Tuesday, November 23, 2010

Hujan

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Al-Baqarah, ayat164 "air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya"

Tengah hari semalam hujan turun dengan lebat setelah beberapa hari tidak hujan. Membuatkan persekitaran menyadi segar dan nyaman. Ini mungkin memberi rahmat kepada anak anak yang sedang menduduki peperiksaan SPM dan STPM.

Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Bukan semua air hujan sampai ke permukaan bumi, sesetengahnya terpeluwap ketika jatuh melalui udara kering, sejenis kerpasan yang dikenali sebagai virga.

Hujan memainkan peranan penting dalam kitaran hidrologi di mana kelembapan dari laut terpeluwap, bertukar menjadi awan, terkumpul menjadi awan, jatuh kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai untuk mengulangi kitaran itu semula.

Jumlah air hujan diukur menggunakan tolok hujan. Alat ini seakan-akan paip kerongga yang tertutup pada bawahnya, dengan satu corong pada hujungnya yang di atas.




Alat ini biasanya diletakkan di suatu tempat yang lapang.

Jumlah air hujan dinyatakan sebagai kedalaman air yang terkumpul pada permukaan rata, dan diukur kepada 0.25 mm terhampir.

Kadang-kadang ia turut disebut dalam liter per meter persegi (1 L/m² = 1 mm).

Air hujan sering digambarkan sebagai berbentuk "lonjong" seperti air mata, lebar di bawah dan tirus di atas, tetapi ini tidak tepat. Air hujan kecil hampir bulat. Air hujan yang besar menjadi semakin leper, seperti roti burger; air hujan yang lebih besar berbentuk payung terjun. Air hujan yang besar jatuh lebih cepat berbanding air hujan yang lebih kecil. Biasanya diameter air hujan ialah antara 1 - 2 mm.

Maklumat diperolehi drp:http://ms.wikipedia.org/wiki/Hujan

Gambar ikhsan drp: Sheikh Google

Furqan ayat 48-49 "dan Kami menurunkan dari langit: Air yang bersih suci, Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai"

Wassalam


19 comments:

  1. assalamualaikum atuk..

    terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini..semoga atuk sekeluarga sihat walafiat dan terus dikurniakan rahmat dari Allah SWT

    ReplyDelete
  2. 2 hari lepas saya mandi hujan,puas sungguh, terasa seperti kembali semula ke zaman kanak2

    ReplyDelete
  3. Salam cik rozali..

    Hujan membawa bersamanya rahmat dari Allah..buat seluruh makhluknya di alam semesta .....
    mana lagi nikmatnya yg hendak didusta...

    ReplyDelete
  4. musim ni bisnes pakar kaji cuaca pasti lebat..maklum ramai yg nak guna khidmat mereka...kat sini yg popular ialah Pak Harun Lukut

    boleh caya ke ???

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam Sahrom

    atas ingantan sahrom saya sekeluarga sihat...Alhamdulillah

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Salam Iman

    jangan mandi lama2 sangat
    nanti demam
    payah nak jaga budak2 periksa
    he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Waalaikumusalam Shami

    seribu nikmat
    patut sangat bersyukur

    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Salam IE

    misti orang lama pak harun lukut tuuu

    ramalannya kemungkinan cara kebetulan ajer

    tapi tak pa
    kita cuba memohon dgn Allah

    Wassalam

    ReplyDelete
  9. salam Atukk,

    terima ksih kisah ini...
    kisah hujan...bersykur dan nikmatilah...
    eh dah lama tak main hujan kan...teringin pulak
    w'salam

    ReplyDelete
  10. Walaikumusalam Taj

    dah besar tak boleh main hujan
    nanti demam...payah..he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Salam Atuk,

    Subhanallah teknologi canggih hujan pun bleh diukur kan..
    Sy pernah nampak alat tue..
    W/pun kita sama2 juruukur tapi rasanya tau ke kita ukur hujan eks hehe

    ReplyDelete
  12. Aslkm

    Wah terimkasih atas info ini. Rupanya banyak yg mama tak tahu. Cuti sekolah pegi mana?

    ReplyDelete
  13. Aslkm

    Wah terimkasih atas info ini. Rupanya banyak yg mama tak tahu. Cuti sekolah pegi mana?

    ReplyDelete
  14. salam atuk

    hujan, rahmat dan rezeki yg sungguh berniali dari ALLAH

    malam ni pasti tidur nyaman je pasal petang tadi hujan hehehe

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum Tn Hj Rozali
    alhamdulillah,syukur atas nikmat hujan itu kan?
    kat tempat saya ni,memang Allah izin hujan je,sampaikan rasa bimbang di hati,maklumlah kalau hujan, air di hulu sungai akan turun menghilir,dan di belkang rumah saya ni,ada sungai utama.
    terima kasih atas perkongsian info oni.terima aksih,wassalam

    ReplyDelete
  16. Walaikumusalam Syima

    untuk ukur hujan kita serah kpd Jabatan Meteorologi Malaysia

    kita main hujan boleh lee

    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Mama Ju

    kita selalu lihat alat2 ukur hujan tu di kawasan lapang

    cuti sekolah ni belum ada rancangan lagi

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Pak Itam

    Alhamdulillah
    hujam malam..tidur lena

    hujan pagi
    kak ngah tak dapat menoreh
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam Ummu

    rumah di kg dekat dgn sg
    mudah banjir

    Ummu boleh mandi sg selalu,,,nyaman

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...