Friday, November 4, 2011

Berada di Gua Hira'-Umrah 2011-33


sambungan daripada entry sebelumnya


Ketika memasuki peringkat dewasa (kira-kira umur 40 tahun) nabi Muhammad merasa semakin tidak senang melihat kehidupan orang-orang Arab yang penuh dengan keburukan dan kemasiatan
Baginda mengambil keputusan mengasingkan diri dengan beribadat, berfikir dan mencarai kebenaran di Gua Hira' dibukit Nur. Baginda sering berada di sana terutama dalam bulan Ramadhan dengan membawa sedikit bekalan.

Pada hari Isnin 17 Ramadhan bersamaan 6 ogos 610M ketika tidur di dalam Gua Hira' datang Malaikat Jibril menyuruh nabi Muhammad membaca dengan berkata: bacalah! Sebanyak tiga kali. Setiap kali disuruh, nabi menjawab bahawa baginda tidak tahu membaca.

rujukan di sini



Imam Bukhari telah meriwayatkan satu hadith dari Sayyidatina 'Aishah r.a tentang bagaimana peristiwa penurunan wahyu yang pertama :-

Daripada 'Aisyah Ummil Mu'minin r.a dikhabarkan bahawa beliau telah berkata :
"Permulaan wahyu yang dimulakan kepada Rasulullah SAW ialah mimpi yang baik lagi benar di dalam tidur, maka tiadalah Baginda bermimpi satu mimpi melainkan datanglah mimpi itu seperti cahaya subuh. Kemudian disukakan (dikemukakan) kepadanya untuk berkhalwat berasingan diri. Junjungan berkhalwat di Gua Hira' lalu bertahannuth (beribadat) di dalamnya, iaitu beribadat di dalam masa beberapa malam.

Setelah itu Baginda kembali kepada ahlinya dan berbekalan untuk menyambung tahannuthnya, kemudian Junjungan kembali lagi kepada Khadijah dan berbekalan sama seumpama itu juga hingga datanglah kepadanya kebenaran. Sewaktu Baginda di dalam Gua Hira' maka datang kepadanya Malaikat, lalu ia berkata, "Iqra'!(Bacalah)." Berkata Junjungan, "Ma Ana biqari' (aku tidak pandai membaca)." Bercerita Junjungan :

Kemudian Jibril mengambil (menarik) akan daku maka dipeluknya kuat-kuat hingga terasa kepadaku kesungguhannya kemudian dilepaskan aku, lalu ia berkata,"Iqra'!", maka berkata aku, "Ma Ana biqari'." Kemudian diambilnya aku lalu dipeluknya ketat-ketat kali yang kedua hinga terasa kepada aku kepayahan, kemuidan itu dilepaskan aku dan dia berkata, "Iqra'!", maka berkata aku, "Ma Ana biqari'." Setelah itu ia mengambil aku buat kali yang ketiganya lalu dipeluknya sungguh-sungguh hinga terasa aku eratnya kemudian dilepaskannya aku,

maka ia berkata :
"Bacalah dengan nama Tuhan engkau yang menjadikan, yang menjadikan manusia daripada darah, bacalah demi Tuhan engkau yang mulia."
(al-'Alaq : 1-3)

Pulanglah Baginda dengan ayat-ayat itu dan hatinya gementar, lalu masuklah Baginda kepada Khadijah binti Khuwailid lalu berkata, "Selimutkanlah aku! Selimutkanlah aku!" Maka diselimutkan Baginda hingga hilang daripadanya rasa ketakutan kemudian berkata Baginda kepada Khadijah setelah menceritakan khabar itu, "Sesungguhnya aku takut (ke atas diriku)."

Lalu Khadijah pun berkata kepada Baginda, "Tidak sekali! Demi Allah, tiada dihinakan engkau selamanya kerana engkau sebenarnya mempunyai rahim (kasih sayang), dan engkau memikul bebanan dan engkau berusaha terhadap orang yang tiada (orang susah) dan engkau menjamu tetamu dan engkau menolong atas menolak bala."

rujukan di sini



Lorong menuju ke Gua Hira'
Tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri, berkhalwat, bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT.

muat untuk seorang lalu sahaja




sudah sampai ke kawasan Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri, berkhalwat, bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT.


tempat Nabi SAW berkhalwat


menunggu giliran solat sunat

keluar daripada Gua Hira'

kena mendaki semula lebih kurang 5 meter


di atas terdapat gerai gerai jualan


antara penghuni gua, 2-3 ekor kucing

menaiki bas semula untuk pulang ke hotel

Gua Hira' berukuran panjang 4 m dan lebarnya 1.75 m (drp pakcik google)

kalau diwaktu siang, tambah tambah lagi dimusim haji
keadaannya penuh sesak (drp pakcik google)


pengalaman kepayahan ini amat terlalu kecil untuk dibandingkan kesukaran Nabi kita semasa menyebarkan Islam di bumi Allah ini


Wassalam

33 comments:

  1. Selamat Hari Raya Korban Atuk...



    ***Tadi adik saya telah memulakan perjalanan membawa para jemaah yang sakit dengan ambulance ke Arafah.

    ReplyDelete
  2. Salam ckLah

    Selamat Hari raya Qurban

    moga Allah permudahkan urusan adik ckLah untuk kemudahan pra jemaah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. salam atuk,

    sekejap tadi ada terima telepon dari CL...........baru 2 hari dia balik dari Makkah.......kakaknya Azilah sakit asthma ( tenat ).......jom sama2 kita panjatkan doa pada Allah,moga cepat semboh......tolong sebarkan pada kawan2 PdKM.......malam ni bonda akan buat majlis membaca Yassin di Rumah Anak2 Yatim....insyaallah

    Wassalam.

