Bismillahirahmanirohim
Assalamualaikum
Al-Baqarah, ayat164 "air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya"
Tengah hari semalam hujan turun dengan lebat setelah beberapa hari tidak hujan. Membuatkan persekitaran menyadi segar dan nyaman. Ini mungkin memberi rahmat kepada anak anak yang sedang menduduki peperiksaan SPM dan STPM.
Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering, sejenis kerpasan yang dikenali sebagai virga.
Assalamualaikum
Al-Baqarah, ayat164 "air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya"
Tengah hari semalam hujan turun dengan lebat setelah beberapa hari tidak hujan. Membuatkan persekitaran menyadi segar dan nyaman. Ini mungkin memberi rahmat kepada anak anak yang sedang menduduki peperiksaan SPM dan STPM.
Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering, sejenis kerpasan yang dikenali sebagai virga.
Hujan memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi di mana kelembapan dari laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai untuk mengulangi kitaran itu semula.
Jumlah air hujan diukur menggunakan tolok hujan. Alat ini seakan-akan paip kerongga yang tertutup pada bawahnya, dengan satu corong pada hujungnya yang di atas.
Alat ini biasanya diletakkan di suatu tempat yang lapang.
Jumlah air hujan dinyatakan sebagai kedalaman air yang terkumpul pada permukaan rata, dan diukur kepada 0.25 mm terhampir.
Kadang-kadang ia turut disebut dalam liter per meter persegi (1 L/m² = 1 mm).
Air hujan sering digambarkan sebagai berbentuk "lonjong" seperti air mata, lebar di bawah dan tirus di atas, tetapi ini tidak tepat. Air hujan kecil hampir bulat. Air hujan yang besar menjadi semakin leper, seperti roti burger; air hujan yang lebih besar berbentuk payung terjun. Air hujan yang besar jatuh lebih cepat berbanding air hujan yang lebih kecil. Biasanya diameter air hujan ialah antara 1 - 2 mm.
Maklumat diperolehi drp:http://ms.wikipedia.org/wiki/Hujan
Gambar ikhsan drp: Sheikh Google
Furqan ayat 48-49 "dan Kami menurunkan dari langit: Air yang bersih suci, Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai"
Wassalam
assalamualaikum atuk..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini..semoga atuk sekeluarga sihat walafiat dan terus dikurniakan rahmat dari Allah SWT
2 hari lepas saya mandi hujan,puas sungguh, terasa seperti kembali semula ke zaman kanak2
ReplyDeleteSalam cik rozali..
ReplyDeleteHujan membawa bersamanya rahmat dari Allah..buat seluruh makhluknya di alam semesta .....
mana lagi nikmatnya yg hendak didusta...
musim ni bisnes pakar kaji cuaca pasti lebat..maklum ramai yg nak guna khidmat mereka...kat sini yg popular ialah Pak Harun Lukut
ReplyDeleteboleh caya ke ???
Waalaikumusalam Sahrom
ReplyDeleteatas ingantan sahrom saya sekeluarga sihat...Alhamdulillah
Wassalam
Salam Iman
ReplyDeletejangan mandi lama2 sangat
nanti demam
payah nak jaga budak2 periksa
he he
Wassalam
Waalaikumusalam Shami
ReplyDeleteseribu nikmat
patut sangat bersyukur
Wassalam
Salam IE
ReplyDeletemisti orang lama pak harun lukut tuuu
ramalannya kemungkinan cara kebetulan ajer
tapi tak pa
kita cuba memohon dgn Allah
Wassalam
salam Atukk,
ReplyDeleteterima ksih kisah ini...
kisah hujan...bersykur dan nikmatilah...
eh dah lama tak main hujan kan...teringin pulak
w'salam
Walaikumusalam Taj
ReplyDeletedah besar tak boleh main hujan
nanti demam...payah..he he
Wassalam
Salam Atuk,
ReplyDeleteSubhanallah teknologi canggih hujan pun bleh diukur kan..
Sy pernah nampak alat tue..
W/pun kita sama2 juruukur tapi rasanya tau ke kita ukur hujan eks hehe
Aslkm
ReplyDeleteWah terimkasih atas info ini. Rupanya banyak yg mama tak tahu. Cuti sekolah pegi mana?
Aslkm
ReplyDeleteWah terimkasih atas info ini. Rupanya banyak yg mama tak tahu. Cuti sekolah pegi mana?
salam atuk
ReplyDeletehujan, rahmat dan rezeki yg sungguh berniali dari ALLAH
malam ni pasti tidur nyaman je pasal petang tadi hujan hehehe
assalamualaikum Tn Hj Rozali
ReplyDeletealhamdulillah,syukur atas nikmat hujan itu kan?
kat tempat saya ni,memang Allah izin hujan je,sampaikan rasa bimbang di hati,maklumlah kalau hujan, air di hulu sungai akan turun menghilir,dan di belkang rumah saya ni,ada sungai utama.
terima kasih atas perkongsian info oni.terima aksih,wassalam
Walaikumusalam Syima
ReplyDeleteuntuk ukur hujan kita serah kpd Jabatan Meteorologi Malaysia
kita main hujan boleh lee
Wassalam
Waalaikumusalam Mama Ju
ReplyDeletekita selalu lihat alat2 ukur hujan tu di kawasan lapang
cuti sekolah ni belum ada rancangan lagi
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Pak Itam
ReplyDeleteAlhamdulillah
hujam malam..tidur lena
hujan pagi
kak ngah tak dapat menoreh
he he
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ummu
ReplyDeleterumah di kg dekat dgn sg
mudah banjir
Ummu boleh mandi sg selalu,,,nyaman
terima kasih
Wassalam