Thursday, April 12, 2012

Sebelum Lima Perkara


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Allah memberi nikmat kesibukan kepada saya dalam sebulan dua ini, untuk menguruskan hal-hal dunia. Ini sedikit sebanyak mengurangkan kesebuk untuk bekalan yang kekal nanti.

Tapi, Insyaallah, memulakan tugas-tugas dengan Basmalah. Moga Allah memberkati usaha kami.

Dikesempatan ini saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan semua, kerana masih sudi menziarah PHD.





Setiap kali Allah S.W.T memberi ingatan, tegahan atau amaran, ia mempunyai maksud disebaliknya. Kita boleh menjadi:
kafir apabila tidak mempercayainya
munafik apabila kurang yakin
fasik apabila menganggap mudah lantaran dituruti runtunan hawa nafsu.

Manusia akan sentiasa alpa dan leka yang akhirnya tanpa benteng iman ampuh menjerumuskan mereka ke lembah kemurkaan.

Menjadi lumrah manusia, ia akan menjadi ingat, berwaspada dan bersiap sedia apabila diberi ingatan atau amaran, melalui corong telinga.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati."

(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.


WASSALAM

11 comments:

  1. Aslkm Atuk

    Selamat kembali dan moga ukwah berterusan. Hidup utk berbakti kerana Allah!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum atuk...moga sentiasa bergembira menikmati hari2 seterusnya...:)

    ReplyDelete
  3. salam
    alhamdulillah...biarlah sibuk kerana bekerja dari buat2 sibuk kerana tak bekerja..:)

    ReplyDelete
  4. Salam, sibuk bekerja menguruskan hal-hal dunia pun boleh menjadi bekalan diakhirat jika diredhai

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..
    jangan jadi penyibuk dengan urusan org lain sudah...

    ReplyDelete
  6. Selamat kembali Atuk!

    Saya pun sibuk juga atuk kalah PM dgn kerenah 3 anak istimewa saya ni..

    ReplyDelete
  7. ekekke selamat kembali tuk ..
    suke ngan komen aju ;)

    ReplyDelete
  8. Salam En. Atuk,

    No wonder, En.Atuk sunyi dari berbicara. Cewah!

    ReplyDelete
  9. wahhhh kembali dahhh...

    kerja walau macam mana pun sampai bila-bila pon tak akan habis... esok ada lagi lusa pon sama gak ...tulat pon kerta masih tak habis..

    cuma sesebuk mana pon kita.... mmg kita kena ingat 5 perkara sebelum 5 perkara... betul tu... betul

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    nissan ad resort y10

    ReplyDelete
  10. As Salamualaikum...
    CkLah pun sama Atuk...

    ReplyDelete
  11. kita selalu sibuk dengan urusan dunia sehingga lupa pd 5 sebelum 5..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...