Monday, May 14, 2012

Ho Chi Minh 2012-3 - Indian Jamia Muslim Mosque


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ini adalah sebuah masjid yang terletak di tengah tengah bandar Ho Chi Minh

Bancian pada tahun 1999, dianggarkan seramai 70,000 orang Islam di Vietnam
Mereka terdiri daripada etnik Cham, Khamer, Melayu, China, Arab dan lain lain

Berdiri megah di tengah tengah pembangunan


Walau bagaimanapun, umat Islam Vietnam masih agak terpencil daripada arus perdana dunia Islam, dan pengasingan mereka, digabungkan dengan kekurangan sekolah-sekolah agama, menyebabkan amalan Islam di Vietnam menjadi semakin nipis.



Selepas penubuhan 1976 Republik Sosialis Vietnam, seramai 55.000 orang Islam Cham berhijrah ke Malaysia. 1750 juga telah diterima sebagai pendatang oleh Yaman yang menetap di Ta'izz.

rujukan disini

Bersih dan terurus, menandakan Islam itu indah

Imam sedang membaca khutbah Jumaat

Muslimat turut mendirikan solat Jumaat


peniaga kecil kecilan ada dimana mana


kena pandai menawar, hingga boleh kurang lebih daripada separuh harga yang ditawarkan pada mulanya


Ketika melancong hendaklah menjaga nilai murni sebagai orang Islam. Elakkan daripada terjebak dengan aktiviti tidak baik di tempat orang. Aktiviti pelancongan yang membabitkan perbuatan haram ditegah sama sekali. Kecelakaan dan kemusnahan menimpa diri mereka yang ingkar perintah Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

“Ditimpakan kehinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.”

(Surah Ali Imran, ayat 112)



WASSALAM

Sunday, May 13, 2012

Kasut Pemberi Galakan Kepada Abang Cik



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Insyaallah
Ammar akan menduduki SPM pada hujung tahun nanti
dia tahu yang dia diberi perhatian lebih pada tahun ini
jadi dia mengambil kesempatan minta itu ini

ini antara idamannya
Insyaallah
kegembiraannya mempermudahkan urusan untuk menuntut ilmu


Sebagai ibu bapa, hanya doa setiap lepas waktu solat mengiringgi kehidupan Ammar agar menjadi anak yang soleh, berjaya serta cemerlang di dunia dan di Akhirat.


Doa anak pandai belajar

" Maka Kami beri Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (daripada mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami tundukkan gunung-ganang dan burung-burung memuji Kami bersama-sama dengan Daud. Kami sememangnya berkuasa melakukan semua ini."  

Surah Anbiya ayat 79


WASSALAM

Saturday, May 12, 2012

Line Hand Phone Meragam



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Daripada semalam, HP ni asik tak boleh call dan terima call. Dia tulis 'emergency call anly' ajer. Pagi tadi baru teringat nak offkan dia, bila on balik baru ada line. Adoiiiiiii....sesekali dia mempermaikan tuannya.

hingga ada 26 sms



Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 

Al-Baqarah: 214


WASSALAM

Friday, May 11, 2012

Ho Chi Minh 2012-2 - Saigon Central Post Office


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Saigon Central Post Office adalah suatu pejabat pos di pusat bandar Ho Chi Minh City,  Bangunan itu dibina apabila Vietnam menjadi sebahagian daripada Indochina Perancis pada awal abad ke-20. Ia mempunyai gaya seni bina Gothic.

Ia telah direkabentuk dan dibina oleh arkitek terkenal Gustave Eiffel dalam suasana kawasan sekitar yang harmoni. Hari ini, bangunan itu adalah sebuah tarikan pelancong.


Dibina antara 1886 dan 1891, ia adalah pejabat pos yang terbesar di Vietnam dan mempunyai nilai seni bena yang menarik untuk dilawati.

berhadapan dengan Basilica Saigon Notre-Dame, gereja utama bandar.

papan tanda yang terdapat pintu utama

terpegun melihat seni bena yang halus dan unik

operasi pejabat pos masih berjalan
disamping kiosk cenderamata dengan harga kawalan






Sesungguhnya melancong boleh dijadikan sebagai cara pengukuhan iman dan takwa dengan banyak pengajaran berkaitan perkara baik dan buruk dapat dilalui atau diperhatikan ketika berkunjung serta menziarahi sesuatu destinasi pelancongan.


Firman Allah yang bermaksud:

"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada."

(Surah al-Hajj, ayat 46)




WASSALAM

Thursday, May 10, 2012

Ho Chi Minh 2012-1 - Vietnam


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Tahun lepas berkesempatan ke Kemboja. Alhamdulillah, tahun ini saya dan isteri diberi peluang sekali lagi untuk melancong ke negara jiran Kemboja, ia itu Ho Chi Minh City (atau nama lamanya Saigon),Vietnam.

Pakej perintis oleh koperasi jabatan kami yang berbentuk memberi perkhidmatan kepada anggota.


