Monday, April 15, 2013

Kuih Gulung

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari Ahad semalam tiada kemana, jemputan kenduri pun tak ada. Jadi kesempatan ini untuk membuat kuih dan kebetulan nak membalas sumbangan daripada jiran-jiran.








Bahan Untuk Adunan:

250gm tepung gandum

450ml air

sedikit pewarna hijau

150ml minyak masak

garam secukup rasa


Bahan Untuk Inti:

1 biji kelapa parut-putih

50gm gula merah

50gm gula pasir

1 helai daun pandan

100ml air

garam secukup rasa



Cara Membuat:

1. Inti: satukan air, gula merah dan gula pasir dalam kuali besar. Jerangkan hingga larut. Masukkan daun pandan, kelapa parut dan garam. Kacau sehingga kelapa agak kering kemudian sejukkan.

2. Adunkan tepung gandum, air, minyak masak dan garam sehingga sebati. Kemudaian masukkan pewarna hijau dan dikacau rata atau blend.

3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper. Tuangkan satu senduk adunan dan ratakan hingga nipis. Apabila masak, angkat.

4. Bubuh sedikit inti kelapa di atas kuih tadi dan digulung dengan kemas.

5. Kemudian, kuih gulung siap untuk dihidangkan.





‘Aisyah r.a. Berkata : Rasulullah saw. bersabda

Jika Allah menghendaki kebaikan terhadap seorang raja, maka diberinya seorang menteri yang jujur, jika lupa diingatkan, dan jika ingat dibantu. Dan jika Allah menghendaki sebaliknya dari itu, maka Allah memberi padanya ,menteri yang tidak jujur, hingga jika lupa tidak diingatkan dan jika ingat tidak dibantu. 

(Abu Dawud).



WASSALAM

6 comments:

  1. Replies
    1. kat sini pon kuih ketayap. tp ade gak org panggil kuih gulung

      Delete
  2. sedapnya, terkecur dibuatnya,
    dah lama tak buat auntie tak buat, kena cari kelapa kisar utk buat intinya dulu..hik3x

    ReplyDelete
  3. Orang Pelis panggil kuih ketayap.

    ReplyDelete
  4. wah..blog atuk boleh ganti blog Cik Mat Gebu la.hehhe

    ReplyDelete
  5. As-salam ATUK..
    Kuih kegemaran saya ni TUK...saya pun panggil kuih gulung juga ni...suka buat sendiri sbb boleh letak inti dia banyak2...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...