Friday, November 9, 2012

Naik Pangkat KUP - Tahniah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Seramai 9 orang Kakitangan SPgD dinaikkan pangkat KUP
Setelah bersepakat, jamuan kesyukuran telah diadakan pada hari selasa yang lepas. Menu kali ini nasi Arab bungkus daripada Restoran Half Moon, Persiaran Serdang Perdana.

Sungguh rasa senang berurusan dengan tauke Restoran Half Moon, Puan Suriati. Janji datang ambil pukul 11:00 pagi, pukul 10:30 dia telefon, bungkusan telah siap.


Ambil bungkusan di belakang kedai, sebab kedai buka pukul 12:00 tgh.

 Dikesempatan ini kami mengadakan Solat Hajat, untuk anak anak yang sedang menduduki SPM disamping hajat hajat yang lain.

Membaca Surah Yasin, dihadiahkan kepada kedua ibu bapa serta kawan kawan sepejabat yang telah mendahului kita.

 Doa selamat

Memeriahkan lagi majlis, menyambut hari ulang tahun kelahiran untuk kakitangan yang tarikh hari jadi pada bulan Oktober dan November.

 Sahrom, Hadafi, Noor Talib, Abd Razak

 Saidatul, Zahlela, Musaliza, Roslizaini

 Noriazira, Ermarena, Hafiza dan Haslinda


 Doa untuk mereka, moga terus berjaya di dunia dan di Akhirat


Firman Allah swt.


"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

Surah Al-'Ankabuut 29 : 69



WASSALAM

7 comments:

  1. Tahniah.
    Alhamdulillah, ukwah terus erat.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum atuk...alhamdullilah semoga berjaya hendaknya...;)

    ReplyDelete
  3. salam tuk
    semoga berjaya dan tahniah kepada yg dah berjaya ;)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum atuk

    mane gambar nasi arab?

    ReplyDelete
  5. Salam

    Nak tanya nih.KUP tu apa yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu Farhaan

      Khas Untuk Penyandang
      dalam masa tahun yg ditetapkan..contoh 8/10/15 tahun berkhidmat terus naik pangkat tanpa temuduga, tapi sokongan pengarah.

      Delete
  6. Assalamualaikum Atuk.

    Tahniah kepada yang naik pangkat. Tahniah juga kepada yang lain kerana saling meraikan dan menjaga ukhwah.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...