Friday, February 28, 2014

Ustaz Azhar Idrus di STP - 4

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Antara cara mencintai Nabi saw.
Mendampingi pengganti Nya 
mendampingi Alim Ulamak 
mendampingi Para Daie (para pendakwah) 

Kebanyakan orang muda memenuhi ruang solat utama

Solat Isyak berjemaah

UAI meluangkan masa bersalam dengan jemaah


UAI bergambar dengan YB Saari Sungib dan AJK STP

Meraikan Unit Amal


Ringkasan soal jawab

Soalan 8: Boleh ke wanita mengambil pil perangsang susu

Jawapan: Wanita yang belum berkahwin tapi hendak menyusukan anak angkat boleh ambil pil perangsan susu tapi yang bagi susu itu bukan pil tapi adalah Allah.

Soalan 9: Boleh ke wanita yang dalam uzur solat Istiqsa'.

Jawapan: Solat Istiqsa' adalah solat di tengah padang untuk minta hujan. Disunatkan membawa haiwan ternakan bersama ke tengah padang untuk menunjukkan bahawa makhluk2 Allah yang lain ini pun perlukan air. Dibenarkan membawa lembu, kambing, ikan flower hon dll.

Soalan 10: Selalunya si suami yang diceritakan kelebihannya apabila berkahwin lebih, jadi apakah kelebihan si isteri.

Jawapan: Contoh..kerajaan mengumumkan hari bekerja daripada 5 hari kepada 3 hari sahaja. Isteri yang bermadu banyak kelebihannya. Diantaranya ialah mempunyai banyak waktu rehat dan ruang untuk beribadah. Justeru itu, bagilah suami kamu untuk bernikah seorang lagi

Soalan 11: Ustak mana molek (baik) motor Duke 690 dengan Duke 990.

Jawapan: Kalau hendak main dalam bandar Duke 690 lah. kalau jalan jauh Duke 990 lah. tapi dia berat sikit. bila orang potong kita kita akan rasa hendak kejar untuk potong dia balik.
Tapi kalau Duke 690 tidak laju sangat cuma naik sampai 120km/j sahaja.
ini luar daripada ceramah....

Soalan 12: Menarik tangan ketika bersalam bagi mengelakan di cium orang 

Jawapan: Ada perbezaan pendapat. tapi tidak boleh sampai memalukan seseorang itu.

Soalan 13: Apakah hukum mencabut uban

Jawapan: Sunat inaikan janggut atau pun uban.
uban yang gatal harus di cabut. Yang tidak boleh kita hendak cabut uban supaya tidak nampak tua.

Sumber drp Shukri



WASSALAM

5 comments:

  1. Terima kasih Atuk.

    perkongsian yang baik. :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum atuk...seronok semuanya...:)

    ReplyDelete
  3. saya suka cabut uban suami..hehhehe..walaupun sebaya tapi dia dah ada ubat..lawak..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Atuk..

    hehe..jawapan ustaz Azhar walaupun santai tapi tepat. Mesti best dapat tengok ceramah UAI secara live.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum atuk...perkongsian yg baik...:)

    singgah n collect hadiah yer...:)

    http://maszull.blogspot.com/2014/03/pengomen-tegar-bulan-februari.html

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...