Monday, November 14, 2011

SPM-Doakan Untuk Permudahkan dan Kecemerlangan Mereka

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Hari ini bermulanya Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Diantara peperiksaan yang besar dalam sistem akademik sekolah menengah.

Tahun ini sedang menunggu keputusan UPSR anak lelaki saya sahaja, dan terus berdoa akan kejayaannya.

Saya tidak mahu ketinggalan untuk mendoakan untuk anak anak, adik beradik serta sanak saudara bloggers semua yang sedang menduduki SPM.

Mohon kepada Allah swt. agar permudahkan semua urusan menjawab soalan dan melapangkan dada dan fikiran dari perasaan kusut, dan dapat menjawab dengan tenang dan fikiran yang terbuka serta semoga Allah melancarkan segala galanya
Amin amin amin


DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN


(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya:
Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)




DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali


Maksudnya:
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)




DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG
(Dibaca sebelum tidur setiap hari sehingga keputusan peperiksaan diumumkan.)

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')


Maksudnya:
Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda. Selepas solat berdoa kepada Allah SWT semuga mendapat kejayaan dariNya.

rujukun disini



Wassalam

11 comments:

  1. amin, harap mereka tenang menghadapi SPM :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum 'Atuk'..

    Semoga semuanya mendapat kejayaan cemerlang, insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Assalam Bro Rozali..

    semoga ALLAH tenang kan jiwa mereka dan dapat menjawab dengan lancar dan baik.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..

    Insyaallah..semoga semua di permudahkan

    Semoga anak 'atuk' juga mendapat keputusan cemerlang..Amin..

    ReplyDelete
  5. Salam ATuk Comey...hehehehe

    Mekacih atas info doa2 tu menarik & tertarik. Walaupun anak2 ALin kecik lagi tp mmg selalu doakan terbaik buat mereka.Doa biar hati terang.

    ReplyDelete
  6. saya awal2 lagi dah debar tukk huhuh

    ReplyDelete
  7. salam THR,

    Jazakallahu khairon kathira.
    Amin...insyaALLAH mudahan anak saudara saya yg akan mnghadapi SPM2011 boleh melaksanakannya degn terbaik.

    mhn izin dikongsikan doa-doa yg termaktub. Semuga semua anak2 generasi kita berjaya dunia akhirat. Amin

    ReplyDelete
  8. semoga sukses SPM

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM100, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  9. salam atuk,

    moga semuanya berjalan lancar bg calon2 SPM..

    wsalam..

    ReplyDelete
  10. satu maklumat yang bagus..terbaek

    ReplyDelete
  11. Amin.
    Semoga dipermudahkanNYA...
    :-)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...