Tuesday, February 19, 2013

Halimariana Halim Kembali Keramahtullah

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Di hari penghulu hari, pukul 4.00 petang, 15 Februari 2013, kakitangan SPgD kehilangan seorang rakan/sahabat/teman yang selalu ceria dan riang, tiada seorang pun yang tidak menyenangi Allahyaharmah Halimariana binti Halim, lebih terkenal dengan panggilan Nana Halim.

Semua yang mengenali beliau terkejut dan pada mulanya tidak percaya akan berita ini. Kerana pada hari Khamis Allahyarhamah masih bekerja seperti biasa. Tengah hari semasa rehat, Allahyarhamah sempat bercerita bersama saya dan beberapa rakan yang lain sambil makan kerepek kaduk ( ceritanya disini )

Kami dapat berita ini selepas waktu pejabat, kira-kira pukul 5.15 ptg. Pukul 6.00 ptg mayat masuk ke Jabatan Forensik HKL, pukul 7.00 mlm-scan, pukul 9.00 mlm-masuk bilik postmortem, pukul 1.00 tengah malam, mayat selesai dibedahsiasat, setelah siap dikapankan dan terus dibawa pulang ke kampung Allahyarhamah di Sg. Itek, Gopeng. Dikebumikan pada hari Sabtu, pukul 12.30 tgh.

Allahyarhamah meninggalkan seorang suami dan tiga orang anak perempuan.

Majlis bacaan Yassin dan Tahlil khusus untuk Allahyarhamah
pada pagi semalam



Gambar Allahyarhamah semasa hari jadinya yang ke 31 pada 13.9.2012


Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud

“Dari Ibnu Umar telah berkata: Sabda Rasululllah s.a.w.: Sebutlah kebaikan orang yang telah mati dan berhentilah dari menyebut keburukan mereka”.

(Riwayat at-Tirmizi)

WASSALAM

19 comments:

  1. Salam atok
    kematian memang pasti tidak lewat tidak cepat
    al fatihah semoga di limpahi rahmat ke atas rohnya amin

    ReplyDelete
  2. Salam..alfatihah..sakit apa atuk?

    ReplyDelete
  3. Alfatihah....semoga dipermudahkan urusan aruah disana nnt,,,
    Muda lagi...

    ReplyDelete
  4. Al fatihah..masih dalam keadaan terkejut kerana arwah memang seorang yg disenangi....ceria selalu...

    ReplyDelete
  5. takziah untuk sahabat2 dan keluarga ..

    Al-fatihah..

    ReplyDelete
  6. Alfatihah buat roh allahyarhan nana

    ReplyDelete
  7. Alfatihah buat roh allahyarhan nana

    ReplyDelete
  8. al fatihah..semoga suami dan anak2 arwah tabah dgn dugaan ini

    ReplyDelete
  9. Alfatihah... semoga keluarga arwah Halimariana Halim sabar dan tabah menerima ketentuanNYA

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Atuk;

    Salam takziah buat keluarga arwah, moga terus tabah.
    Al fatihah..

    ReplyDelete
  11. salam atuk
    Ta sedekahkan al-fatihah.amin

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum ATUK..
    Innalillahiwainnailaihirojiun..
    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah....

    ReplyDelete
  13. Saya juga sedekahkan Al Fatihah.Moga ruhnya dicucuri Rahmat.Amin.

    ReplyDelete
  14. Al fatehah untuk sahabat Atok, yang paling dekat dengan kita adalah kematian

    ReplyDelete
  15. al-salam atuk..:)
    al-fatihah untuk sahabat atuk..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...