Sunday, April 15, 2012

Al Amin Food Coner - Nasi Arab


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Insyaallah, pada 19 April nanti, Kak Yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya. Kebetulan minggu lepas, Kak Yang dan Kak Uda balik bercuti serentak.


Kesempatan ini, kami meraikan terlebih dahulu ulang tahun kelahiran Kak Yang di Al Amin Food Coner








Nasi Mandy kambing dan ayam goreng berempah


Sup dan sambal


Nasi tambah


Tea Arab


Suasana kedai yang selesa dan bersih


Roti Arab dan kari ayam (RM6.00)


Terdapat perbagai minuman


Terkenang semasa di Makkah bila melihat minuman ni


Tempat pakir yang mudah

Al-Amin Food Corner (AFC)
No. 13, Jalan 6, Taman Batu Off Greenwood Park,
68100 Batu Caves, Selangor.
(belakang stesyen minyak Shell)

untuk maklumat lanjut layari http://restoran.nasiarab-afc.com/

Kami berdoa untuk anak-anak kami sebagai mana doa Nabi Muhammad SAW. kepada ibnu abbas:

“ Ya Allah berilah ia pengertian dalam bidang agama dan berilah ia pengetahuan takwil (tafsir) ”.

Allah mengabulkan doa Nabi-nya dan Ibnu Abbas, terkenal dengan penguasaan ilmunya yang luas dan pengetahuan fikihnya yang mendalam , menjadikannya orang yang dicari untuk di mintai fatwa penting.

Tentang Ibnu Abbas, Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah berkata :
” Tak pernah aku melihat seseorang yang lebih mengerti dari pada Ibnu Abbas tentang ilmu hadits Nabi SAW. serta keputusan2 yang dibuat Abu Bakar ,Umar , dan Uthman “.


WASSALAM

18 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Selamat ulang tahun untuk KakYang nya.....


    Makanan Arab....ckLah suka.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum atuk..
    selamat hari lahir utk kak yang..

    sedapnye..sy blum pernah smpi lagi ke restoran ni..insyaAllah satu hari nak cuba jugak

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Atuk

    Memang nampak terliur nasi arab mandy ni .pasti sedap kan.

    Selamat harilahir Kak Yang semoga berjaya menjadi anak soleh.

    ReplyDelete
  4. wah2 nasi arab ... hurmmmm best2 tuk .. roti arab tuu bikin saya panasss kat sini yumx3 ;))

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Atuk..

    Selamat Hari Lahir buat Kak Yang..
    Yang lebih romantiknya Atuk belanja tu..

    Pasti ada hadiah paling mengembirakan..

    ReplyDelete
  6. Maaf atuk salaf tafsir ingatkan Hari Lahir isteri Atuk..Maklumlah saya dah tua Atuk maaf ye!

    Semoga anak Atuk barjaya dunia dan akhirat..Amin

    ReplyDelete
  7. Assalam Bro Rozali,

    sekarang ni arabic food dah jadi favorite rakyat malaysia.. even mahal pun ramai yang datang..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Atuk..

    Dah berbulan tak mkn nasi mandy..

    Senyum lebar Kak Yang di apit ibu bapa..

    ReplyDelete
  9. papa mifz tak pernah mkn nasi arab...huhu

    ReplyDelete
  10. Huh sedap2. kebersihan juga berkualiti lihat dari gambar.

    AUDIT PRESTASI,DIDIK DIRI

    ReplyDelete
  11. Salam Atuk dan datin,

    Selamat hari lahir buat Kak Yang. Moga jadi org berguna, berilmu , mengembirakan ibu bapa dan bahagia dunia akhirat. Amin.

    ReplyDelete
  12. Selamat hari lahir buat Kak Yang..semoga menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia dan akhirat.InsyaAllah. sedap tgk nasi arab berlauk tu.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum atuk....selamat hari lahir buat kak yang yer...:)

    ReplyDelete
  14. saya memang minat masakan2 restoren arab...selalu gak pegi hadramawt, zamzam shah alam, sahara tent etc etc...nanti Atuk jenguk la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan....dan follow yer TQ TQ
    Tengah buat PhD ke masa ni? attach kat U mana? dulu saya M.Sc kat London...lama dah

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Atuk..

    Wow!!! nasi mandy, favourite ummi tu Atuk, seronoknya dapat makan bersama anak-beranak.
    .

    ReplyDelete
  16. assalammualaikum atuk..apasallah tak call akak ..leh akak join makan sekali

    ReplyDelete
  17. Roti arab dan kari ayam tu yang teringin nak rasa... agaknyer macam ner lah rasanyer yerr

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy service blower aircond kereta

    ReplyDelete
  18. Lokasi terbaru Restoran Nasi Arab AFC berada di susur simpang keluar Duta Ulu Kelang ( DUKE ) di Pusat Perdagangan Selaseh 2 , Fasa 2.: Terletak berhampiran Surau Darul Muhajirin. Lokasi terletak di bangunan lama 2 tingkat di Alamat No. 6 Jalan Selaseh 18, Taman Selaseh Fasa 2 . Sekiranya ternampak 99 speedmart di situ pandang ke arah lorong belakang akan nampak bangunan lama 2 tingkat . Restoran Nasi Arab berada bersebelahan kedai runcit. Itu adalah lokasi terbaru nasi arab AFC. untuk sebarang tempahan meja, tempahan bungkus dan lain-lain maklumat lanjut boleh hubungi. no telefon 011-63327027 AFC atau 0193211911 Pn. Hasnah. waktu operasi Isnin - Khamis 12 tengahari-7 malam sahaja. Jumaat dan sabtu 12 tengahari-9malam sahaja .waktu solat jumaat tutup sementara,buka semula selepas solat jumaat. Setiap Hari AHAD TUTUP, cuti mingguan. Call 011-63327027 @ 019-3211911 Pn.Hasnah.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...