Friday, December 21, 2012

3 Pesanan




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Kampung Baru (Kampung Warisan)
mengiringi Kota Bandaraya Kuala Lumpur
(pemandangan daripada Hotel Regency)



Sebuah Hadis Qudsi, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman 
(disampaikan melalui Malaikat Jibril A.S.),
terdapat 3 pesanan:

1. Hiduplah sesukamu, tetapi sedar lah bahawa pada suatu ketika kamu akan dimatikan.
2. Cintailah sesiapapun / apa-apapun yang kamu cintai, tetapi sedar lah bahawa pada suatu ketika nanti kamu akan berpisah denganya jua.
3. Berbuatlah sesuka hatimu, tetapi sedar lah bahawa apa yang kamu lakukan itu akan mendapat balasan kelak.

Hadis ini menyatakan bahawa kehidupan dunia ini tidak selamanya, pasti akan ditinggalkan dan akan kita bakal menemui kehidupan yang lain untuk dipertanggungjawabkan apa yang telah dilakukan di dunia ini, iaitu kehidupan akhirat.



WASSALAM

12 comments:

  1. Assalamualaikum atuk..

    Dunia hanya pinjaman,penghujungnya pasti tiba, moga Allah memberi kekuatan untuk terus beramal ibadat dan memperbaiki diri.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Atuk.

    Cantiknya gambar tu. Kampung baru kelihatan 'basah'. :)

    ReplyDelete
  3. sama sama kita beringat kan Atuk..


    harap Kg Baru tetap menjadi kampung sampai bila bila

    ReplyDelete
  4. Salam En.Atuk,

    Sy baru nak puji, Kakcik dah puji dulu. Mmg pic tu nmpk ctklah...

    ReplyDelete
  5. as-salam atuk..terima kasih 3 pesanannya..

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikom wbt Tuan Hj...Apa kabar...Syukran berkongsi ilmu...Semoga bermanfaat utk kita bersama...

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  7. Syukran Atuk
    Pesanan yg amat baik d fikirkn selalu

    ReplyDelete
  8. tepuk dada,tanya iman..jgn tanya nafsu...

    ReplyDelete
  9. kuala lumpur nampak cantik kalau gamnbarnya diambil dari atas..:)

    ReplyDelete
  10. salam atuk

    akan wujudkah kg baru 20 tahun akan dtg krn banyak yang dah nampak RM di mata

    moga dpt dipertahankan satu2nya tanah org melayu di tgh KL

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Tuan Haji Atok,
    pe kabor kite?
    Semoga penringatan sebegini jadi panduan hidup kita, Inshaa Allah kita tak sesat dan lupa barat! Terima kasih berkongsi!

    ReplyDelete
  12. setuju tuk ..
    semua x kekal abadi
    hanya allah sahaja yg kekal abadi dan patut diingati ..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...