Monday, June 17, 2013

Beijing 2013-13, Urut Kaki

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Foot Massage di Pusat Perubatan Tradisional China

Kami dibawa ke sebuah bilik yang tersedia kusyen empuk. Datang seorang Tabib yang fasih berbahasa Indonesia mengalu alukan kedatangan kami. Dia mohon buka kasut dan stokin dan memberi penerangan mengenai pelbagai penyakit dan pelbagai ubatan tradisional China.

Sementara itu datang tukang urut lelaki dan perempuan membawa besen yang berisi air panas berherba. Pelan pelan merendam kan kaki. Warna air tu macam air teh.

Setelah 6-7 minit, mereka mengurut kaki. Tapi alah hai....mereka pegang pegang begitu ajer. Sambil itu mereka berkempen suruh beli minyak panas sebotol 100 yuan (RM50.00). Tak beli, masih boleh bertahan.

Lepas tu datang pulak doktor China (yg langsung tak reti cakap inggeris) disamping seorang pembantu berbangsa Indonesia dan pegang tapak tangan kita untuk 30 saat. Pastu terus bagitau segala penyakit kronik yang ada dalam badan kita, memang handal betul doktor mereka ni, tak sampai seminit, dah boleh diagnos penyakit kritikal.

Kemudian doktor itu mengajak kami ke satu bilik khas untuk perbincangan sekiranya mahukan perkhidmatan (macam paksa juga la), tapi saya dan isteri menolak, alasannya saya ada penyakit alerjik, doktor di Malaysia tidak benarkan mengambil ubat sebarangan, selamat kami.

Sesiapa yang mengikut pelawaannya untuk masuk ke bilik perbincangan, ada yang menceritakan kena beli ubat 1000 - 4000 yuan. Ada juga seorang dua yang terkena, selalunya warga emas yang mudah terperdaya.

Saya terfikir, adakah kerajaan mereka membenarkan/menggalakan cara kurang sihat begini.

Sebelum pergi ke Beijing ini, ada juga membaca daripada blog2 dan dengar kawan kawan yang dah pergi, menceritakan tempat urut ini adalah tipu semata mata/dipaksa membeli, extreme dan minta tips.

Pusat Perubatan Tradisional China yang kami singgah

 Kerusi kerusi utama semasa pembukaan sukan Olimpik di Beijing

 Banyak diletakkan gambar gambar pemimpin dunia

 Rendam kaki dengan air herba

 Urut sambil promosi ubat

Doktor China yang amat pakar, melihat tapak tangan, kurang daripada 1 minit dah tahu banyak penyakit kronik disamping juru bahasanya.

Kriteria Pemimpin Dalam Islam

Teguh Pendirian, Tegar dan Sabar Dalam Menghadapi Ujian

“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”

(Huud: 112)

“Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari Rasul-Rasul telah bersabar.” 

(Al-Ahqaf: 35)


WASSALAM

11 comments:

  1. Salam En.Atuk,

    Wah! Spa kaki la! Heheheh...

    ReplyDelete
  2. tak abis2 menipu ye..trip dee nti pun ada spa kaki ni..mmg kena berhati2 lah..hehe..

    ReplyDelete
  3. ada kawan yang kesana arituh habis sampai ribu2 sebab beli ubat2 ni....

    ReplyDelete
  4. saya pun ada pengalaman di situ. Sambil urut dia komplen kaki saya tak sihat dan perlu beli ubat dia. Dia sapu minyak panas tu sambil tanya saya samada panas atau tak. Saya kata tak. Dia terus urut dan berulang kali tanya panas atau tak. Saya tetap kata tak walaupun dah rasa panas. Akhir nya ia letih tapi saya kata panas sikit jer walaupun sebenarnya dah rasa pijar..bila dia suruh saya beli saya kata tak mau sebab tak elok, tak panas. Selamat.

    ReplyDelete
  5. boleh habis duit kalau lama lagi dia urut..heheh

    ReplyDelete
  6. salam tuk
    seronoknyeee
    memang kalau nak urut kaki nie kena rendam dgn herba dulu kan .. baru rasa sedapp dan selesaaaa sgt2 ;)

    ReplyDelete
  7. salam atuk, lama dah tak singgah ni..

    ReplyDelete
  8. As salam Atuk,

    Seronok baca travelog atuk ni... tak seperti travelog dr blog2 yg lain...ringkas & siap ada pengajaran lagi :))

    Tak pernah lg pergi beijing... mungkin satu hari nnt... berangan nak pergi musim bunga (spring) hehhee :))

    Sb tu org Cina mudah jd kaya sb dorang boleh buat apa shj tanpa kira halal & haram... tapi ade juga yg percaya keberkatan rezeki... org peru ni pun suka juga temberang... tp in different way lah :)

    ReplyDelete
  9. hebat yer doktor tuh tgk tapak tangan dah boleh tau penyakit kronik...wow...

    ReplyDelete
  10. Cikgu Anim pun cerita pengalaman sama jugak..

    Itu bomoh/ahlil Nujum kot.. dia bukan tengok sangat dia tengok ayaq dalam besen..

    Apa punya strategi pelancongan yg diamalkan oleh negara depa kan.. tempat2 macam ni katanya memang kena bawak pelancong pi lawat... kalau dak pemandu pelancong kena denda

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum atuk...seronoknya sesekali boleh buat terapi mcm ni...:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...