Bismillahirahmanirohim
Assalamualaikum
Petang semalam singgah di Pasar Datuk Keramat, untuk membeli santan
sambil bercerita dengan tauke santan, terpandang buah di hadapan gerai satan, pandangan pertama ingatkan keledik merah
Assalamualaikum
Petang semalam singgah di Pasar Datuk Keramat, untuk membeli santan
sambil bercerita dengan tauke santan, terpandang buah di hadapan gerai satan, pandangan pertama ingatkan keledik merah
Saya bertanya kepada tauke santan, buah apa tu, sambil menunjukan buah berwarna merah hati, dia berkata buah pisang udang, sedap bang, manis dan lemak.
Selalu juga saya singgah di pasar ni, tak pernah pula saya ternampak. Ini lah pertama kali saya melihat pisang berwarna merah hati. Kata jurujual tu, payah nak jumpa, jarang jarang ada bang. Niat nak merasa dan mencuba saya membeli sesisir dengan harga RM2.00 sekilo
Rujukan daripada sheikh google. Sesetengah tempat dipanggil pisang udang
dan ada juga yang panggil pisang raja udang
Cerita daripa orang tua tua, zaman dulu dulu kononnya ada keturunan yg tak boleh makan pisang ni, macam kena sumpahan la. kalau makan jugak, nanti kulit dia terkena sejenis penyakit kulit macam sakit sopak, warna kulit jadi lebih kurang camwarna pisang tu.
Sumber daripada sheikh google mengenai asal usul pisang udang bermula dengan kisah zaman dahulu kala
Pada suatu masa silam sering berlaku peperangan untuk merebut kuasa dan meluaskan tanah jajahan. Mengikut ceritanya dalam satu peperangan serorang Putera Raja cedera parah dan berjaya menyelamatkan diri daripada musuhnya.
Putera Raja itu bersembunyi di sebuah hutan dan berteduh di bawah sepohon pisang. Oleh kerana lukanya yang parah Putera Raja itu pun jatuh pengsan.
Apabila Putera Raja itu sedar, baginda dapati lukanya telah dirawat oleh seorang gadis. Putera Raja itu berterima kasih kepadanya kemudian pulang ke istananya.
Putera Raja itu dimaklumkan bahawa gadis itu adalah roh jelmaan pohon pisang udang itu. Bila Putera Raja itu kembali ke pohon itu didapati pohon itu berbuahkan pisang berwarna merah kesan daripada darahnya.
(klik gambar untuk ke blog berkaitan)
Oleh kerana terhutang budi, Putera Raja itu mengisytiharkan kepada rakyatnya bahawa mereka tidak dibenarkan memakan pisang raja udang atau menebang pohonnya.
(klik gambar untuk ke blog berkaitan)
Allah bertanya kepada manusia. Adakah manusia tidak melihat bagaimana Dia membina dan menjadikan unta, langit, bukit-bukau dan bumi . Tentulah di sana ada keajaibannya.
Manusia yang berfikir akan menambahkan keyakinan mereka terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah.
Wassalam
salam atuk
ReplyDeletepak itam mmg suka makan pisang terutama pisang rastali
tapi biasanya pak itam suka makan yang sejuk, jadi bila mak itam beli, pak itam masukkan 4-5 biji dlm esbok hehehe
salam atuk..Kampung Raja Udang a.k.a KRU pun ada..ia terletak di Klang...
ReplyDeleteWaalaikumusalam Pak Itam
ReplyDeletepandai mak itam
membeli buah yg hubbynya suka
Wassalam
Waalaikumusalam Sahrom
ReplyDeletemukim tema KRU tu merah hati juga
he he
Wassalam
Salam Atuk,
ReplyDeletekisah pisang raja udang ni serupa macam yg aruah nenek saya ceritakan berpuluh tahun yg silam..saya tak pernah jumpa lg pisang raja udang ni..macamana rasanya? boleh buat pisang goreng ker..
err..sebenarnya aruah nenek tak bagi makan pisang ni..apakah..??
Salam Rozali;
ReplyDeletewaa panjang lebar cerita pasal pisang ni...tak pernah makan pisang udang ni,sedap ke?
salams,
ReplyDeleteooo begitu kisah dan legendanya pisang berwarna ni..Terima kasih ats perkongsian ini.
Amat bertuahla jugak jika terjumpa pisang d'raja nie..hanya rakyat x boleh makan..raja boleh la kot:)
mcmana rasanya..??
sesuai makn mntah atau buat masakan?
ALLAH jua mngthui hikmt kejadian yg diciptakan..W'aklam.
Salam Atuk
ReplyDeleteHee...hee...pisang pelek nii...
