بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Half Moon Restaurant ini dimiliki oleh rakyat Malaysia, Puan Suriati yang mana suaminya orang Yemen. Saya pernah serta senang berurusan dengan beliau semasa membuat tempahan nasi Arab sebanyak 112 bungkus untuk jamuan di pejabat saya. Janji pukul 11:00 pagi, pukul 10:30 pagi Puan Suriati menghubungi saya, bahawa pesanan telah siap untuk diambil.
Cuma berpeluang bercakap melalui telefon menanyakan pengalaman beliau yang saya angap telah berjaya. Beliaupun tidak lokek untuk menceritakan pengalamannya.
Untuk tempahan bolehlah menghubungi
Puan Suriati 017-218 0495
Jalan SP 2/2, Persiaran Serdang Perdana, Serdang
Kabsah Chicken RM10.00
Kabsa Lamb RM14.00
Mandy Lamb RM18.00
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,
“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.
WASSALAM
Hmmmm..boleh cuba..sebab saya pencinta nasi arab..hihihih
ReplyDeleteassalamualaikum atuk...sedapnya bila tengok nasi arabnya...;)
ReplyDeletekalau nak rasa nasi arab, saya kena ke selatan la ye..banyak pilihan
ReplyDeleteassalamualaikum atuk : aper menu yg paling sedap? yg paling atuk suke?
ReplyDeleteAssalamualaikum Atuk..
ReplyDeleteSerdang tak jauh ni, bolehlah ummi jalan2 cari makan ke situ nanti.
Saya rasa harganya masih murah tu...
ReplyDeleteatuk,tgk gambar pun dah kecur hehe...harganya masih berpatutan...
ReplyDeleteigtkan tudung jek ada half moon..kedai makan pun ada...hehehe
ReplyDeleteSalam Atuk
ReplyDeleteSelamat Maal Hijrah.
Hari tu tgk tudung half moon kat TTDI. Restoran tu tak pernah masuk lagi w/pun kat serdang!Ramai org bercerita pasal half moon ni.