Friday, January 28, 2011

Kampung Suei Tahen, Daerah Kampung Cham, Kemboja - 7

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Daripada kampung Prey Kuchay, kami terus menuju ke Kampung Suei Tahen, dalam Daerah Kampung Cham

Dalam hati saya rasa risau dan gelisah, kerana sebahagian daripada wang sumbangan untuk kampung kedua nanti telah di agihkan kepada kampung pertama tadi.

Di dalam bas, dengan rasa rendah diri, saya memaklumkan kepada rumbungan untuk membuat dana kilat untuk kampung yang akan kita pergi nanti. Alhamdulillah sambutnya diluar jangkaan. Ini atas kesedaran melihat suasana kefakiran, kemiskinan serta kesusuahan berada didepan mata.

Meraka sudah sedia menunggu ketibaan kami
tapi tak seramai dengan kampung sebelum ini

Oleh kerana waktu Zuhor telah masuk, kami solat Jama' dan Qasar terlebih dahulu

Kami diberi penerangan tentang kampung ini
Penduduk disini rata rata menjalankan aktiviti kerja kampung dan nelayan
Keperluan Kampung Suei Tahen ini seperti
i. menceriakan sekolah agama dan peralatannya
ii. Al Quran dan Muqadam
iii. membuat tandas surau dan sekolah
iv. membeli sebidang tanah sebelah masjid bernilai USD3000.00 (RM12 000)

Sumbangan Muqadam dan wang tunai

Sumbangan alat tulis dan hasil kutipan semasa dalam bas

Masakan disediakan hasil tangan orang kampung ini
tapi kosnya dibiayai agen pelancungan kami

Selepas makan, kami dibawa melawat sekolah agama yang terletak bersebelahan masjid. Perhatikan apa yang terpapar, tiada kemudahan asas, perkakas sekolah yang usang, berdebu, berlantaikan tanah




disini masih gelap, masih kelam, sedangkan diluar sana terang benderang. Rasa sebah, sedih dan pilu untuk meninggalkan sekolah agama ini. Tapi apakan daya, aku cuma insan yang kerdil untuk membantu mereka.


Sebelum berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW pernah menyuruh sahabat mengembara dan meninjau keadaan di Habsyah dan beberapa tempat lain bagi mencari peluang untuk Islam bertapak dan berkembang di situ.

Mengembara juga harus digunakan untuk meluaskan peluang perniagaan. Nabi Muhammad SAW pernah mengembara berniaga dari satu tempat ke satu tempat. Apa dilakukan Rasulullah SAW membuktikan bahawa untuk berjaya dalam perniagaan perlulah memperluaskan pasaran ke seluruh dunia.

Sejarah mencatatkan antara punca kejayaan pedagang Arab dalam perniagaan ialah sikap suka mengembara memasarkan barang dagangan mereka. Pedagang Arab berniaga sehingga ke seluruh nusantara dan benua China. Melalui perdagangan jugalah agama Islam disebarkan.

Melancong juga memberi kesempatan untuk kita melihat kehidupan masyarakat di tempat masih mundur. Bahkan, di sesetengah tempat sering berlaku perbalahan sesama sendiri dan masalah jenayah berleluasa.

Apa yang dilihat itu dapat memberi pengajaran untuk melihat dalam diri sendiri. Kita akan berasa bersyukur dapat hidup di negara aman damai ini. Perkara ini dijelaskan Allah mengenai nasib golongan yang membelakangkan perintah-Nya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.”

(Surah al-Anam, ayat 11)

Wassalam

24 comments:

  1. Assallamualaikum Rozali,

    Daif sungguh sekolah agama mereka. Sekolah agama kita tahun 60 an pun lebih kemas.
    Gambar-gambar macam ni kena tunjuk kat pelajar-pelajar yang suka menjahanamkan harta benda sekolah di negara kita..supaya mereka insaf kesusahan pelajar di Kemboja belajar..serba serbi kurang.
    (mama nadz sedih sgt tengok kemiskinan org dikampung tu)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Mama Nadz

    memang menyentuh hati2 rombungan kami
    semua kami merasa insaf dan bersyukur diatas apa yg dikurniakan Allah kpd kita

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Rozali

    Pilu rasa hati melihat kedaifan mereka, tambahan anak2 kecil yang begitu perlukan ilmu, memang anak2 kita patut amat2 bersyukur dengan peluang yg kita ada.

