Tuesday, December 18, 2012

STP Menganjurkan Program Nasihat Atok



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

STP telah mengambil inisiatif mengadakan Program Nasihat Atok. Tujuan program ini ialah, mendekatkan anak-anak remaja dengan aktiviti surau supaya dapat mengimarahkannya bersama ibu bapa dan juga jemaah surau serta tidak membuang masa yang tidak berfaedah.

Matlamatnya adalah melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, menghormati ibu bapa, orang-orang tua dan kawan-kawan yang sebaya.
 

Yang Berbahagia Datuk Abu Hassan bin Din, sebagai penceramah jemputan yang terkenal dalam program TV9 dalam rancangan Pesan Atok.

Yuran penyertaan RM30.00
Seramai 57 orang anak anak turut serta dalam program ini



Disamping mendengar nasihat daripada Atok, peserta terlibat juga dengan acara kuiz dan hafazan


Sabda Nabi saw.


"Berilmu adalah senang tetapi hendak menjadi orang yang berilmu adalah susah. Beramal pun mudah tetapi hendak pelihara amal adalah susah. Hendak beristiqamah itu lagi susah."

(Syeikh Abdus Shamad Al-Falimbani Rahimahullah)



WASSALAM

5 comments:

  1. Assalamualaikum Atuk..

    Tahniah STP,inisiatif yang memang sangat2 bagus, tentu seronok anak2 dapat bertemu 'Atok' diluar TV.

    ps; program dengan Atuk PHD bila pula, hik!!

    ReplyDelete
  2. Syukur alhamdulillah. Ilmu bukan nilainya dengan duit jadi tak ada ruginya kita membayar sedikit untuk program sebegini.

    ReplyDelete
  3. Elok sangat STP buat program ni.. dpt isi masa dan tambah ilmu untuk anak2.
    Bak kata perpatah, melentur buluh biar dari rebung.. memang lebih senang nak didik/bentuk kalau masih kanak2..

    ReplyDelete
  4. bagus nya ..
    terisi jugak masa cuti budak2 ni..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum atuk...bagus ada program yg begini...:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...