Monday, April 8, 2013

Kawasan Pokok Kantan Semak

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kawan-kawan sepejabat tahu di belakang rumah saya ada pokok kantan. Hari Jumaat yang lepas mereka minta bunga kantan untuk membuat nasi kerabu di pejabat hari ini, ada sedikit majlis.


Memang dah lama tak membersihkan kawasan di belakang rumah tu, dah semak samun. Ada hari yang lapang sedikit, hujan pula.

Hasil kutipan semalam


Ibn umar r.a berkata : saya telah mendengar rasulullah saw bersabda

Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya. Seorang kepala negara akan diminta pertanggungjawaban  perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungan jawab) darihal hal yang dipimpinnya. 

(Buchary, Muslim)



WASSALAM

8 comments:

  1. siapa nak bunga kantan, bole order dari atuk... hehe

    ReplyDelete
  2. As salam,

    Saya order 5 kuntum bunga kantan untuk buat laksa bolehhh.

    ReplyDelete
  3. Banyak jugak tu atuk bunga kantan tu.

    ReplyDelete
  4. Assalam atuk,

    Wahhhh...akak suka bunga kantan. Wangi masakkan.
    Dipasar tani sekuntum 0.50 sen, selalu beli tiga kuntum

    ReplyDelete
  5. boleh dikomersialkan tuh Atuk...hehe

    ReplyDelete
  6. orang kata senang nak tanam pokok ni..senang hidup..betul ke..?

    ReplyDelete
  7. ow gunanya tuk buat nasi kerabu.. lama tak makan nasi kerabu

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum atuk...wah banyaknya senang nak buat laksa pun boleh juga ni...:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...