Tuesday, May 28, 2013

Pemeriksaan Kesihatan-Abang Cik-UiTM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, Abang Cik ditawarkan ke UiTM, Jengka, Pahang. Akan mendaftar pada 2 Jun 2013, ahad nanti.

Pagi tadi ke HKL untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Oleh kerana terlalu ramai yang membuat pemeriksaan ini, keputusannya akan dimaklumkan seminggu lebih lagi. Begitu juga keputusan X-Ray kena tunggu 3 hari, yang mana biasanya cuma setengah jam sahaja.


Kriteria Pemimpin Dalam Islam

Menegakkan Amar Ma’ruf Nahi Munkar

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; diantara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” 

(Al- Imran: 110)

WASSALAM

Wednesday, May 22, 2013

Beijing 2013-10, Mao Zedong

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari kedua

Mao Zedong (26 Disember 1893 – 9 September 1976), juga dieja sebagai Mao Tse-Tung dalam transliterasi Wade-Giles, ialah seorang ahli teori Marxisme, askar, dan negarawan Cina, yang mengetuai revolusi komunis China selepas pendudukan asing dan perang saudara selama berdekad-dekad pada abad ke-20. 

Selepas kemenangan tentera Parti Komunis China terhadap Kuomintang nasionalis dalam Perang Saudara Cina, Mao mengumumkan pengasasan Republik Rakyat China pada 1 Oktober 1949 di Dataran Tiananmen, Beijing.


Mao mengejar cita-cita untuk menjadikan China sebagai sebuah negara yang kukuh dan makmur, dan berusaha untuk membina sebuah negara perindustrian yang moden serta untuk mengurangkan kemiskinan petani-petani yang merupakan sebahagian besar bilangan penduduk China. 

Bagaimanapun, keputusan rancangan-rancangan sosio-politik Mao yang utama membawa kecelakaan yang melumpuhkan perkembangan China dan menyebabkan kesusahan ekonomi, kerusuhan sosial dan kebuluran yang meluas. Antara rancangan-rancangan tersebut termasuk Kempen Anti Puak Kanan, Lompatan Agung ke Depan, dan Revolusi Kebudayaan.

Sehingga kematiannya, Mao mengekalkan kawalan Politburo Parti Komunis China serta Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China melalui kepintaran dalam politik dan pujaan tokoh yang memberikan beliau nama gelaran sebagai Jurumudi Agung dan Penyelamat China.


 Potret Mao Zedong turut digantung di Menara Tiananmen.

Dengan lakaran potret pemimpin komunis awal 1900-an, Mao Zedong yang tergantung di tengah-tengah menara itu, ia menjadi simbol pemodenan kepada rakyat China.

Sehingga tahun 1911 iaitu berakhirnya legasi kerajaan feudal di China, tiada sesiapa pun dibenarkan untuk memasuki menara tersebut kecuali keluarga diraja dan golongan bangsawan.





Mao Zedong meninggal dunia ketika berumur 82 tahun pada pukul 12.10 pagi, 9 September 1976 di Beijing. Beliau maut, akibat sklerosis lateral amiotrofik yang lebih dikenali sebagai Penyakit Lou Gehrig. Mao telah tidak sihat selama beberapa tahun, dan kesihatannya merosot dengan ketara beberapa bulan sebelum kematiannya. 
Mayatnya terletak di Dewan Besar Rakyat. Upacara memperingatinya diadakan di Dataran Tiananmen pada 18 September 1976. Suatu tafakur selama tiga minit diadakan sebagai penghormatan semasa upacara tersebut.

Mayatnya kemudian diletakkan dalam Bangunan Makam Mao Zedong, walaupun Mao ingin mayatnya dibakar dan merupakan salah satu daripada pegawai-pegawai berpangkat tinggi yang pertama untuk menandatangani "Cadangan bahawa Semua Mayat Pemimpin-pemimpin Pusat Dibakar Selepas Kematian" pada November 1956.


Kriteria Pemimpin Dalam Islam

Adil Kepada Semua Orang

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar belitkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.” 

