Tuesday, June 25, 2013

Ulang tahun kelahiran Kak Uda

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada hari sabtu yang lepas, kami enam beranak pergi melawat Kak Uda di Shah Alam. Kebetulan Kak Yang cuti sem dan Abang Cik balik daripada Jengka setelah 3 minggu mendaftar disana. Kami nak raikan ulang tahun kelahiran Kak Uda pada 26 Jun (besok).

Kami makan tengahari di Restoran Ayam Penyet Jawa, bersebelahan Giant Seksyen 7, Shah Alam.




Suasana dalam kedai


Ayam Penyet

Empal Penyet (Daging)

Ya Allah, berilah kefahaman kepada kami dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).
Ya Allah, ilhamkan kami Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).
Ya Allah, berkatilah pada kami dan sebarkanlah ilmu kami.



Tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT

Pertama : Doa orang tua kepada anaknya.

Doa ibu bapa kepada anak-anaknya tidak ada hijab disisi Allah SWT kerana reda Allah SWT kepada anak-anak adalah bergantung kepada reda kedua ibu bapanya . Oleh itu anak-anak tidak boleh sama sekali derhaka kepada kedua ibu bapanya.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya." 

(Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)

WASSALAM

8 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Semoga doa kita diterima. Amin.

    ReplyDelete
  2. saya makan sekali je ayam penyet nih..tak kena dengan selera la..hehhe...saya lebih suka makan nasik dengan lauk yang macam2....yang berkuah sup2 nih..kalau bersambal saya kurang gemar sebenarnya..

    ReplyDelete
  3. salam atuk,
    wah.. memang style jawa betol nih.. pecal tu yang tak tahan..

    apa2 pun selamat ulang tahun buat Kak Uda.. moga baki umur yang ada ni kita gunakan ke jalan yang diberkati.. Amin..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum atuk...selamat hari lahir kak uda...:)

    ReplyDelete
  5. Kak Uda minum sampai dua gelas besar?

    Wah wah wah!

    ReplyDelete
  6. salam tuk

    kalau kat JB, nasi ayam penyet sedap kat LC Catering jalan tebrau tu, dulu LC Catering ni yang taja majlis kawin Mawi

    saya suka makan nasi serainya , sedap

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum atuk...

    Happy birthday Kak Uda, moga diberkati Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikom wbt tuan Hj...
    Selamat Hari Lahir untuk srikandi tuan Hj....Semoga jadi anak yang berguna pd pasa depan dan ibubapa...
    Terliur tgk ayam penyek...rindu masakan Malaysia...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...