Monday, August 13, 2012

STP Menyampaikan Sumbangan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Antara acara tahunan yang diadakan oleh STP adalah menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim dan OKU yang menjadi anak kariah STP.

Pada hari sabtu yang lepas satu majlis ringkas diadakan bagi tujuan ini. Tahun ini seramai 49 orang penerima sumbangan. Sedikit sebanyak dapat meringankan sedikit bebanan mereka yang kurang bernasib baik.



Sumbangan ini diterima oleh STP daripada mereka-mereka yang berjaya di dunia dan ingin berkongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik serta mengharapkan kecemerlangan di Akhirat nanti. Insyaallah.

Moga Allah melipat gandakan lagi rezeki mereka yang pemurah ini.



Sabda Nabi SAW

"Sesiapa yang melepaskan dari seorang Mu'min suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, pasti Allah akan melepaskan darinya suatu kesusahan-kesusahan Hari Kiamat"

(Riwayat Abu Hurairah).


WASSALAM

6 comments:

  1. assalamualaikum atuk : kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Atuk..

    Alhamdulillah dapat menggembirakan anak2 yatim dan yang memerlukan, moga memberkati segala usaha STP dan penderma yang bermurah hati.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum atuk...alhamdullilah berbuat baik di bulan yg baik ini..:)

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera Atuk

    Alhamdulillah.
    Atuk raya di mana?

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah murah rezeki penerima...

    ReplyDelete
  6. SALAM TUAN HAJI.
    ALHAMDULILLAH REZEKI YG DIKONGSI..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...