Thursday, April 19, 2012

Kuching, Sarawak 2012 - Fort Margherita


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Setelah sarapan di Tun Jugah, lebih kurang pukul 11.30 pagi, nak menunggu check in lama lagi. Jadi saya dibawa melawat ke Fort Margherita (Kubu Margherita) yang terletank di seberang Bandar Kuching, ia itu Kampung Boyan.


Gambar lama tapak Waterfront sekarang yang jelas kelihatan Fort Margherita (snap daripada pameran di Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara)


Menaiki bot untuk keseberang, Kampung Boyan
50 sen seorang, pukul 10.00 malam ke atas tambangnya RM1.00 seorang


Papan tanda arah ke Fort Margherita


Dianggarkan 250 miter daripada jeti penambang


Melaui celah-celah rumah penduduk setempat


Surau Kampung Boyan


Rumah yang unik, sebahagiannya dibuat daripada batang pinang




Dekelilinggi dengan meriam




Bilik tahanan




Tembuk kawalan


Dataran yang terletak di tepi sungai


Bersebelahan dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak


Info Fort Margherita

Kubu Margherita di bina pada 1878. Terletak di atas tebing Sungai Sarawak mengadap Pekan Kuching berhampiran kediaman Brooks. Tempat ini dikelilingi oleh Kampung Melayu. Kubu ini dinamakan 'Fort Margherita' bersempena nama isteri Charles Brook, Rajah kedua Sarawak iaitu Ranee Margaret. Dengan kedudukan yang strategik di atas bukit mengadap lencongan Sungai Sarawak, kubu ini berperanan sebagai tempat pertahanan utama Rajah Brooke yang menghadapi tentangan berterusan dari penduduk pribumi.

Pada tahun 1932, kubu ini pernah dijadikan sebagai pusat Renjer Sarawak. Pada asalnya iaitu sebelum tahun 1934 hanya terdapat bilik tahanan tetapi telah ditambah menjadi kubu. Kubu ini juga pernah dijadikan sebagai pengkalan bagi tentera Jepun pada tahun 1941.Pada tahun 1971 kubu ini telah disenaraikan sebagai Bangunan Bersejarah Sarawak di bawah Antiquities Ordinance (Ordinan Warisan Bandaraya Sarawak, 1993).

Kubu ini berbentuk bangunan segi empat dibina dari batu-bata berplaster. Ia mempunyai 3 tingkat iaitu tingkat bawah berlantai tanah untuk kawalan dan bilik tahanan. Tingkat 1 dan 2 berlantai kayu belian untuk ruang kediaman tentera. Manakala bahagian bumbung merupakan tempat kawalan.

Akibat serangan yang lebih hebat dari penduduk pribumi, kubu ini telah diperbesar pada tahun 1934 dengan membina tembok tinggi yang bersambung dengan bangunan asal. Ia dilengkapi dengan dua menara tinjau dan laluan untuk tentera berkawal pada sepanjang tembok. Lubang-lubang meriam dibina pada tembok menghala Sungai Sarawak dan perkampungan Melayu di bawah bukit.

Kubu ini dijadikan pengkalan Renjer Sarawak ada tahun 1932, Pejabat Kampetai Jepun sewaktu Perang Dunia ke-2 dan terakhir sebagai Muzium Polis. Jabatan Warisan Negara telah membuat kerja pembaikan pada tahun 2006. Walau bagaimanapun, ia mengalami kerosakan setelah dikosongkan oleh Polis sewaktu projek pembinaan bangunan baru Dewan Undangan Negeri Sawarak bersebelahan kubu ini. Konservasi kubu ini merupakan salah satu projek utama Jabatan Warisan Negara pada tahun 2011-2012 di bawah Program Rancangan Malaysia ke-10.

rujukan disini


Dari Nabi s.a.w, sabdanya:

"Fikirkanlah mengenai segala apa jua (yang diciptakan Allah), tetapi janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah….."

Ibn Abbas r.a


WASSALAM

22 comments:

  1. Assalamualaikum Atuk

    Terima kasih dapat tumpang tengok tempat yang belum pernah masuk dalam minda.Nak sebut pun susah....fortmargherita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Mak Wan

      nanti suruh anak menantu bawa ke sana

      Delete
    2. JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-342-064-735 TRIMAH KASIH

      Delete
  2. Assalamualaikum Atuk

    Atuk.. sila percaya selama bertahun di Kuching ummi tak pernah ke Fort Margheritta, tengok dari jauh je, huhuhu
    sedih kan...begitulah bila jauh baru terasa nk pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Ummi

      percaya..percaya.
      kena melancung ke Kuching pula lepas ni.....he he

      Delete
  3. salam
    atuk..rumah tu mmg unik...dan saya terasa nyaman ja jika berada dlm rumah yg dibuat daripada buluh tu

    ReplyDelete
  4. Aslkm Atuk

    Seronoknya kat kuching...kenapa tambang tu murah sangat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Mama

      seberang sungai ajer
      lebih kurang 4/5 minit ajer

      Delete
  5. saya tahun lepas gi kuching ..seronokkan jln2 kat sana tuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ain

      habis lawat semua ke....kalau tak boleh pergi lagi

      Delete
  6. teringin nak ke Kuching...tak sampai lagi...huhu

    ReplyDelete
  7. bilalah nak sampai ke Kuching ni atu..hehehe

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum auk...wah seronknya dpt melihat tempat2 yg menarik n sejarah negeri Sarawak...

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Salam Saiazuan

      cuti sem zuan boleh la kesana...

      Delete
  10. Assalamu'aalaikum wbt THR

    Saya pernah bertugas di Kuching pada 1979-1981. Tapi tak pernah pegi ke situ. Lihat saja dari seberang sungai.

    ReplyDelete
  11. wahh rumah batang pinang tu unik betul... mmg sekali pandang jerr mmg amat tertarik sekali

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy service blower aircond kereta

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Atuk...

    Saya juga yang belum sampai kampung boyan...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...