    ReplyDelete
  4. huyo, rminya orng :D

    slmt hari raya qurban atuk :D

    ReplyDelete
  5. Aslkm,

    Tkasih kerana gambar2 yg exclusive!

    ReplyDelete
  6. salam atuk

    sekarang dah mudah sikit psl dah ada tangga berbanding dulu

    saya tempohari dipelawa oleh seorg ahli kelab fotograpi Makkah utk ke sana namun terpaksa menolakknya krn kesuntukkan masa

    ReplyDelete
  7. Waalaikumusalam Ayahanda

    Alhamdulillah
    kita telah doakan untuk kesejahteraan kakak CL

    Insyaallah dgn doa ayahanda dan bonda serta anak2 yatim ....moga dia cepat sembuh dan dapat beramal dgn sempurna

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Salam Saiazuan

    ramai macam tu selalunya waktu siang


    Selamat hari raya juga untuk Saiazuan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Mama Ju

    sama sama

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam Pak Itam

    ada tangga mudah sikit, tapi tetap tercungap juga...he he

    Insyaallah lain kali boleh pergi...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. wah!!siap ada yang berniaga kat atas tu ye??rasa takut pulak saya nak masuk kat celah2 batu tu..takut nak keluar tak muat..
    ekekekek

    ReplyDelete
  12. Assalam - tak pernah panjat ke gua ni. kalau naik jugak bimbang mengah dibuatnya - apa lagi kalau tak ada stamina...peristiwa ini mengingatkan kita bagaimana keadaan nabi berada di dalam gua ni...

    saya naik Bukit Tursina pun nyaris2 tak kesampaian! tapi dik kekuatan ingat zaman nabi macamana susahnya - tu yang buat kuat semangat sampai ke atas.

    selamat hari raya aidil-adha

    ReplyDelete
  13. Salam Diana

    nak keluar senang...sebab peloh dah banyak keluar...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam Cikgu Sonata

    Insyaallah
    kuat semagat
    ingatkan Siti Khadijah
    boleh sampai...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf tanya ye. Betul ke kisah Siti Khadijah sampai ke gua Hira ni. Tak terjumpa pun dalam buku sejarah. Tolong quote rujukan. Yang ada Rasulullah (saw) bawa bekal sendiri.

      Delete
  15. Assalamualaikum Atuk..Selamat Aidiladha...

    Alin bc entri ni bersma2 anak2 dan dorang seronok. sebab gua hira pernah diceritakan oleh ustazah. dan rasa best dpt tgk gua tu camner.

    Amboi atu...possing maut nampak..hehehe

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Alin

    Alhamdulillah
    merasai bagai mana susah payah nabi kita dahulu...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum 'Atuk'

    Alhamdulillah dapat menjejak kaki ke Gua Hira'.
    SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT ATUK SEKELUARGA, SEMOGA DIBERKATI ALLAH SENTIASA.

    ReplyDelete
  18. sonokny ada pengalaman mcm tu..

    slmt ari ry aji...

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam Ummiross

    Alhamdulillah
    diberi kekuatan

    harap keluarga ummi pun diberkati Allah jua

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  20. Salam Hayati

    Alhamdulillah

    Insyaallah Hayati pun boleh alaminya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  21. SALAM AIDILADHA,
    TKASIH ATAS PERKONGSIAN. TERINGIN SANGAT NAK MASUK KE GUA HIRA'

    ReplyDelete
  22. Waalaikumusalam LF

    Insyaallah
    saya doakan juga

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  23. Salam..

    Bertuahnya dpt menjadi tetamu di sana.. Saya tak sabar2 nak ke sana.. Skrg ni Ummi & Abah saya berada di tanah suci..

    ReplyDelete
  24. Waalaikumusalam BM

    Insyaallah..akan menjadi tetamuNya nanti..elok semasa muda2 ni..

    moga ummi n abah BM memperolehi haji yg mabrur
    amin

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  25. salam atuk..
    better pergi time x haji kan atuk.. xramai org..

    ReplyDelete
  26. Assalammualaikum Atuk,
    subhanallah...seronok dpt tgk gambar kat dlm gua hira` tu...teringin juga nak masuk:)

    ReplyDelete
  27. Waalaikumusalam KAMATO

    semoga amalan kita diterima oleh Allah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  28. Waalaikumusalam Lady

    itu yg lebih baik
    agak selesa sedikit

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  29. Waalaikumusalam Nieza

    elok pergi muda2 ni
    banyak tempat lagi boleh kita ziarah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  30. salam tuk
    seronoknya
    kenangan yg x akan dilupakan kan tok

    selamat hari raya haji ..

    ReplyDelete
  31. Waalaikumusalam Ieda

    memang dah pasang nit drp tanah air lagi nak naik ke Gua Hira' tu
    Alhamdulillah selamat....
    menyeronokan dan insaf...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...