Tuesday, November 13, 2012

Half Moon Restaurant, Serdang


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Half Moon Restaurant ini dimiliki oleh rakyat Malaysia, Puan Suriati yang mana suaminya orang Yemen. Saya pernah serta senang berurusan dengan beliau semasa membuat tempahan nasi Arab sebanyak 112 bungkus untuk jamuan di pejabat saya. Janji pukul 11:00 pagi, pukul 10:30 pagi Puan Suriati menghubungi saya, bahawa pesanan telah siap untuk diambil.

Cuma berpeluang bercakap melalui telefon menanyakan pengalaman beliau yang saya angap telah berjaya. Beliaupun tidak lokek untuk menceritakan pengalamannya.

Untuk tempahan bolehlah menghubungi
Puan Suriati 017-218 0495



Jalan SP 2/2, Persiaran Serdang Perdana, Serdang






Kabsah Chicken RM10.00

Kabsa Lamb RM14.00

Mandy Lamb RM18.00



Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,


“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.




WASSALAM

Saturday, November 10, 2012

Walimah Aisha Wan Masoor



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Selamat Pengati Baru
Aisha Wan Mansoor dan Muhammad Nizar Sadaki
Di Flamingo Hotel, Kuala Lumpur


 Gudis daripada pengantin


 Dayang diatas usungan membawa nasi untuk pengantin





Ya Allah
Kami memohon restumu,
limpahkan barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini,
jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia,
dalam ketaatan terhadapmu,
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah,
serta berikanlah ketenangan kepada mereka didunia dan akhirat,
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan ini.
Amin.






WASSALAM

Friday, November 9, 2012

Naik Pangkat KUP - Tahniah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Seramai 9 orang Kakitangan SPgD dinaikkan pangkat KUP
Setelah bersepakat, jamuan kesyukuran telah diadakan pada hari selasa yang lepas. Menu kali ini nasi Arab bungkus daripada Restoran Half Moon, Persiaran Serdang Perdana.

Sungguh rasa senang berurusan dengan tauke Restoran Half Moon, Puan Suriati. Janji datang ambil pukul 11:00 pagi, pukul 10:30 dia telefon, bungkusan telah siap.


Ambil bungkusan di belakang kedai, sebab kedai buka pukul 12:00 tgh.

 Dikesempatan ini kami mengadakan Solat Hajat, untuk anak anak yang sedang menduduki SPM disamping hajat hajat yang lain.

Membaca Surah Yasin, dihadiahkan kepada kedua ibu bapa serta kawan kawan sepejabat yang telah mendahului kita.

 Doa selamat

Memeriahkan lagi majlis, menyambut hari ulang tahun kelahiran untuk kakitangan yang tarikh hari jadi pada bulan Oktober dan November.

 Sahrom, Hadafi, Noor Talib, Abd Razak

 Saidatul, Zahlela, Musaliza, Roslizaini

 Noriazira, Ermarena, Hafiza dan Haslinda


 Doa untuk mereka, moga terus berjaya di dunia dan di Akhirat


Firman Allah swt.


"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

Surah Al-'Ankabuut 29 : 69



WASSALAM

Thursday, November 8, 2012

Tanda Apa Ni


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semalam anak bongsu minta tolong ikatkan buku buku pinjaman


Terima kasih daun keladi


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? Baginda s.a.w. menjawab, hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


WASSALAM

Wednesday, November 7, 2012

Petai Jawa/Belalang



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

N3 saya pada 25 September 2012, menceritakan mengenai sambal petai jawa/belalang.
Ada antara kawan yang ingin melihat gambar petai yang belum dikopek lagi.
Kali ini saya paparkan gambar petai jawa/belalang.

Berita mengenai 6,000 hektar akan ditanam dengan petai belalang di Marang


Buah petai yang telah dipetik

Warna yang hijau itu sesuai untuk dipetik
kalau yang warna hitam tu...dah tua...kurang lemak

Pokok petai
warna hijau dan puteh tu, bunganya (kembang bulat)


HADIS MENGENAI WANITA

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dia di mana-mana pintu yang dikehendakinya tanpa dihisab


WASSALAM

Sunday, November 4, 2012

Bunga Sakura Menghiasi Kawasan Pejabat


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Musim bunga sakura berulang lagi
tapi tidak nampah indahnya, kerana seiring dengan musim hujan


Tengah berangan musim bunga di Beijing


Hukum Tabur Bunga di Kubur


Berkenaan dengan menabur bunga, saya merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-65 yang bersidang pada 13 Oktober 2004. Mereka telah membincangkan Hukum Amalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur. Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan membawa bunga ketika menziarahi kubur adalah tidak digalakkan dari perspektif agama.

Oleh itu, dapatlah saya rumuskan bahawa amalan membawa bunga dan menabur bunga di kubur tidak menepati ajaran Islam dan tidak mempunyai dalil yang sahih daripada hadis-hadis Nabi SAW.




WASSALAM

Friday, November 2, 2012

Al Rawsha - Kak Yang Belanja


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Cuti Hari Raya Aidil Adha yang lepas, anak anak ada berkumpul, kecuali Kak Ngah yang tak balik kerana jauh di perantauan.

Kak Yang belanja kami nasi Arab sempena hari ulang tahun kelahiran ibunya di Al Rawsha, berhampiran bulatan Kampung Pandan.

Kak Yang bersama ibunya




Lamb & Chicken Madghut (untuk 5 orang) RM45.00
Lamb Kebsa RM19.00





HADIS MENGENAI WANITA

Barang siapa yang mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 saudara perempuan lalu bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab,maka baginya Syurga


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...