Friday, June 21, 2013

Ancasa Allsuites Resort & Spa di Port Dickson

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada 18 - 19 Jun 2013 menghadiri Kursus Wajib 3 (Pengurusan Strategik Koperasi), anjuran Maktab Koperasi Malaysia di Ancasa Allsuites Resort & Spa di Port Dickson, Batu 8 1/2 , Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

1 ½ jam perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Sesuai untuk percutian dengan keluarga dan kawan-kawan serta tempat kursus.

Apartmen yang dilengkapi dengan bilik yang luas yang menawarkan pemandangan panorama laut digabungkan dengan keselesaan dan kemudahan moden, sama ada satu, dua atau tiga bilik tidur. Dilengkapi dengan ruang dapur, ruang tamu, almari pakaian, penghawa dingin, televisyen, peti sejuk.

pemandangan laut dan pantai yang indah dikelilingi hutan tropika

menawarkan sukan air seperti ski air, kayak, dan jet ski, memancing, snorkeling, menaiki bot dan bot pisang. Jika anda tidak suka basah, anda boleh menghayati flora tempatan, trekking atau menunggang kuda, tai-chi, permainan bola tampar dan banyak lagi.

Harga promosi
1 Bedroom Suites 550.00 RM205.17
2 Bedrooms Suite 650.00 RM248.76
3 Bedrooms Suite 750.00 RM344.48
Katil tambahan RM38.80






10 pintu godaan syaitan terhadap manusia

1. Tamak & Jahat sangka
2. Cintakan dunia & Panjang angan-angan
3. Cinta kerehatan & nikmat
4.  Kagum pada diri sendiri & ujub
5. Pandang rendah terhadap orang lain
6. Hasad dengki
7. Riak & sukakan pujian manusia
8. Bakhil
9. Takabbur
10. Tamak

WASSALAM

10 comments:

  1. alhamdulillah
    cantik hotelnyaaa
    sambil berkursus menikmati rezeki dari allah sgtlahh diharapkan ;)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum atuk...

    Bestnya atuk, cantik pemandangan dari apartment tu.
    Selamat berkursus.

    ReplyDelete
  3. Salam En. Atuk,

    Amboi, jalan g En. Atuk! Arghhh!

    ReplyDelete
  4. salam atuk

    penah gak survey tmpt ni utk kursus beberapa tahun lalu. tp mahal sgt, d luar bajet masa tuh

    ReplyDelete
  5. As-Salam ATUK..
    Uhhh semuanya SUITE2 jer ni TUK..mcm tak suit pulak dgn kemampuan saya...

    ReplyDelete
  6. kena tunggu poket tebal sampai terkoyak rabak la baru dapat merasa nih..hahaha

    ReplyDelete
  7. Mmg best...
    Lagi best kalau di sponsor..macam Atuk..:)

    ReplyDelete
  8. pintu dosa juga... kacau isteri orang dan rosakkan rumahtangga orang sampai cerai berai lepas tu cuci tangan :(

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum atuk...bestnya tempat kursus mmg cantik..;)

    ReplyDelete
  10. berkursus sambil bercuti memang best yer Atuk...:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...