Ari tuu suami akak jumpa pisang nii kat chow kit , dia pun beli...dia suka sgt laa...dah lama tak jumpa..then kakak pejual tuu kata cuma org keturunan/berdarah raja jer tak leh makang....bila saya dengar lagi laa..takut nak makan... dah pelik...tapi kena makan gak sebab kan dah berjanji sehidup semati...apa2 jadi pun redho jer la...syg suami nya pasal...
hee..hee...
Alhamdulillah okay...
(pisang ni menguji kesetiaan saya la...)
Wslm
salam atuk,
ReplyDeletesuka makannya yang masak ranum.
Manis dan enak baunya.
salam atuk : penah dengar tapi tak penah lihat pisang ni...
ReplyDeleteWaalaikumusalam Cikgu Pinat
ReplyDeleterasa pisang ni sedap
jadi orang tua2 kata le macam2
dia pulun seorang...he he
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ummiross
ReplyDeletelemak manis...berkerim lagi...
terima kasih
Wassalam
Assallamualaikum Rozali,
ReplyDeleteTengok pisang ni teringat waktu kecil-kecil dulu..
Pernah ada kat kampung mama nadz dulu-dulu..tapi kami tak berani lalu dekat pokok pisang ni kerana ada kawan cerita masa tu..ada hantu..
itulah kali terakhir mama tengok pisang udang..
sekarang dapat tengok kat n3 Rozali..thank you.
Waalaikumusalam Ain
ReplyDeleteitu kisah laginda shj
rasanya sedap, macam pissang berangan
rasa2 untuk makan mentah shj
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Kak Su
ReplyDeletekira2 kak su keturunan raja yer
tapi daulat hubby lagi kan
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ayahanda
ReplyDeletememang enak
kebun ayahanda tentu banyak pisang ni..
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Afeezz
ReplyDeletekalau jumpa kena beli
enak dimakan begitu sahaja...
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Mama Nadz
ReplyDeletelain kali kena makan mama
sedap....
ayahanda pun kata enak...
terima kasih
Wassalam
SALAM,
ReplyDeleteNAMPAK SEDAP ! TAK PERNAH MAKAN PISANG INI ! BUAT GORENG, MUNGKIN BEST KOT !
tak pernah makan pisang ni...makan terus ke? boleh buat pisang goreng ke....
ReplyDeletepssstt...cuba cek ayat ke 3 ...gerai satan??? takut!!!
Waalaikumusalam LF
ReplyDeletemakan mentah..sedap
mukin boleh buat kerepek kut
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Cikgu Sonata
ReplyDeletekalau masak ranum.. lemak madu..he
kalau dah cikgu tuuu
misti nampak kesilapan
apa2 ucapan terima kasih atas teguran
Wassalam
Salam Atuk,
ReplyDeleteTeringin gak nak rasa tp takut plak kalo terkena sumpahan itu huhu..
Wow, lama tak baca cerita lagenda begini..cayalah atuk hehe
Salam Atuk,
ReplyDeleteAkak tak pernah makan jenis pisang ni..tak berani mencuba..
Salam Atuk,
ReplyDeleteKakak asal org kampung jadi pisang ni memang dari kecik lagi kakak dah nampak. Dulu belakang kedai runcit tempat arwah emak belanja ada rumpun pokok ni. Kekadang tua atas pokok. Sesiapa yang ke kedai itu boleh ambil.
Lagenda pisang ni tak tahu.....
Waalaikumusalam Syima
ReplyDeletekalau sumpah kawin dgn anak raja, kira ok le
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Kak Sidah
ReplyDeletesedapppp kak
lemak berkerimmmm...he he
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Kakzakie
ReplyDeletekalau masih ada lagi
boleh bagi kekawan rasa makan pisang nii
terima kasih
Wassalam
salam atuk,
ReplyDeleteBoleh saya minta izin untuk copy paste gambar ni?
Saya harap atuk tidak keberatan dan mengizinkan saya untuk gunakan gambar ini .
Terima kasih.
Wassalam
salam..
ReplyDeletepisang raja udang ea?
ade sorg mkcik saya yg trkena pnyakit kulit seakan sopak.tp di sahkan bkn sopak..
apakah keturunan putera raja trsebut?
kerana sy sedang mncuba utk mncari salsilah kturunan sy...
yg sy tahu,kmi di larang mkn pisng raja udang,kerbau balau,rebung..
pisang raja udang, kerbau balau tu sama, tp rebung takde masaalah lagi setakat ini.
DeleteSaya salah seorang waris keturunan yang tidak dibenarkan makan pisang udang dan ikan tapah..cucu kepada Tajul Molok dari Alor Setar..
ReplyDeleteTragic n legendary..cik Azni..
ReplyDeletepisang raja udang ni kalau tak silap pisang hutan. tumbuh liar dalam hutan
ReplyDeleteCeritanya Menarik Menambah wawasan Saya Terimakasih
ReplyDeleteBaru tanam.pokok membesar cantik.boleh la rasa tahun depan
ReplyDelete