Friday, December 14, 2012

Batuk dan Rawatannya



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Mencari ubat batuk yang serasi
Kawan kawan serasi ubat batuk cap apa?


Pengenalan
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Sebab-sebab batuk

  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • AlahanAsma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Rawatan
  • Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
  • Rawatan di rumah membolehkan korang berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
  • Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
  • Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
  • Berhenti merokok
  • Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
  • Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.

Bila korang perlu berjumpa doktor?
  • Batuk yang mengeluarkan darah
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara
  • Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
  • Semput / sesak nafas, sakit dada
  • Demam yang berpanjangan
  • Mengandung
  • Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
  • Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
  • Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan

Pencegahan
  • Amalkan tabiat kebersihan yang baik
  • Minum banyak air
  • Tangani tekanan dengan baik
  • Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
  • Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
  • Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
  • Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya korang menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)

Soalan Lazim

Adakah benar ubat batuk berbentuk sirap yang mahal lebih baik daripada gula-gula ubat batuk?
  • Tidak. Adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti meminum lebih banyak air.

Adakah kombinasi pelbagai jenis ubat batuk dapat membantu mengurangkan tanda-tanda berlakunya selesema?
  • Tidak. Adalah bahaya mengambil terlalu banyak ubat batuk kerana ia dapat menyebabkan korang mengantuk / lali.

Perlukah antibiotik diberikan kepada semua pesakit yang mengalami batuk dan selesema?
  • Tidak. Kebanyakan masalah ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus di mana ia akan hilang dengan sendirinya.

Sumber daripada sini

WASSALAM

9 comments:

  1. salam
    saya jarang batuk..sbb jarang minum minuman berais

    tp kalau batuk,saya minum air dicampur madu dan limau kasturi...alhamdulillah berkesan...

    ReplyDelete
  2. Hari ini kakcik sakit kepala dan disertai batuk2 kecil...

    ReplyDelete
  3. Saya jarang ambil ubat batuk kalau batuk...lebihkan minum air, dan buat teh o suam perah lemon...atuk boleh cuba...:)

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikom wbt tuan Hj Rozali....Allhamdullah berkongsi ilmu.
    Ana disini pun tak tahan dengan perubahan cuaca yang berlaku...batuk kering juga mula-mulanya....

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Atuk...Mak Wan memang x sihat nih serangan batuk n selsema...INFO yg boleh membntu

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Atuk...

    Waa banyaknya info pasal batuk,tq Atuk. Moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  7. MEMANG JAGA SEBAIKNYA SUPAYA SEISI KELUARGA TAK BATUK..MAKLUM LA..KAMI ADA ANK KECIK..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum,salam sejahtera
    Setelah membaca article anda mengenai batuk..dari situ sy ingin bertanya,
    saya telah mengalami batuk lbh daripada 3 bulan dan deman,selsema datang berulang kali.Dah pergi ke klinik dan diberikan pelbagai ubat yang berbeza setiap minggu, ubat yang telah diberikan minggu lepas adalah co amoxiclav, ubat batuk , ubat sakit tekak , ubat demam n vitamin c namun masih tiada kesan dan batuk semakin teruk terutama pada waktu malam serta sy berasa dada sy semakin sakit .Dan kebelakangan ini pelbagai gejala yang saya rasa seperti rasa letih dan lemah seluruh badan tanpa sebab ,sesak nafas dan sakit dada,sakit belakang dada,sakit bahu dan lengan,menggigil,pitam ,pening dan sering demam.Jd apakah sebenarnya yang sy alami,sbb sy risau dgn semua ini.

    dan bila perlu jumpe dr tue ..ape kaitannya antara batuk dengan simptom Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)dan Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan ..
    mohon penjelasan ..sekian terimakasih

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...