Monday, March 29, 2010

Jakarta Menyambut Kami - Part 8 (Masjid Terbesar di Asia)

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum


Masjid Istiqlal merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini boleh menampung lebih daripada 100,000 jemaah pada satu masa. Siap pada 1961. Masjid Istiqlal menjadi monumen penting dan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia.
Kerana itulah ia dinamakan ”Istiqlal” (merdeka).

model Frederich Silaban sebagai seni bina Masjid Istiqlal.
bergambar di depan pintu masuk

masuk melalui Pintu Al Fattah

Bangunan masjid terdiri daripada lima tingkat dengan bangunan induk seluas satu hektar

disokong 12 tiang utama

Diameter kubahnya berukuran 45 meter dengan bahagian luar diliputi marmar buatan Jerman. Bahagian puncaknya dipasang hiasan khas berbentuk bulan dan bintang yang berukuran tiga meter manakala bahagian dalam kubah yang cekung berwarna kelabu kehitaman. Masjid Istiqlal Jakarta direka khas dengan identiti Indonesia.

Fungsinya adalah sebagai pusat kegiatan dan aktiviti kemasyarakatan dalam bidang sosial, ekonomi dan budaya. Tingkat bawah masjid digunakan untuk pelbagai keperluan yang berkaitan dengan aktiviti kemasyarakatan seperti pejabat Dewan Masjid Indonesia, Masjid Ulamak Indonesia, Lembaga Pengembangan Tilawah al-Quran,
Taman Kanak-kanak Islam dan
pentadbiran Badan Pengelola Masjid (BPPMI).

Masjid Istiqlal memainkan peranan menyeluruh dalam mendekatkan masyarakat terhadap aktiviti-aktiviti masjid. Selain solat berjemaah lima waktu, terdapat juga pengajian mendalami ilmu-ilmu agama yang disampaikan oleh ulama-ulama dalam bidang berkaitan. Kadang kala, terdapat juga pameran dan seminar serta program untuk masyarakat. Sambutan hari kebesaran Islam seperti Israk Mikraj,
Nuzul Quran dan Maal Hijrah

tempat berwuduk

tempat buang air kecil lelaki besebelahan tempat wuduk
bilik air lelaki terdapat di sebelah hujung tempat wuduk

depan pintu masuk masjid, seberang jalan sahaja terdapat gereja

Wassalam

12 comments:

  1. sal
    salam Datok!

    Glamournya tpt wudhu diaorang...Datok dengan laptop ni melekat ke?hi..hi.hi

    ReplyDelete
  2. Salam Datuk,
    Saya nak gelakkk dulu kata2 mamaju, datuk dan laptop ni melekat kat badan ke... hahahahaha. Dah pilih warna jubah utk pemenang mac ni? hehehe

    Cantik Masjid Istiqlal tu.. tapi tempat buang air kecil takde pintu ke

    ReplyDelete
  3. Waalaikumusalam mama ju

    tempat wudhuk di sana lain sikit drp kita
    bandingkan dlm n3 saya (akan datang masjid di Bandung, Insyallah)

    semgat baru berblog ni
    Insyallah, izin kan Allah nak perkenalkan PHD

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Zie

    Zei gelakkan saya yeee
    saya merajuk ni
    nak pujuk, kena pizza macam CL
    toing toing

    boleh katakan semua masjid macam tu
    ada 2 buah masjid dlm n3 akan datang
    insyallah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Salam Rozali,

    besar masjid tu, unik tmpt wuduk dan toilet dia....biasalah masjid dah lama sikit, yg pntg selesa bersolat kat sini

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Rosli

    Memang besar, selesa
    malumlah terbesar di Asia

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. salam rozali,

    kak nab pernah solat maghrib berjemaah kat masjid ni. besar & cantik kan...

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Hjh Zainab

    Alhamdulillah
    memang besar, boleh muat 100 000 orang lebih

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Wbh , Hebat Masjidnya..bila membaca maklumat . P/s . Waalaikum Salam En Rozali! Ye betullah tu, sepatutnya kedua pihak faham-memahami barulah rumahtangga bahagia.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Cikgu Yang

    memang besar
    terbesar di Asia

    terima kasih
    wassalam

    ReplyDelete
  11. salam atuk

    besar dan tersergam indah masjidnya krn indonisia merupakan sebuah negara yg punya ramai umat islam , tapi itulah, kerana terlalu banyak tok kiai dan tok guru di sana menyebabkan berbagai2 kefahaman dan ajaran dlm islam di sana , jadi berbagai pegangan mengikut tok kiai atau tok guru memasing

    ini dapat dilihat bila kala jemaah mrk mengerjakan haji

    ReplyDelete
  12. Salam En Rozali,

    Alangkah bahagianya berada di dalam masjid sebesar itu,
    Menggamit mama untuk berziarah ke sana.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...