بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Mengikuti Program Dialog Muamalat Bersama Jawatankuasa Syariah Angkasa (JSA). Pada 17 - 18 Disember 2012 di Hotel Regency, KL.
Pembentangan Kertas Kerja 1
Oleh Y. Bhg. Dr. Salmi Edawati binti Yaacob
(AJK JSA)
Tajuk: Potensi Emas Untuk Pelaburan Dalam Gerakan Koperasi
Pembentangan Kertas Kerja 2
Oleh Y. Bhg. Dato' Syed Mohd Ghazali Wafa bin Syed Adwan Wafa
(AJK JSA)
Tajuk: Bahaya Riba Dalam Gerakan Koperasi
Pembentangan Kertas Kerja 3
Oleh Y. Bhg. Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Mokhtar bin Shafili
(Pengerusi JSA)
Tajuk: Kontrak Muamalat Satu Keperluan Bukan Pilihan Dalam Gerakan Koperasi
Jenis Riba
1. Riba Jual beli (Riba Al-Buyu')
i. Riba al-Fadl - Aktiviti jual beli antara *bahan ribawi sama jenis (sistem barter) tetapi tanpa persamaan timbangan atau sukatan yang sama sesama berlakunya jual beli itu.
ii. Riba al-Nasiah - berlaku antara bahan ribawi sama jenis tetapi melibatkan penangguhan bayaran, yakni tanpa prnyerahan di waktu yang sama.
2. Riba Hutang Piutang (Riba Al-Duyun)
i. Riba al Qard - hutang atau pinjaman yang disyaratkan sesuatu faedah/manfaat untuk kepentingan pihak sipiutang atau kreditor.
ii. Riba al-Jahiliyah - bayaran lebih (caj tambahan) dari hutang asal yang dikenakan ke atas orang yang berhutang sekiranya ia tidak membayar hutang itu pada tempoh yang ditetapkan.
* Barangan ribawi adalah berkaitan dengan hadis Nabi saw yang bermaksud:
“Apabila ditukar emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus(pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana disukai.”
“Apabila ditukar emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus(pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana disukai.”
(Riwayat Muslim nombor 4039, nombor hadis, 11/9)
Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud :
"Satu dirham riba dosanya lebih berat daripada dosa orang berzina tiga puluh enam kali ."
[Hadith Riwayat Muslim]
Dari Ubadah bin Sha’id, daripada Nabi S.A.W, sabdanya :
" Emas dengan emas, perak dengan perak, beras dengan beras, gandum dengan gandum, kurma dengan kurma dan garam dengan garam, kalau sama macamnya dan sama bentuknya ( adalah ) riba. Tapi bila berlainan jenisnya maka lakukanlah jual beli jika kamu menghendakinya selama dengan tunai ."
[Hadith Riwayat Muslim]
WASSALAM
salam atuk.. best dpt kongsi info jugak kat sini.. thanks :)
ReplyDelete*selamat mendengar taklimat.. jgn tido2 ye*
Salam Atuk..
ReplyDeleteBagus program ni...saya mmg dahagakan ilmu2 muamalat ni...selalu dgr setiap Rabu kat radio IKIM aja slot Muamalat Islam...dulu mmg UZAR yg handle slot tu..menarik..
menarik..mcm dee selalu dengar di PA system office terutamanya tentang perbankan Islam termasuklah hal2 riba ni..
ReplyDeletemenarik program macam nie
ReplyDeletetempat saya x pernah buat layie huhu
bagus perkonsian nih atuk...tq
ReplyDeleteAs salam Atuk,
ReplyDeleteTerpegun melihat gambar header! Masya'ALLAH... Gua Hira' :))
assalamualaikum atuk...menarik n3 ni...:)
ReplyDelete