Bismilahirahmanirohim
Assalamualaikum
Masjid Istiqlal merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini boleh menampung lebih daripada 100,000 jemaah pada satu masa. Siap pada 1961. Masjid Istiqlal menjadi monumen penting dan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia.
Kerana itulah ia dinamakan ”Istiqlal” (merdeka).
model Frederich Silaban sebagai seni bina Masjid Istiqlal.
bergambar di depan pintu masuk
masuk melalui Pintu Al Fattah
Bangunan masjid terdiri daripada lima tingkat dengan bangunan induk seluas satu hektar
disokong 12 tiang utama
Diameter kubahnya berukuran 45 meter dengan bahagian luar diliputi marmar buatan Jerman. Bahagian puncaknya dipasang hiasan khas berbentuk bulan dan bintang yang berukuran tiga meter manakala bahagian dalam kubah yang cekung berwarna kelabu kehitaman. Masjid Istiqlal Jakarta direka khas dengan identiti Indonesia.
Fungsinya adalah sebagai pusat kegiatan dan aktiviti kemasyarakatan dalam bidang sosial, ekonomi dan budaya. Tingkat bawah masjid digunakan untuk pelbagai keperluan yang berkaitan dengan aktiviti kemasyarakatan seperti pejabat Dewan Masjid Indonesia, Masjid Ulamak Indonesia, Lembaga Pengembangan Tilawah al-Quran,
Taman Kanak-kanak Islam dan
pentadbiran Badan Pengelola Masjid (BPPMI).
Masjid Istiqlal memainkan peranan menyeluruh dalam mendekatkan masyarakat terhadap aktiviti-aktiviti masjid. Selain solat berjemaah lima waktu, terdapat juga pengajian mendalami ilmu-ilmu agama yang disampaikan oleh ulama-ulama dalam bidang berkaitan. Kadang kala, terdapat juga pameran dan seminar serta program untuk masyarakat. Sambutan hari kebesaran Islam seperti Israk Mikraj,
Nuzul Quran dan Maal Hijrah
tempat berwuduk
tempat buang air kecil lelaki besebelahan tempat wuduk
bilik air lelaki terdapat di sebelah hujung tempat wuduk
depan pintu masuk masjid, seberang jalan sahaja terdapat gereja
Wassalam
sal
ReplyDeletesalam Datok!
Glamournya tpt wudhu diaorang...Datok dengan laptop ni melekat ke?hi..hi.hi
Salam Datuk,
ReplyDeleteSaya nak gelakkk dulu kata2 mamaju, datuk dan laptop ni melekat kat badan ke... hahahahaha. Dah pilih warna jubah utk pemenang mac ni? hehehe
Cantik Masjid Istiqlal tu.. tapi tempat buang air kecil takde pintu ke
Waalaikumusalam mama ju
ReplyDeletetempat wudhuk di sana lain sikit drp kita
bandingkan dlm n3 saya (akan datang masjid di Bandung, Insyallah)
semgat baru berblog ni
Insyallah, izin kan Allah nak perkenalkan PHD
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Zie
ReplyDeleteZei gelakkan saya yeee
saya merajuk ni
nak pujuk, kena pizza macam CL
toing toing
boleh katakan semua masjid macam tu
ada 2 buah masjid dlm n3 akan datang
insyallah
terima kasih
Wassalam
Salam Rozali,
ReplyDeletebesar masjid tu, unik tmpt wuduk dan toilet dia....biasalah masjid dah lama sikit, yg pntg selesa bersolat kat sini
Waalaikumusalam Rosli
ReplyDeleteMemang besar, selesa
malumlah terbesar di Asia
terima kasih
Wassalam
salam rozali,
ReplyDeletekak nab pernah solat maghrib berjemaah kat masjid ni. besar & cantik kan...
Waalaikumusalam Hjh Zainab
ReplyDeleteAlhamdulillah
memang besar, boleh muat 100 000 orang lebih
terima kasih
Wassalam
Assalamualaikum Wbh , Hebat Masjidnya..bila membaca maklumat . P/s . Waalaikum Salam En Rozali! Ye betullah tu, sepatutnya kedua pihak faham-memahami barulah rumahtangga bahagia.
ReplyDeleteWassalam.
Waalaikumusalam Cikgu Yang
ReplyDeletememang besar
terbesar di Asia
terima kasih
wassalam
salam atuk
ReplyDeletebesar dan tersergam indah masjidnya krn indonisia merupakan sebuah negara yg punya ramai umat islam , tapi itulah, kerana terlalu banyak tok kiai dan tok guru di sana menyebabkan berbagai2 kefahaman dan ajaran dlm islam di sana , jadi berbagai pegangan mengikut tok kiai atau tok guru memasing
ini dapat dilihat bila kala jemaah mrk mengerjakan haji
Salam En Rozali,
ReplyDeleteAlangkah bahagianya berada di dalam masjid sebesar itu,
Menggamit mama untuk berziarah ke sana.