Assalamualaikum
Hari Raya Haji/Qurban 1431H, Insyaallah akan jatuh pada 17 November 2010
Surau TP seperti tahun tahun yang lepas, menganjurkan Ibadat Qurban
untuk anak kariah yang bejemaah di Surau TP
Tahun ini diperuntukkan hanya 8 ekor lembu sahaja
telahpun habis dipenuhi oleh peserta Qurban,.. Alhamdulillah
sekiranya ada permintaan lagi, Insyaaallah akan dihantar
ke Selatan Thai atau Kemboja
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (surah al-Haj:36)
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah." (Surah al-Kauthar:2)
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
HUKUM BERQURBAN
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
* Islam
* Merdeka (Bukan hamba)
* Baliqh lagi berakal
Wassalam
salam ziarah atuk,
ReplyDeletealhamdulillah dgn penglibatan dan anjuran sebegitu memudahkan masyarakat utk sama2 mjalankan ibadah qurban terutama mereka yg tidak mampu utk mengeluarkan nilai bg 7 bahagian sekaligus.
Smg dgn ibadah qurban ini, membawa kita mnyoroti erti pngorbanan yg sbnr..Insya-Allah..
Slmt menyambut Hari Raya Aidil-Adha dari sy utk atuk sekeluarga.
< blogspot via Mobile Web >
alhamdulillah..semoga iduladha kali ini akan melimpahkan rahmat Allah SWT
ReplyDeleteSalam ziarah saudara atuk....
ReplyDeleteAlhamdullah....satu ibadah yang membatu kita disana. InsyaAllah
Walaikumusalam Syima
ReplyDeleteMoga usaha begini sama2 kita dapat menafaatnya
selamat berkrusus BTN
Selamat Hari Raya Aidul Adha
terima kasih
Wassalam
Walaikumusalam Sahrom
ReplyDeleteInsyaallah, keramatanNya akan kita nikmati
Selamat Hari Raya Aidul Adha
terima kasih
Wassalam
Salam En Rozali,
ReplyDeleteSurau taman kakak pun akan mengadakan Qurban seperti tahun-tahun sebelumnya selepas solat Eidul Adha.
Semoga segalanya berjalan lancar.
waalaikumusalan Mi
ReplyDeleteMoga Allah menerima amalan kita
Insyaallah
Yerima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Kakzakie
ReplyDeleteInsyaallah
Moga berjalan lancar dan dipermudahkan
Wassalam
Salam cik rozali...
ReplyDeleteIbadat korban...perlu dihayati dan diimplikasikan dalam kehidupan seharian kita... hanya kerana Allah...
salam atuk..
ReplyDeletealhamdulillah..semoga idiladha kali ini akan melimpahkan rahmat Allah SWT
assalamualaikum tuan
ReplyDeletehari raya aidil adha ini membawa pengertian yang amat besar dalm kehidupan kita,kan.
Salam THR,
ReplyDeleteSama2lah kita hayati makna disebalik pengorbanan tersebut..Syukur dan tahniah bg yang mmbuat korban tahun ini..hikmah dan pahalanya amat besar.InsyaALLAH.
Salam aidul adha 1431H.
aslkm
ReplyDeleteSelamat menyambut hari raya korban.
Salam ziarah :)
ReplyDeleteJom sama2 amik hikmah dan pengajaran
Selamat Hari Raya Qurban...
ReplyDeleteWaalaikumusalam
ReplyDeleteShami, Amy, Ummu, Ain, Mama Ju, Hasrul, ckLah dan semua
terima kasih atas ziarah anda semua
Wassalam
salam bro rozali
ReplyDeleteselamat menyambut aidiladha, semoga pengorbanan kita di terima Allah
Salam Atuk..
ReplyDeleteSelamat mengerjakan ibadah korban.. masjid kat estet kak ngah pun buat korban gak.. dulu kecik2 kak ngah rajin dok ikut arwah ayahda.. p buat2 sibuk tolong orang buat korban.. bukan tolong apa pun.. tolong buat ramai je.. he he.. la nie giliran anak2 kak ngah plak ikut bang ngah lapah lembu & packing.. emmm, kak ngah pun ikut jugak.. ikut tggu periuk sup tulang.. heh heh..
Selamat Hari Raya Korban untuk Atuk sekeluarga..
Waalaikumusalam Iman
ReplyDeleteInsyaallah
moga apa yg kita amalkan diterima Allah
Wassalam
Waalaikumusalam Kak Ngah
ReplyDeleteWahhhhh hebat
satu keluarga turun tuuuuu
Wassalam
assalamualaikum encik Rozali
ReplyDeletealhamdulillah di tempat Ummu ni pun meriah dengan persiapan korban.ayah pun selalunya dijemput menjadi tukang sembelih lembu.
semoga Allah menerima amal kita ..
salam aidil adha,maaf zahir batin jika sepanjang berblog dan berblogwalking ada mengguris hati tuan
wassalam