Thursday, June 27, 2013

Beijing 2013-16, Kedai Kristal

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari ketiga

Masyarakat China juga mempercayai wujudnya aura kristal untuk menyembuhkan penyakit-penyakit serta memberi semangat yang berbeza mengikut warna kristal yang dipakai.


 Setiap tempat lawatan misti masuk bilik penerangan

 clear crystal

Halus kerja tangan mereka




Kat sini ramai yang terjebak sebab kristal dia nampak kilat dan cantik cantik
saya juga yang masih boleh bertahan. maklum la..mem tak berupa suka...

menjamu mata tengok koleksi kristal plak…


Tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT

Ketiga : Doa orang yang dianiaya.

Allah SWT amat murka kepada sesiapa sahaja dikalangan hamba-Nya yang melakukan kezaliman kepada hamba-Nya yang lain. Orang yang suka melakukan kezaliman dan aniaya kepada orang lain akan mendapat balasan daripada-Nya di dunia lagi. Doa mereka yang dizalimi mustajab di sisi Allah SWT.

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : 

"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."

(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

Dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : 

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah S.W.T. berkata : 'Demi kemulian dan keagunganKu, Aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."

(Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan)

WASSALAM

5 comments:

  1. Clear crystal tu nampak macam batu nesan pulak! :)

    ReplyDelete
  2. Swarovsky kristal pun ade ke En. Atuk?

    ReplyDelete
  3. Untung lah ATUK mem tak berapa sukakan kristal ni...saya pulak kalau tak tgk live brg tu tak apa TUK...tp tak taulah kalau saya berada kat situ...mahu terjebak juga sekurangnya SATU barang...

    ReplyDelete
  4. Orang cina ni memang macam2 kepercayaan kat batu2 ni.. tak tau la betui ka dak..

    Makchaq kat rumah ada 1 pokok kristal orang bagi.. katanya ada fungsinya.. tapi tak tau fungsi apa..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...