Monday, April 30, 2012

Kucing Sarawak 2012 - Kubah Ria



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Setelah melawat Dewan Bandaraya Kuching Utara, sambil melihat keindahan suasana petang disini, saya menuju ke Satok pula, untuk makan malam

Food cord yang terletak di tepi Sungai Sarawak, Kubah Ria
baru dibuka dan ramai yang mengunjunginya

berdekatan dengan jambatan gantung Satok yang dibuka pada tahun 1926 dan di tutup pada tahun 2004

Hanya tinggal tiang jabatan di kiri kanan sungai tanda sejarah setelah ada jambatan baru di sebelahnya

Nak mencuba makan ambal atau yang saya kenal pepahat
sea food popular di Satok

tiada banyak pilihan kerana tiada musimnya


udang masak mentega


Firman Allah SWT


“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan”.

Surah al-Maidah (5):96



WASSALAM

12 comments:

  1. salam - tak lalu nak makan ambal tu...ikan bakar ok lah...he3x...lama dah tak gi Miaw-miaw ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Cikgu Sonata

      Kena cuba cikgu...sedap...

      Delete
  2. teringin sangat nak melawat sarawak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saiazuan

      Kena kumpul duit drp sekarang tu..

      Delete
  3. Salam Tuan Haji,
    saya penah makan ambal tu sekali kat Kuantan, dkt tepi laut tu. Boleh tahanlah rasa dia. Murah ke seafood kat Sarawak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Hjh Yong

      Semua tu rm49 untuk 2 orang

      Delete
  4. Assalamualaikum Atuk..

    Ummi pun first time makan ambal kat Kampung nelayan di Kuching,sedap jugaklah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Ummiross

      Sedap juga masa kami makan tu hari....

      Delete
  5. sedapnya tengok sayur hijau tu..
    sayur apa tu??

    ReplyDelete
  6. salam
    pepahat...hehe saya tak leh telan makanan bercengkerang mcm tu...spt lala,kepah,siput sedut dll...

    ReplyDelete
  7. sedap lahhh pepahat ni kalau musimm mmg lerrr senang cari buat lauk

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    diy repair seat kereta berlubang

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Atuk..

    Dah lama tak jumpa pepahat.. Saya Dan adik pantang jumpa..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...