Sunday, January 30, 2011

Tahniah, Hj AZ Menerima Menantu

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Alhamdulillah, saya sekeluarga dilapangkan oleh Allah untuk memenuhi undangan Hj Zainuddin (rakan bloger, Ayah Zain) dan Hjh Rohaya, meraikan walimatul urus anak mereka di Taman Ayer Molek Jaya, Melaka pada 29 Januari 2011

Kebetulan kami sampai seiring dengan mempelai pihak lelaki

Ya Allah, dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat, jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri, Ismail dan Nurulhamizah. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Kurniakan sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia serta bersama sama didalam Syurga Mu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Serta Mendapat Syafaat daripada Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Terpancar kerianggan di wajah Hj Ayah Zain dan Hjh Rohaya
apabila rakan bloger datang untuk menyerikan lagi majlis
mama ju, Ummi Humaira, support@safiudin.com,
serta Kak Sidah dan Datin Azlina (yang sempat saya temui)
semuanya bersama keluarga masing-masing

sepanjang majlis, didendangkan dengan alunan muzik secara live

Oleh kerana cuaca hujan tidak menentu, kami singgah di MITC sahaja

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
Ar-Rum : Ayat 21


Wassalam

Friday, January 28, 2011

Kampung Suei Tahen, Daerah Kampung Cham, Kemboja - 7

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Daripada kampung Prey Kuchay, kami terus menuju ke Kampung Suei Tahen, dalam Daerah Kampung Cham

Dalam hati saya rasa risau dan gelisah, kerana sebahagian daripada wang sumbangan untuk kampung kedua nanti telah di agihkan kepada kampung pertama tadi.

Di dalam bas, dengan rasa rendah diri, saya memaklumkan kepada rumbungan untuk membuat dana kilat untuk kampung yang akan kita pergi nanti. Alhamdulillah sambutnya diluar jangkaan. Ini atas kesedaran melihat suasana kefakiran, kemiskinan serta kesusuahan berada didepan mata.

Meraka sudah sedia menunggu ketibaan kami
tapi tak seramai dengan kampung sebelum ini

Oleh kerana waktu Zuhor telah masuk, kami solat Jama' dan Qasar terlebih dahulu

Kami diberi penerangan tentang kampung ini
Penduduk disini rata rata menjalankan aktiviti kerja kampung dan nelayan
Keperluan Kampung Suei Tahen ini seperti
i. menceriakan sekolah agama dan peralatannya
ii. Al Quran dan Muqadam
iii. membuat tandas surau dan sekolah
iv. membeli sebidang tanah sebelah masjid bernilai USD3000.00 (RM12 000)

Sumbangan Muqadam dan wang tunai

Sumbangan alat tulis dan hasil kutipan semasa dalam bas

Masakan disediakan hasil tangan orang kampung ini
tapi kosnya dibiayai agen pelancungan kami

Selepas makan, kami dibawa melawat sekolah agama yang terletak bersebelahan masjid. Perhatikan apa yang terpapar, tiada kemudahan asas, perkakas sekolah yang usang, berdebu, berlantaikan tanah




disini masih gelap, masih kelam, sedangkan diluar sana terang benderang. Rasa sebah, sedih dan pilu untuk meninggalkan sekolah agama ini. Tapi apakan daya, aku cuma insan yang kerdil untuk membantu mereka.


Sebelum berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW pernah menyuruh sahabat mengembara dan meninjau keadaan di Habsyah dan beberapa tempat lain bagi mencari peluang untuk Islam bertapak dan berkembang di situ.

Mengembara juga harus digunakan untuk meluaskan peluang perniagaan. Nabi Muhammad SAW pernah mengembara berniaga dari satu tempat ke satu tempat. Apa dilakukan Rasulullah SAW membuktikan bahawa untuk berjaya dalam perniagaan perlulah memperluaskan pasaran ke seluruh dunia.

Sejarah mencatatkan antara punca kejayaan pedagang Arab dalam perniagaan ialah sikap suka mengembara memasarkan barang dagangan mereka. Pedagang Arab berniaga sehingga ke seluruh nusantara dan benua China. Melalui perdagangan jugalah agama Islam disebarkan.

Melancong juga memberi kesempatan untuk kita melihat kehidupan masyarakat di tempat masih mundur. Bahkan, di sesetengah tempat sering berlaku perbalahan sesama sendiri dan masalah jenayah berleluasa.

Apa yang dilihat itu dapat memberi pengajaran untuk melihat dalam diri sendiri. Kita akan berasa bersyukur dapat hidup di negara aman damai ini. Perkara ini dijelaskan Allah mengenai nasib golongan yang membelakangkan perintah-Nya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.”

