Tuesday, November 8, 2011

Qurban STP 1432H

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, STP telah menunaikan ibadah Qurban pada tahun ini dengan selamatnya. Selepas solat sunah hari Raya Qurban, masing masing balik kerumah, menjamu selera mengikut sunah Nabi saw.

9:30 pagi para peserta qurban, AJK STP dan petugas petugas telah memenuhi kawasan surau. Kemudian lori membawa 9 ekor lembu pun sampai dan dikuti sebuah kereta Bomba (yang membantu STP setiap tahun).


cara kami menumbangkan lembu
ikat tali pada kaki belakang lembu
tali kat lehir lebu dibelit pada sebatang tiang besi
lori bergerak kedepan, sempotan lembu akan turun
tali yang terikat pada kaki belakang lebu diikat pada lori dan ditarik
dengan perlahan lahan lembu akan jatuh
setelah diikat kaki lembu depan dan belakang
baru proses penyembelihan dijalankan




cepat pembersihan darah dengan pancutan air pihak Bomba



mengunakan mesin pemotong untuk memotong tulang, cepat


terima kasih banyak banyak Anggota Bomba, membersihkan kawasan

daging, daging batang pinang, hati dan paru paru dibagi sediki seorang



Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi saw:

"Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".



Wassalam

26 comments:

  1. Masih dalam 4 hari raya haji...

    Selamat Hari Raya Korban Atuk...

    ReplyDelete
  2. Sy mmg kalah dgn darah. Pnh skali tgk org sembelih lembu. Darah memancut keluar. Ms tu gak pandangan sy jdk kelabu. Adeh!

    ReplyDelete
  3. salam aidil adha atuk.
    3 thn lepas kami adik bradik kongsi (7 org) buat qurban.

    suka dgn statement ni..

    Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".

    ReplyDelete
  4. Salam ckLah

    he he...
    saya masih makan daging qurban lagi

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum 'Atuk'
    Meriah sungguh suasana di STP. Pengurusan pun sangat teratur nampaknya, siap ada bomba dan mesin pemotong lagi, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Salam Farah

    tak mengapa..
    janji kita turut serta dlm ibadah qurban, jika mampu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Waalaikumusalam Zue

    malam tadi ustaz beceramah
    kalau kita simpan RM1 satu hari
    Insyaallah...semua orang boleh berqurban

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Ummiross

    Alhamdulillah
    ini semua kerjasama semua jemaah STP

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. tahun depan giliran saya dan maisara pulak..insyaallah..:)

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikum THR

    Alhamdulillah, bila ramai ringan tulang membantu, kerja yang berat menjadi ringan, yang rumit menjadi mudah.

    Wasalam.

    ReplyDelete
  11. salam aidiladha,

    27 hb Nov 2011....ermmmm ada kenduri kat kampong....insyaAallah saya datang.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Tn Hj,

    Melihat kepada gambar-gambar tersebut badan masih terasa kepenatan menolong kharian Masjid yang membuat korban sebanyak 12 ekor lembu pada tahun ini dan Alhamdullilah daging-daging kurban tersebut dapat diedarkan kepada yang memerlukan terutamanya fakir miskin........

    ReplyDelete
  13. tengok kepalo lombu tu ngeri pulok..disusn cam tu

    ReplyDelete
  14. ingatkan saye je yg ngeri tengok kepala lembu itu. huhu!

    ReplyDelete
  15. hmm tak berkesempatan nak tengok lembu dikorbankan

    ReplyDelete
  16. Salam Diana

    Alhamdulillah
    sudah ada niat dari awal
    moga dimakbulkan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam THMSH

    Alhamdulillah
    moga amalan kita dierima Allah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Cikgu Humairi

    Alhamdulillah
    jemput sekeluarga
    bersama menantu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam TH Pesona

    Ikhlas...Insyaallah...kepenatan akan hilang cepat..kepuasan mendatang
    moga Allah terima amalan kita

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  20. Salam Imanshah

    he he..
    kepala tu untuk diagihkan kpd yg berminat pd akhir tugas nanti

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  21. Salam BTK

    kalau dah buat sop..emmmmm...sodap
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  22. Salam Saiazuan

    tak apa...
    nanti habis belajar nanti
    belajar menyembelih lembu pula..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  23. tersusun rapi kepala2 lombu tue ye tok.. amy x boleh lihat lombu di korban , takut x sampai hati..tapi last year korban memang kuatkan diri la , buang perasaan tu jauh2... salam aidiladha atuk sekeluarga

    ReplyDelete
  24. salam :D..

    Alhamdulillah... :)..

    atuk, nak tanya.. kalau seseorang tu msh dlm tggn ayahnya.. br hbs belajar.. sdg mencari keje.. tp die dh keje sikit2.. adakah dikira org2 yang mampu?

    ReplyDelete
  25. Salam Amy

    saya dulu pun takut juga
    tapi selalu turut serta
    Alhamdulillah ..dah boleh masuk gu...he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  26. Waalaikumusalam Laby

    Insyaallah...boleh buat qurban (sekiranya ada berlebihan)
    tapi kena minta izin drp bapa dahulu


    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...