بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Alhamdulillah, Aidil Fitri tahun ini disambut dengan sederhana sahaja. Tapi lebih bersyukur kerana dipermudahkan segala perancangan dan perjalanan berjalan lancar, serta selamat sampai ke KL semula.
Sepatutnya giliran raya tahun ini di kampung saya, tapi ibu mertua agak kurang sihat, Jadi kami beraya di kampung isteri. Apabila anak menantu dan cucu balik, ibu mertua nampak sihat dan ceria. Alhamdulillah.
Pagi raya kedua kami beraya di kampung emak saya pula.
Ini kira-kira jadi tetamu emak la....
Adik Bungsu belanja anak-anak buahnya main bunga api
Rezeki....durian baru mula luruh
Balik ke rumah sendiri, seperti biasa, pakaian berlambak-lambak laaaa
Hari Sabtu, tetamu kawan Abang Long
Malamnya pula, tetamu kawan Kak Ngah
Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
WASSALAM
Selamat meneruskan raya Atuk...
ReplyDelete:-)
Tahun ni..sedondon warna merah ye Atuk..cantikk..
ReplyDeleteSelamat hari raya..maaf dipinta jika ada terkasar bahasa...
alhamdulillah kan tuk
ReplyDeletebertolak ansur tu lebih baik dan mulia
kita juga dpt keberkatannya ..
kan mak mertua dah tersenyum gembira ..
atuk dpt pahala ;)
Alhamdulillah mudah urusan atuk :)
ReplyDeleteselamat hari raya atuk :D
assalamualaikum atuk : durian tu jadi juadah raya plak ek...
ReplyDeletesalam atuk
ReplyDeletedorian hehehe
hari tu sempat jugak makan kat penang
assalamualaikum atuk...selamat semuanya n ada santapan buah durian pula tu..:)
ReplyDeleteMakchaq pun walau setuju bergilir, tapi ikut jugak keadaan bila memerlukan..
ReplyDeleteSemenjak mak & abah makchaq dah tak dak, kami tumpukan pada mak Taiping, kadang2 adik2 makchaq pun mai beraya di sana.. tumpang mak orang