Thursday, February 13, 2014

Hari Keluarga KJUDPM 2014

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ini masih kisah pada hari sabtu 8 Februari yang lepas. Selepas bersama Chef Adu di Abuain, Bangi. Kemudian ke Majlis Perasmian Klinik Dr Hanie, Bangi dan terus ke Kuala Selangor kerana menghadiri Hari Keluarga Koperasi Jabatan kami. 

Tergesa-gesa kerana ditugaskan menyediakan sarapan petang. Membuat lempeng pisang berintikan kelapa parut. Ada juga anak-anak yang tak pernah makan lempeng pisang ni.

Hari keluarga ini dihadiri oleh ALK, JAD dan Kakitangan koperasi. Bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim supaya dapat bekerjasama bagi membangunkan lagi operasi koperasi. 









Semua menu kami bergotong royong menyediakannya.


 Doa Supaya Berada di Jalan yang Benar
 
رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya :

"Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku"

(Al-Isra' : 80)


WASSALAM

15 comments:

  1. pandainya atuk buat lempeng pisang..
    sure sedap ni atuk..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum atuk...seronoknya bergotong royong bersama2...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Mama
      Alhamdulillah...sesekali

      Delete
  3. As-Salam ATUK.....pandai ATUK buat lempeng pisang..ada inti kelapa lagi...Seronok kan berkumpul beramai-ramai dgn rakan sekerja mcm ni kan TUK..saya diopis ni cuma ada 5 org jer rakan sekerja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam....5 orang ajer
      saya disini hampir 100 orang

      Delete
  4. 1st time saya dengar perkataan " sarapan petang" :)

    ReplyDelete
  5. lempeng pisang yang balut dengan daun pisang dan bakar...wangi pisang yang dibakar dan wanginya hangus daun pisang semerbak.

    ReplyDelete
  6. acara bakar membakar yang paling best tu..kan??

    ReplyDelete
  7. Atuk...x jemput pon...ahli koperasi gak....

    ReplyDelete
  8. Atuk...x jemput pon...ahli koperasi gak....

    ReplyDelete
  9. Dah nama pun Hari Keluarga, kena la ada acara gotong royong. Kalu datang semata mata nak makan jer tapi malas nak menolong, lain kali jangan mengaku sedara! hehehehe

    Lempeng Pisang Kelapa Parut? Nak sekeping, kasi garing garing!

    ReplyDelete
  10. wahhh bestlah gotong royong masak2 niii
    biasanya ada sukaneka jer kan

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...