    Wasalam

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Ummiross

    sepatutnya memang kena kita bersyukur

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. terharunya melihat keadaan mereka.. teringin gak nak ikut rombongan mcm ni.. sambil mmebantu dpt membersihkan hati kita jugak... rozali sukarelawan ke?

    ReplyDelete
  6. Salam Noie

    memang tersentuh hati sesiapa yg melihat keadaan sebegitu

    saya bukan sukarelawan
    terilham, sebab selalu dengar kuliah ustaz yg selalu pergi ke kemboja

    kami pergi atas kelab kebajikan tempat kerja

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. salam abe atuk : sedih tgk sekolah agama tuh. masa saya kecik dulu sy selalu cakap sekolah sy buruk, tp masih ade lagi sekolah yg lebih buruk dr tuh.... syukur menjadi rakyat negara ni

    ReplyDelete
  8. Salam En Rozali,

    Paparan foto2 nih akan membuka mata dan hati agar menginfakkan sebahagian harta yg diamanahkan utk membantu menegakkan agama Allah di muka bumi nih. Sama2lah kita menyumbang masaa, tenaga dan wang ringgit utk kerja2 yg mulia ini.

    ReplyDelete
  9. Salam Hj Rozali,

    Pengalaman yang begitu menarik dn membuka minda kita semua akan kesusahan orang lain. Saya jugak pernah melaluinya antara tahu 1999 ke 2001 semasa melawat kampung orang susah di Thailand. Best

    ReplyDelete
  10. waa banyaknyer menu dia bro .. berbaloi makan makanan org sana kan .. semua boleh rasa :)

    sedihnya sek pondok tuu .. kita disini dah bangunan tinggi tuu ..

    ReplyDelete
  11. moga anak2 ynag mengaji itu akan dikurniakan kekuatan untuk terus menuntut ilmu agama

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Afeezz

    betapa beruntungnya kita, telah maju
    tapi masih ada insan yg hidup dlm suasana masa kita kecil dahulu, masih mundur

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Aki

    ringankan tangan untuk menderma kpd insan sesama Islam

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam En Rosli

    tersentuh semua hati kami melihat suasana mereka

    selatan thailand pun mukin sama keadaannya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Ieda

    masakkan khas untuk tetamu

    ibarat zaman 60an kita dahulu keadaan sekolah agama mereka

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Salam KAMATO

    amin
    Insyaallah
    mereka akan mengubah kehidupan dimasa hadapan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Tersentuh bila tengok kedaifan sekolah kat sana... jauh bezanya yerrr kita kat sini.....

    Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yangs ejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.

    Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan, meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.

    syabas aku ucapkan....

    aku kagum ngan kesungguhan tersebut... banyak yang masih perlu di bantu....

    ReplyDelete
  18. SAlam Afzainizam

    Amin amin amin
    moga doa2 tu dimakbulkan Allah

    kita kena bantu insan sesama Islam

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. salam atuk...

    sadis tengok sekolah diorang...tapi ilmu yang didapati dalam keadaan sukar lagi berkat rasanya...dok gitu..?

    ReplyDelete
  20. Waalaikumusalam Sham

    Insyaallah
    mukin lebih keberkatannya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  21. InsyaAllah, jika lebih ramai orang2 kita membantu mereka yg daif ini, nantinya akan meringankan beban mereka..mudah2an ramai insan2 yang berhati mulia seperti ROZ akan turut ke sana membantu...

    ReplyDelete
  22. Assalamu'alaikum Tn Hj Rozali

    Terima kasih berkongsi pengalaman. Teruja untuk ke sana dan melakukan apa yang patut. Semoga Allah memberkati usaha tuan, amin.

    ReplyDelete
  23. Assalammualaikom wtb saudara rozali.
    Kami akan buat rombongan ke Kamboja. ana rasa tempat yg sama seperti tuan ziarah ini.

    ReplyDelete
  24. Salam Tuan Haji..
    Sedih tengok sekolah mereka.. namun semangat belajar yang tinggi.
    ALL IN ONE

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...