(An-Nisa’: 135)

WASSALAM

Tuesday, May 21, 2013

Beijing 2013-9, Dataran Tiananmen


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Dinamakan sempena Tiananmen (Pintu Damai Syurga) yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Larangan. terletak di tengah-tengah bandar Beijing. Merupakan dataran ketiga terbesar di dunia selepas Dataran Merdeka di Jakarta, Indonesia dan Dataran Bunga Matahari di Palmas, Brazil.




Menara Tiananmen merupakan signatur penting di kawasan tersebut. dibina pada tahun 1417 iaitu ketika pemerintahan Dinasti Ming (1368 hingga 1644) itu merupakan pintu masuk ke Kota Larangan.

Paling penting, pada era tersebut, menara itu menjadi tempat penabalan maharaja dan maharani.




Lanskap di dataran

Pihak Polis senantiasa mengawal sekitar dataran, untuk mengelak daripada peristiwa yang tidak dingini

Terdapat banyak pintu gerbang peninggalan sejarah

Tugu Peringatan di hujung dataran




Muzium Negara China yang terletak di bahagian timur Dataran Tiananmen. Muzium itu dibuka kepada umum pada tahun 2003 dan ia merupakan kombinasi Muzium Sejarah China dan Muzium Revolusi China.

Muzium Revolusi China mempamerkan pelbagai objek, gambar, buku dan model yang menunjukkan pembangunan negara China. Sementara itu, Muzium Sejarah China pula mempamerkan pelbagai peninggalan budaya yang menggambarkan sejarah kebudayaan di China sejak 1,7 juta tahun lalu sehingga maharaja China meninggalkan takhta pada tahun 1921.




Potrek Mao Zedong turut digantung di Menara Tiananmen.

Dengan lakaran potret pemimpin komunis awal 1900-an, Mao Zedong yang tergantung di tengah-tengah menara itu, ia menjadi simbol pemodenan kepada rakyat China.

Sehingga tahun 1911 iaitu berakhirnya legasi kerajaan feudal di China, tiada sesiapa pun dibenarkan untuk memasuki menara tersebut kecuali keluarga diraja dan golongan bangsawan.





Dataran ini penting sekali selaku lambang kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-peristiwa terpenting dalam sejarah China

Dataran ini amat terkenal kerana insiden Bantahan Dataran Tiananmen 1989. Kejadian perhimpunan politik yang bertukar menjadi pembunuhan beramai-ramai disiarkan di kaca televisyen. Kejadian yang bermula dengan demonstrasi oleh pelajar prodemokrasi pada musim panas tahun tersebut telah dicemari dengan keganasan yang dicetuskan oleh tentera China.

Siri tunjuk perasaan yang dipimpin oleh pelajar, cendekiawan, dan aktivis buruh di Republik Rakyat China (PRC) dari 15 April 1989 hingga 4 Jun 1989. Walaupun bantahan ini tidak mempunyai pemimpin yang jelas, mereka yang terlibat keseluruhannya mengutuk pemerintahan Parti Komunis China dan menyuarakan bantahan sehingga ke permintaan demokrasi penuh dan lebih kebebasan. Bantahan ini berpusat di Dataran Tiananmen di Beijing, tetapi bantahan secara besar-besaran juga berlaku di bandaraya China lain termasuk Shanghai.

Statistik dan anggaran yang dibuat dari pelbagai sumber menunjukkan:

• angka korban dalam lingkungan 4,000 sehingga 6,000 orang, kebanyakannya orang awam.
• 2,600 orang secara rasminya meninggal dunia pada pagi 4 June (kemudiannya disangkal) oleh Pertubuhan Palang Merah China. Seorang pegawai dari Pertubuhan Palang Merah China menganggarkan korban seramai 5,000 orang dan 30,000 yang cedera.
• 1,000 korban - anggaran Amnesty International.
• 7,000 korban - anggaran Soviet Bloc.
• lebih dari 3,700 korban tidak termasuk kehilangan dan mereka yang dinafikan rawatan - dakwaan sumber dalam kerajaan
• 186 orang individu yang disahkan mati sehingga akhir Jun 2006 - Profesor Ding Zilin.


Kriteria Pemimpin Dalam Islam

Adil Kepada Semua Orang Dan Tidak Pandang Bulu


“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di mukabumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.”