(Surah al-Anam, ayat 11)

Wassalam

Thursday, January 27, 2011

Lama Tidak Bersiar

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kekawan semua kerana sudi menziarah PHD, walau pun agak lama tidak bersiar. Ini disebabkan ada sedikit kerja yang lebih daripada biasa. Seksyen kami telah mengadakan Majlis Amanat Tahun Baharu dan Meraikan Pesaraan empat orang pegawai, dimana dua orang telah bersara pada bulan lepas dan dua orang lagi akan bersara pada bula hadapan.

Mencari cenderahati untuk pesara-pesara

Membuat frame sijil penghargaan serta
persedian dewan pada hari majlis berlangsung

Pesedian akhir AJK cenderahati

Pengacara yang pertama kali dicungkil bakat mereka
Alhamdulillah, mendapat pujian

Majlis sedang berjalan

Akhir sekali mistilah acara jamuan
Alhamdulillah, acara berjalan seperti yang dirancang

Wassalam

Thursday, January 20, 2011

Kampung Prey Kuchay, Daerah Kg Cham, Kemboja - 6

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Cham awalnya orang-orang dari sebuah kerajaan kuno yang terletak di sepanjang pantai tengah Vietnam disebut Champa.

Orang-orang Cham adalah minoriti sosial etnik penting di Kemboja. Mereka kebanyakannya petani padi (dengan cara penanaman basah dan kering), serta tanaman kontan lain, seperti kapas, jagung, tembakau, kacang tanah, pakis, kacang2 dan sayur-sayuran. Menjadi nelayan desa di sepanjang tepi Sungai Mekong, disamping memlihara binatang ternakan.

Pada akhir abad ketiga dan abad keempat, melalui hubungan dengan pedagang India, ada penukaran ke Hindu, sebahagian besar terutama, dewa Hindu Siva, Brahma, dan Wisnu. Secara berperingkat ada juga munculnya Buddhisme Mahayana. Akhirnya ada penukaran berperingkat ke Agama Islam selama beberapa abad.

Islam tiba di Kemboja melalui India dan Malaysia. Mereka tinggal di kawasan luar bandar dicampur Islam dengan budaya asli mereka dan elemen animistik. Pusat spiritual bagi kaum Muslim Cham Kemboja adalah Chur-Changvra berhampiran Phnom Penh.

Di Kemboja, ada beberapa kumpulan Islam seperti Chang Veng, Imam San, dakwah dan Wahhaiyya. Kumpulan Chang Veng desa cenderung lebih banyak campuran kata-kata Melayu. Hal ini kerana perhubungan yang kuat, dan sokongan yang diterima daripada Muslim di Malaysia.

Para pendakwah daripada luar Kemboja selalu datang menyebarkan Agama Islam kepada penduduk Kampung Cham, disamping memberi berbagai bentuk bantuan.

maklumat drp OMF International

Jumlah penduduk Daerah Kampung Cham dianggarkan 500,000, boleh dibahagikan mengikut bangsa,
Kemboja 317.000,
Vietnam 127,000,
Laos 15.000,
Malaysia 10.000,
Thailand 4.000,
Amerika Syarikat 3,000 dan
France 1,000

Bahasa yang dituturkan dengan lorat Cham, Melayu, Khmer, Vietnam, Tamil
Orang-orang Cham bercakap bahasa yang dimiliki oleh keluarga Austronesia, dari keluarga Melayu-Polinesia. Bahasa Cham berkaitan dengan, antara lain banyak di Pasifik, Bahasa-bahasa di kepulauan Indonesia Barat yang meliputi Bahasa Malaysia, Kalimantan, Sumatera, Jawa dan Bali.

Agama:
Kemboja Cham: majoriti Muslim Sunni
Vietnam Cham: didominasi Hindu dan Muslim

KAMPUNG PREY KUCHAY

Pada hari kedua kami berada di bumi Kemboja (ahad, 9 Januari 2011), distinasi pertama adalah ke Masjid Mukarramah, Kampung Prey Kuchay dalam Daerah Kampung Cham. Alangkah teperanjatnya kami melihatkan penduduk kampung ini yang dianggarkan lebih 500 orang memenuhi kawasan masjid untuk menyambut kedatangan kami. Betapa besarnya hajat mereka, betapa tinggi harapan penduduk disini. Sedangkan kami yang datang ini hanyalah satu kumpulan yang amat kecil.

