بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Ini masih kisah pada hari sabtu 8 Februari yang lepas. Selepas bersama Chef Adu di Abuain, Bangi. Kemudian ke Majlis Perasmian Klinik Dr Hanie, Bangi dan terus ke Kuala Selangor kerana menghadiri Hari Keluarga Koperasi Jabatan kami.
Tergesa-gesa kerana ditugaskan menyediakan sarapan petang. Membuat lempeng pisang berintikan kelapa parut. Ada juga anak-anak yang tak pernah makan lempeng pisang ni.
Hari keluarga ini dihadiri oleh ALK, JAD dan Kakitangan koperasi. Bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim supaya dapat bekerjasama bagi membangunkan lagi operasi koperasi.
Semua menu kami bergotong royong menyediakannya.
Doa Supaya Berada di Jalan yang Benar
رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya :
"Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku"
(Al-Isra' : 80)
WASSALAM
pandainya atuk buat lempeng pisang..
ReplyDeletesure sedap ni atuk..
benda yg senang ajer tu...he he
Deleteassalamualaikum atuk...seronoknya bergotong royong bersama2...:)
ReplyDeleteWaalaikumusalam Mama
DeleteAlhamdulillah...sesekali
As-Salam ATUK.....pandai ATUK buat lempeng pisang..ada inti kelapa lagi...Seronok kan berkumpul beramai-ramai dgn rakan sekerja mcm ni kan TUK..saya diopis ni cuma ada 5 org jer rakan sekerja...
ReplyDeleteWaalaikumusalam....5 orang ajer
Deletesaya disini hampir 100 orang
1st time saya dengar perkataan " sarapan petang" :)
ReplyDeletehe he...
Deletelempeng pisang yang balut dengan daun pisang dan bakar...wangi pisang yang dibakar dan wanginya hangus daun pisang semerbak.
ReplyDeletetu hari cepat lakunya..he he
DeleteAtuk...x jemput pon...ahli koperasi gak....
ReplyDeleteAtuk...x jemput pon...ahli koperasi gak....
ReplyDeleteDah nama pun Hari Keluarga, kena la ada acara gotong royong. Kalu datang semata mata nak makan jer tapi malas nak menolong, lain kali jangan mengaku sedara! hehehehe
ReplyDeleteLempeng Pisang Kelapa Parut? Nak sekeping, kasi garing garing!
wahhh bestlah gotong royong masak2 niii
ReplyDeletebiasanya ada sukaneka jer kan