(Shad: 26)


WASSALAM

Thursday, May 16, 2013

Beijing 2013-8, Hotel Jin Hui International Business Conference


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari pertama


Hotel dibina pada tahun 2008, bertaraf 4 bintang, jumlah bilangan bilik 328

Jin Jui International Business Conference Hotel adalah 3 km dari Zoo, 10 km dari Stesen Kereta Api Beijing, 11 km dari Tian'anmen Square. Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital adalah sejauh 31 km

dengan akses internet percuma.





 Perhatian

Semua hotel di China ini mengenakan bayaran kepada semua peralatan yang ada di dalam bilik sekiranya ada kerosakan.

Peristiwa 1 (malam kedua): Seorang peserta memaklumkan terdapat bil di dalam biliknya atas kesalahan cadarnya terkena seterika, sedangkan kami tidak dibekalkan seterika.

Peristiwa 2 (malam ketiga): Seorang peserta memaklumkan dia didatangi pekerja hotel untuk melihat di dalam bilik air, dan pekerja itu memaklumkan yang peserta ini telah menghilangkan 2 helai tuala kecil, sedangkan memang mereka tidak membekalkannya.

Setelah kami berbincang dengan pemandu pelancong kami, semua masaalah ini selesai tanpa apa-apa bayaran.


TOLAK PEMIMPIN YANG GILA KUASA

Menegah kemungkaran adalah kefarduan utama bagi orang yang ada kuasa , oleh itu diantara kemampuan yang dimiliki oleh rakyat adalah kuasa memilih. Ini juga termasuk apa yang Nabi sebut:

“ Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan kuasanya.”

Hadis Sahih Muslim



WASSALAM

Wednesday, May 15, 2013

Beijing 2013-7, Pertunjukan Akrobatik

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Akrobat Cina adalah sebahagian daripada tradisi yang berusia 2000 tahun, yang dibangunkan oleh Dinasti Tang. Awalnya akrobat  sering dilakukan di jalan-jalan, Peralatan yang sering digunakan, termasuk kerusi, meja, cawan, pinggan dan gelung rotan, basikal, bola pingpong dan sebagainya.

Jam 5.00 petang, kami ke destinasi seterusnya iaitu pertunjukan akrobatik. Memang sangat menakjubkan pertunjukan tersebut dan inilah pertunjukan yang paling menyeronokkan untuk hari ini. Bagi yang bercuti ke Beijing, pengalaman menonton pertunjukan akrobatik ini amat disyorkan dan amat berbaloi.

Orang-orang yang ingin menceburi bidang akrobatik haruslah mempunyai ciri-ciri seperti badan yang tegap, kuat, berani, dan perlu dilakukan dengan bijak, tepat , dan keupayaan untuk mengekalkan keseimbangan dalam gerakan. Untuk menjadi seorang Akrobatik, pelajar mesti telah lama menekankan latihan asas pinggang dan kaki daripada masa mereka berusia 6 atau 7 tahun. Kerana teknik-teknik yang digunakan dalam akrobatik amat sukar dan berisiko, pelajar mesti berkeupayaan tinggi dalam menahan sakit untuk kepentingan mereka.

Akrobatik Cina telah mengekalkan sistem tuan pelatih yang ketat. Akrobatik Cina adalah seni yang telah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi keluarga, serta dari induk untuk pelatih. 

Apabila anda menonton akrobatik, anda amat memberi kesan kedua-dua mental dan fizikal. Ia benar-benar memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.



Lukisan dinding dewan pertunjukan

Tempat yang selesa

Persembahan badut yang menghiburkan di awal dan akhir persembahan

 Pentas yang menarik


 Tarian bola pingpong (hingga 10 biji bola pingpong)




  

10 orang satu basikal


Rasulullah saw bersabda: 

Setiap pemimpin yang memimpin rakyatnya,  pada hari Kiamat pasti akan didatangkan. Kemudian malaikat mencengkam tengkuknya dan mengangkatnya sampai ke langit. Kalau ada perintah dari Allah: lemparkanlah, maka malaikat akan melemparkannya ke bawah yang jauhnya adalah empat puluh tahun perjalanan. 