Pintu gerbang Masjid Mukarramah, Kampung Prey Kuchay

Mereka menyambut kedatangan kami

Ibarat menyambut pembesar negara, gelagat mereka menyambut kami
Subhanallah...Allahuakbar

Imam masjid mengalu-ngalukan kedatanggan kami





keadaan dalam Masjid Mukarramah, Kampung Prey Kuchay
(sumbangan daripada rakyat Malaysia)

Menyampaikan sumbangan, berbentuk Muqadam dan alat tulis

Mewakili untuk subangan pembangunan masjid dan Aqiqah



Memberi sumbangan kepada anak anak

Subhanallah, sunguh tersentuh hati, sedih, pilu suasana pada masa ini
selalu melihat dalam rancangan tv sahaja
kali ini berada di depan mata

Kami dihantar hingga ke pintu bas

daripada raut muka meraka, mengharapkan pertemuan kali kedua dan seterusnya akan dirancang oleh Allah
Pertemuan hanya sebentar, tapi penuh makna dan dapat memberi banyak pengajaran serta menambah keimanan kami. Dengan izinNya jua kita akan ketemu lagi.
Meneruskan kedistinasi yang kedua, misi yang sama



Daripada Muaz bin Jabal ra berkata:

"Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Ambillah pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama, maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya, kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut faqir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya".


(Hadis riwayat At-Thabrani dan Abu Naim)

Wassalam

Perjalanan ke Kampung Cham, Kemboja - 5

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Program hari kedua. Pukul 8.00 pagi, kami bertulak menuju ke Kampung Cham, tujuan utama kami kemari untuk menyampaikan sedikit bantuan berbentuk Muqadam, alat tulis dan wang saguhati sumbangan daripada kakitangan jabatan kami.

Kampong Cham adalah sebuah Daerah, mempunyai 4 Mukim dan 24 Kampung. Menurut bancian tahun 1998, mempunyai 45,354 orang penduduk.

Pekan Kampung Cham Kabuten ini terletak 124 kilometer daripada Bandar Phnom Penh, melalui Jalan 7 Nasional dan makan masa lebih kurang 3 jam dalam perjalanan

Pada tahun 2001, jambatan Kizuna dibuka di Kampung Cham Kabupaten. Itu adalah jambatan pertama yang dibina di atas sungai Mekong di Kemboja. Pembangunan jambatan itu dibiayai oleh kerajaan Jepun menelan belanja sebanyak $ 56.000.000. Sepanjang 1500 meter itu adalah jambatan terpanjang di Kemboja. Jambatan Kizuna menghubungi Kemboja timur dan barat oleh jalan untuk pertama kalinya.

30 ke 40 km daripada Phnom Penh, menunjukan bangunan kediaman yang mewah dan moden

Sebelah barat Sungai Mekong telah banyak pembangunan


Papan tanda menujuk ke Kampung Cham

Apabila sebelah timur Sungai Mekong, ia itu jauh daripada Bandar Phnom Penh

menunjukan suasana kampung yang daif, penduduk yang miskin dan tiada banyak kemudahan asas

sepanjang perjalanan hanya melihat sawah padi yang terbentang luas (semasa kami lalui, telah selesai musim menuai). Terdapat sedikit-sedikit tanaman kontan yang lain

Pokok kelapa laut

Pokok teratai dijadikan tanaman kontan, permintaan banyak kepada bunganya

Kenderaan tradisonal masih banyak digunakan

Terdapat banyak gerai-gerai ditepi jalan

Minyak petrol dimana-mana terdapat dijual dalam botol
Dianggarkan RM4.00 seliter



Pertukaran USD100.00 bersamaan $440,000.00Ril

Allah menyuruh supaya kita melihat setiap ciptaan-Nya. Seluruh ciptaan Allah amat sempurna dan cantik yang menyenangkan fikiran dan perasaan jika dilihat daripada sudut keimanan. Orang beriman semakin bertambah imannya setiap kali melihat kejadian alam yang memperlihatkan kelainan.

Firman Allah yang bermaksud:

“Kau tidak melihat sekali-kali pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah, sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?”

(Surah al-Mulk, ayat 3)

Pelancong seharusnya menggunakan kesempatan untuk mencari sesuatu yang baik sebagai tujuan supaya dapat dilakukan atau ditiru di tempat sendiri. Islam menggalakkan umatnya menimba sebanyak pengalaman untuk dimanfaatkan ke arah memperbaiki diri serta kehidupan.

Falsafah ini dapat difahami daripada maksud hadis Rasulullah SAW yang menyuruh manusia menuntut ilmu walau di mana saja. Semakin jauh kita mengembara, semakin banyak ilmu dan pengalaman dapat dikutip. Seperti kata pepatah, jauh perjalanan luas pengetahuan.

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...