari Kak Syima atas usaha yang telah pun berbayar, jgn lupa balas jasa kedua ibubapa.

    Akhir kalam, kepada Atuk dan Al-Qassam di UiTM juga mengharuskan semua graduan bersalam dgn Chancellor tetapi untuk memakai sarung tangan adalah atas budi bicara student samada ingin memakainya atau tidak dan pihak pengurusan telah memberitahu..ada juga yg memakainya.

    ReplyDelete
  6. Salam alaik atuk phd :)

    pertamnya tahniah ats wisuda kak ngah.

    keduanya, alhamdulillah, UTM Skudai tidak pula mewajibkan salam ini.

    teringat motto UTM, "kerana Tuhan untuk Manusia"

    ReplyDelete
  7. as'salammualaikum atuk ,

    tahniah atas wisuda kak ngah , muda2 lagi dah jadi doktor...

    ReplyDelete
  8. Aslkm Atuk

    Wah Tahniah, tahniah.
    Tabik sangat sebab mereka bersedia dgn sarung tgn!
    Berkenan dgn pintu berukir tu, cantik sangat. hehe ada ternampak dekat kedai tepi jln dekat2 rumah atuk...jln masuk AU...

    ReplyDelete
  9. salam atuk

    Tahniah

    ALHAMDULILLAH

    ReplyDelete
  10. Salam tn haji.
    Tahniah utk k ngah. Pasti rasa bertuah dapat anal yg cemerlang. Dan insya Allah terus cemerlang ...

    ReplyDelete
  11. tahniah untuk Kak Ngah :)
    Suya bakal konvo bulan 9..
    hopefully smeuanya selamat :)

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum akhi Rozali...

    tahniah buat kak ngah n ibu ayah nya.

    sejuk rasa hati bila anak dah berjaya.....

    semoga kak ngah dipermudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  13. Tahniah Kak Ngah. Nanti mintak posting kat sepital Teluk Intan.

    ReplyDelete
  14. Hj Rozali,

    Tahniah atas kejayaan anak tuan

    ReplyDelete
  15. tahniah kak ngah kerana membuatkan ayah dan ibvu bangga ..

    bile lahh anak2 saya nak besar dan berjaya mcm nie huhuh

    ReplyDelete
  16. Salam cik Rozali...

    Tahniah untuk sekeluarga...kejayaan anak2 adalah kejayaan ibu bapanya....

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Syima

    Alhamdulillah...t/kasih

    sarung tangan tu atas usaha pakatan pelajar Malaysia ajer

    terima kasih
    Wasalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam MB

    Alhamdulillah t/kasih

    Syukur, sekurang2nya, terhindar drp perkara yg haram..

    terima kasih
    Wasalam

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam Amy

    Alhamdulillah

    terima kasih
    Wasalam

    ReplyDelete
  20. Waalaikumusalam Mama Ju

    Alhamdulillah

    memang ada kedai yg jual pintu macam dlm gambar tuu...pernah singgah..tenguk2 ajer

    terima kasih
    Wasalam

    ReplyDelete
  21. Waalaikumusalam Pak Itam

    Alhamdulillah...Syukur

    terima kasih
    Wasalam

    ReplyDelete
  22. Waalaikumusalam Nur

    Syukur
    mudah2an amin

    terima kasih
    Wasalam

    ReplyDelete
  23. Salam Suya

    Syukur

    bulan 9 nanti saya nak pi USM...he

    terima kasih
    Wasalam

    ReplyDelete
  24. Waalaikumusalam Ummi Humaira

    Alhamdulillah
    Syukur

    amin amin

    terima kasih
    Wasalam

    ReplyDelete
  25. Salam Cikgu Humairi

    Syukur

    he he
    kalau kat T/Intan
    boleh teman kan opahnya

    terima kasih
    Wasalam

    ReplyDelete
  26. Salam En Rosli

    Syukur

    terima kasih
    Wasalam

    ReplyDelete
  27. Salam Ieda

    Alhamdulillah

    Insyaallah
    kena doa banyak2..anak2 akan berjaya

    terima kasih
    Wasalam

    ReplyDelete
  28. Waalaikumusalam Shami

    Alhamdulillah
    Syukur

    terima kasih
    Wasalam

    ReplyDelete
  29. Salam Atuk,

    Tahniah..pada kak ngah dan juga pada atuk dan isteri..kejayaan anak bermakna kejayaan ibu bapa jugak kan..

    Nanti bila anak anak akak konvo nak suruh dia org pakai sarung tangan lah...tk atuk menyampaikan pesanan ini..

    ReplyDelete
  30. Waalaikumusalam Kak Sidah

    Alhamdulillah
    Syukur

    usaha kita untuk mengelakan pekara yg dilarang

    terima kasih
    Wasalam

    ReplyDelete
  31. as'salammualaikum atuk,

    tahniah kepada Atuk sekeluarga dan tentunya buat kak Ngah

    semoga Kak Ngah terus berjaya

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum atuk

    tahniah kak ngah..

    ReplyDelete
  33. Waalaikumusalam Ibuintan

    Syukur

    amin amin

    terima kasih
    Wasalam

    ReplyDelete
  34. Waalaikumusalam Norh

    Alhamdulillah

    terima kasih
    Wasalam

    ReplyDelete
  35. Salam Miecyber

    Alhamdulillah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  36. assalamualaikum tuan haji
    alhamdulillah'salam tahniah untuk dr kak ngah ye.

    ReplyDelete
  37. Salam Roz,

    Tahniahhhhh....buat Roz, isteri & kak ngah...lepas ni posting kat mana tu?

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum abg : tahniah kepada kak ngah. semoga terus maju dan jaya...

    ReplyDelete
  39. salam Tuan Hj,

    ALHAMDULILAH
    TAHNIAH KAK NGAH...opp Dr kak ngah.
    selamat bertugas ye..
    cantik ek jubah nya...a

    ReplyDelete
  40. salam.. tahniah kak ngah. semoga dapat berbakti pada masyarakat dan ibu bapa.. AMIN

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...