Wednesday, November 9, 2011

Kak Yang Memiliki Lesen Memandu Percubaan 'P'


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Kak Yang telah memperolehi lesen memandu percubaan 'P'. Setelah dua kali memduduki ujian memandu. Pertama kali cuma lulus ujian jalan raya sahaja dan kali keduanya lulus ujian parking


Balik ke kampung Wan dia semasa Hari Raya Aidil Adha tempuh hari, Kak Yang menampal 'P' kat kereta Abang Long dia




Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda, maksudnya:

"Empat perkara bakal mendatangkan kebahagiaan: isteri yang salihah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa. Empat perkara yang mengundang kekacauan: isteri yang buruk akhlak, jiran yang jahat, kenderaan yang buruk dan rumah yang sempit."



Dr Yusuf al-Qardawi mengulas mengenai kemewahan, katanya:

"Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza."



Imam Fakhr al-Razi mengertikan kemewahan yang menjadi punca keruntuhan masyarakat ialah tabiat hidup yang sombong dengan kenikmatan yang dirasai.
(Tafsir Al-Kabir, 18/75)

Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam tetapi kehidupan mewah dan sombong adalah suatu cara hidup yang buruk dan dikeji.

rujuk disini


Wassalam

18 comments:

  1. assalamualaikum atuk : pas ni kak yang je lah yg akan bawak atuk ke mana2 kan...

    ReplyDelete
  2. Salam Atuk!

    Suka baca entri Atuk nie! Terima kasih krn berkongsi entri yg penuh kata-kata pesanan.

    ReplyDelete
  3. Salam atuk... terimakasih kerana berkongsi ilmu yang berguna ...

    lepas ni travel jauh2 boleh gilir2 drive kereta ...

    nurazzah8

    ReplyDelete
  4. tahniah untuk kak yang lepas ni boleh la drive bawak atok...

    ReplyDelete
  5. Waalaikumusalam Afeezz

    Insyaallah..
    tapi biar dia mahir dulu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Fara

    Syukran
    copy paste ajer...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Waalaikumusalam Kak Azzah

    Alhamdulillah

    yg lebihnya nanti, melayan ibunya..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Salam Lizz

    Insyaallah
    ringan sikit kerja saya..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum 'Atuk'..
    Tahniah kak Yang,
    penting lesen ni tambah lagi bila dah nak mula kerja nanti kan 'atuk'..

    ReplyDelete
  10. seperti susah untuk miliki jiran yg baik skrng ni kan atuk? sbb rmi jiran2 yg sombong :(

    brdoa supaya sy mendapat isteri yg baik.. :)

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Ummiross

    memang betul tu..
    zaman sekarang dah jadi keperluan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Salam Saiazuan

    kena berdoa selalu

    Insyaallah memperolehi isteri yg solehah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Salam Kak Nab

    sebagai hadiah kpd kak yang kerana keputusan matrik tempuh hari...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah
    lepas nie leh lah kak yang bawak ayah jalan2 ronda2 :)

    ReplyDelete
  15. Salam Ieda

    Alhamdulillah
    lepas ni boleh jadi boss...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. tahniah..
    lepas ni boleh la bawak ronda2..
    atuk jadi bos kat belakang..hahhah

    ReplyDelete
  17. salam atok..
    alhamdulillah.. panjang sikit langkah kak yang lepas ni yer.. leh tlg antar atok kemana mana..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...