Monday, December 10, 2012

Tahnik dan Cukur Jambul



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi semalam menghadiri Majlis Tahnik dan Cukur Jambul cucu jiran. Suasana meriah dengan adanya Kumpulan Marhaban dihadapan baby di dalam buaiyan yang dihiasi indah.

Dalam hati mula mengira-ngira bajet yang diperlukan untuk majlis itu. Saya anggarkan 5 ke 6 ribu ringgit juga.

Moga cucu jiran ini menjadi anak yang soleh






Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.”
[Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838]

Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”,

Sabda Rasulullah saw.
“Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).”
[Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]

Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya.

Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.

Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan  kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam.

Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.

Adapun melaksanakan majlis sempena cukur jambul, maka yang sepatutnya dilaksanakan ialah majlis akikah. Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya, pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat.

Majlis akikah dengan sendirinya adalah satu bentuk ibadah, maka ia tidak perlu diubah-suai dengan ibadah-ibadah lain seperti membaca surah Yasin, zikir-zikir, doa selamat dan sebagainya. Walaubagaimanapun majlis akikah hukumnya sunat, maka mana-mana ibubapa yang tidak mampu tidak dituntut melaksanakannya.

Sumber : HafizFirdaus



WASSALAM

8 comments:

  1. zaman sekarang ni Atuk, majlis seawal usia(macam potong jambul) pun dah grand...hihihih

    ReplyDelete
  2. anak2 saya dulu,buat pulut kuning..hantar kat jiran2 ja hehe...tak grand mcm tu...

    ReplyDelete
  3. Saya tak debuat apa2 majlis pun..tapi tetap cukur rambut anak..:-)

    ReplyDelete
  4. salam tuk , seronok program macam nie .. saya rindu saat nie ;)

    ReplyDelete
  5. Makchaq pernah pi kenduri akikah yang memang lebih besar/grand dari sesetengah kenduri kahwin.. jemputan rasanya 1000 orang..

    ReplyDelete
  6. salam tuk

    bapak pun nak cukur jambul ni , rasa dah panjang heheheh

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikom wbt...Apa kabar tuan Hj. syukran berkongsi ilmu. Di Malaysia memang banyak majlis sebegini lakaukan. Di sini pula lain dengan gaya nya. Mereka tidak mampu dan tidak buat pun bercukur bayi.

    JazakaAllah

    ReplyDelete
  8. kemeriahan cukur jambu.. huhuu...teringin nak buat majlis untuk bakal anak nanti :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...