(HR. Ibnu Majah)

WASSALAM

Tuesday, May 14, 2013

Beijing 2013-7, Pusat Mutiara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari pertama


Selepas makan tengahari, kami menghala ke pusat mutiara air tawar (Fresh Water Pearl Centre). Pusat ini bukan sahaja memproses mutiara air tawar untuk perhiasan tetapi juga penjagaan/kesihatan kulit.

Kilang ini hanya dihasilkan mutiara air tawar. Menurut jurujual, mutiara air tawar adalah jauh lebih baik daripada mutiara air masin.

Sebelum membuka tiram itu, jurujual suruh kami meneka berapa biji mutiara yang ada di dalamnya, kami meneka antara 1 hingga belasan sahaja, tapi setelah dibuka, ada 27 biji semuanya.

Mutiara yang dah matang dan besar mereka akan dijadikan barang perhiasan dan mana yang kurang matang dan kecil-kecil mereka akan proses mutiara ni untuk dijadikan Pearl Cream atau Pearl Powder.

Lepas dengar penerangan bagi tiap-tiap produk yang dijual, si amoi ni offer la macam-macam kat kami. Setiap barang yang dijual tu akan lebih murah jika dibeli secara set. Disni saya ingatkan jangan tergoda dengan tawaran dan pujukannya.


Mutiara yang terdapat di dalam tiram

Pusat mutiara ini terletak di bawahThe Stadium National Olympic Sports Center


Tiram air tawar

Antara 25 hingga 35 biji mutiara

Mendengar penerangan



Beli yang murah ajer


TOLAK PEMIMPIN YANG GILA KUASA

Rasulullah saw bersabda:

Akan ada para pemimpin yang kalian kenal dan kalian ingkari. Siapa yang tidak menyukainya maka dia bebas dan barang siapa yang mengingkarinya maka dia selamat, akan tetapi (dosa dan hukuman) diberlakukan kepada orang yang ridha dan mengikuti para pemimpin itu. Para sahabat bertanya: apakah kami boleh memeranginya wahai rasulullah saw. Beliau menjawab: tidak boleh selama para pemimpin itu masih mengerjakan shalat.

(HR Muslim)


WASSALAM

Monday, May 13, 2013

Beijing 2013-6, Masjid Beijing Jinshifang Street

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari pertama

Masjid Beijing Jinshifang Street adalah salah satu daripada empat masjid yang paling terkenal di Beijing. Ia mula dibina pada tahun keempat (1429) daripada Xuande Dinasti Ming (1368-1644). Masjid ini meliputi kawasan seluas 1,533 meter persegi dengan kawasan yang dibina daripada 1,373 meter persegi.

Seni bina gaya Dinasti Ming, adalah indah. Struktur utama adalah dewan solat, Bangunan Xuanli, bilik sayap, bilik melaungkan, bilik mandi, rumah tamu, dan kemudahan lain. Dewan solat mencerminkan Cina seni bina gaya-istana klasik, Xuanli Bangunan yang cantik dalam susun atur, dan bilik sayap dan bilik melaungkan adalah simetri diselaraskan. Masjid ini mengekalkan 150 naskhah klasik Arab dan 100 naskhah klasik Parsi. Masjid ini merupakan pusat untuk Persatuan Islam Daerah Xicheng, Beijing.


Pintu utama

 Ruang legar di kawasan dalam masjid

 Tempat wuduk

 Pintu masuk ke dewan solat

 Dewan solat


 Tempat solat wanita

 Pandangan atas

Pandangan dari dalam kubah 


Abu Said (Abdurrahman) bin Samurah r.a. Berkata: Rasulullah saw telah bersabda kepada saya

Ya Abdurrahman bin Samurah, jangan menuntut kedudukan dalam pemerintahan, karena jika kau diserahi jabatan tanpa minta, kau akan dibantu oleh allah untuk melaksanakannya, tetapi jika dapat jabatan itu karena permintaanmu, maka akan diserahkan ke atas bahumu atau kebijaksanaanmu sendiri. Dan apabila kau telah bersumpah untuk sesuatu kemudian ternyata jika kau lakukan lainnya akan lebih baik, maka tebuslah sumpah itu dan kerjakan apa yang  lebih baik itu. 

(Buqari, Muslim)

WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...