4 malam 5 hari RM1800.00

Mata wang Vietnam ialah Dong
100.000 Dong bersamaan RM15.50
Urusniaga disana menggunakan Dong, USD dan Ringgit Malaysia

 2 buah beg yang agak kimpis, kita lihat masa balik nanti

 Lapangan terbang di Ho Chi Minh, agak moden juga

 Laluan imigresen yang selesa dan kemas

rombongan kami seramai 14 orang termasuk seorang budak

moden....paip airnya mengunakan censor
kalau menggunakan tandas awam, kita kena bawa bekalan air
kerana paip air tak disediakan

 bas sudah sedia menunggu kami

 awal lagi sudah menunjukan kecerian

pemandu pelancong kami, Katy
pernah menuntut di universiti di Singapura
peramah dan jelas penerangannya


Dari Abu Umamah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah, berikanlah izin kepada saya untuk melancong ke negeri orang lain,”


Nabi saw. bersabda: 

"Sesungguhnya cara pelancongan untuk umatku ialah berjihad di jalan Allah 'Azzawajalla." 

(HR Imam Abu Dawud dengan isnad yang baik) 


 Pelancongan perlu ada tujuan Jihad

Jihad berbentuk pelancongan ke negeri orang lain boleh dilakukan sama ada jihad melawan hawa hafsu, menginfakkan harta di jalan Allah, menuntut ilmu atau berdakwah di jalan Allah kerana sesungguhnya perkara tersebut merupakan jihad dan menjulang kalimah Allah Ta’ala.


Allah Ta’ala berfirman:

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” 

(Al-Ankabut: 69)



WASSALAM

Wednesday, May 9, 2012

Kuching Sarawak 2012 - Ikan Arapaima



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Selepas melihat aksi buaya menyambar makanan, di Jong's Crocodile Farm & Zoo, kami terus ke kolam air tawar yang agak luas. Melihat pembantu ladang memberi ikan makan roti dan kepala ayam.

 Ikan arapaima berasal daripada ikan air tawar tropika Amerika Selatan. Ia adalah salah satu ikan air tawar terbesar di dunia, dilaporkan dengan panjang maksimum melebihi 16 kaki dan berat sehingga ke 200kg.

Arapaima juga telah diperkenalkan dalam acara memancing di Thailand dan Malaysia. Ia juga dianggap sebagai ikan akuarium, walaupun ia jelas memerlukan sebuah tangki atau kolam yang besar.



Pengunjung boleh berehat selepas menonton Papar Buaya Pemakanan. Duduk di bawah teduhan, menonton berenang ikan giant secara rawak, yang dipenuhi pokok teratai yang akan membawa anda ketenangan dan kedamaian.



ikan patin

Arapaima menyedut kepala ayam yang dicampakan oleh pekerja ladang



Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

“Dihalalkan untuk kamu dua bangkai dan dua darah; Dua bangkai itu ialah ikan dan belalang dan dua darah itu ialah hati dan limpa.”

Ibnu Majah, Ahmad



WASSALAM

Tuesday, May 8, 2012

Kuching Sarawak 2012 - Aksi Lompatan




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Di Ladang Buaya Jong's & Zoo ini, acara yang paling menarik dan misti tonton oleh para pengunjung adalah "Aksi Lompatan Buaya Menyambar Makanan". Ini adalah satu-satunya ladang di Asia untuk mempersembahkan pertunjukan sebegitu.

Para pengunjung seharusnya tidak melepaskan waktu berkenaan kerana pelbagai aksi buaya boleh dilihat. Sambil memberi makan, mereka turut “buat show”. Kita juga boleh melihat buaya berkelahi sesama mereka kerana berebut makanan.

Antara yang menarik pada pemerhatian saya ialah, bila hampir tiba waktu untuk buaya makan, buaya  akan keluar daripada dalam hutan dan yang berada di dalam kolam, mereka timbul di permukaan air. Tatkala inilah pelbagai aksi menarik oleh sang buaya berkenaan dapat disaksikan. Maknanya buaya-buaya berkenaan sudah tahu bahawa waktu untuk makan sudah hampir tiba. Bila tepat masanya, loceng dibunyikan. Maka timbullah sang buaya di permukaan air.

Waktu pertunjukan/memberi makan kepada buaya buaya sebanyak 2 kali sehari
11.00 pagi dan 3:00 petang.
Setiap persembahan kira-kira 20 minit.

kolam utama

kolam kedua



mereka akan perlahan-lahan berkumpul di kolam apabila hampir waktu makan


kelihatan telor telor buaya


aksi aksi buaya yang sempat saya rakam








aksi buaya menyambar makanan yang saya copy daripada You Tube




Menurut ashab asy-Syafi’e, semua kulit bangkai itu termasuk kulit binatang buas adalah suci setelah disamak, melainkan kulit anjing dan babi. Mereka berhujah dengan beberapa dalil daripada hadis, di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas, beliau berkata yang maksudnya :


“Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Jika kulit disamak maka ia menjadi bersih.”


(Hadis riwayat Muslim).


Dalam hadis yang lain, daripada ‘Aisyah Radiallahuanha yang maksudnya :


“Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengizinkan untuk menggunakan kulit-kulit bangkai jika telah disamak.”


(Hadis riwayat An-Nasa’i)


Hadis di atas menunjukkan bahawa kulit bangkai binatang adalah suci setelah disamak. Kulit bangkai di sini adalah umum termasuklah juga kulit binatang buas melainkan apa yang telah disepakati akan larangannya iaitu anjing dan babi.


Rujukan: ms.wikipedia.org/wiki/hukum_pemakanan_islam


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...