Wednesday, September 12, 2012

Doa Selamat Daripada Kawan-Kawan Sepejabat


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan sepejabat atas memanjatkan doa-doa kesejahteraan untuk keluarga saya, serta semua keluarga kita.

Mengambil kesempatan dalam bulan Syawal ini, pada tengah hari, hari isnin yang lepas menjemput kawan-kawan sepejabat datang ke rumah.











PAHALA MENDOAKAN ORANG LAIN

Daripada Abi Al Dardak RA bahawasanya Rasullulah SAW bersabda :

Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya tersebut, 
berkatalah malaikat yang bertugas itu Amin..dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga.

(Daripada Abi Al Dardak RA)



WASSALAM

Monday, September 10, 2012

8/9/2012 - Sabtu - Solat Hajat, Yasin dan Tahlil di Rumah Adik


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ini agenda saya yang ke empat pada hari sabtu minggu lepas. Pergi ke rumah adik di Bandar Tun Hussen Onn, Cheras.
Kerana giliran dia pula jadi tuan rumah untuk keluarga kami. Majlis ini khusus untuk mendoakan kecemerlangan bagi anak-anak kami, terutama yang menduduki peperiksaan tahun ini, disamping beraya.
Seperti biasa diadakan Solat Isyak, Solat Hajat, Bacaan Yassin, Tahlil dan doa selamat.





Doa pohon ilmu bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima

Doa yang dibaca oleh Rasulullah saw. selepas solat subuh.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً.

Maksud :“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amal yang diterima.”

( Sahih Ibn Majah)
Terima kasih : LI&TB



WASSALAM

Sunday, September 9, 2012

8/9/2012 - Sabtu - Hantar Kak Ngah ke KLIA


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah. Kali ini Kak Ngah dapat cuti selama sebulan, kebetulan pula pada bulan Ramadhan dan Syawal. Ringan la sedikit kerja-kerja ibunya. Sebelum ini Kak Ngah cuma dapat balik ke tanah air lebih kurang sepuluh hari ajer.

Pertama kali naik Loin Air, sebelum ini pernah naik MAS, Air Asia dan KLM. Mencari yang termurah.






Rasulullah saw. pernah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain, Baginda saw. membaca:

أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

“Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada semua syaitan, binatang berbisa dan pandangan mata yang jahat.”
[ Imam al-Bukhari]

Sekiranya anak anda lelaki maka tukar perkataan yang bergaris dengan (أُعِيْذُكَ ) dan anak perempuan dengan (أُعِيْذُكِ )

Semoga dengan berkat doa Nabi saw. ini si anak sentiasa terselamat daripada sebarang gangguan yang tidak diingini.

terima kasih : LI&TB


WASSALAM

Saturday, September 8, 2012

8/9/2012 - Sabtu - Jamuan Aidil Fitri Taman


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tahun ini tak dapat nak membantu urusan pesedian Majlis Jamuan Aidil Fitiri Taman kami kali ke 21. Kerana paginya menghantar Kak Uda mendaftar di UiTM, Shah Alam. Lepas ini nak hantar Kak Ngah ke KLIA pula.

Bermakna kami telah tinggal di taman ini selama 21 tahun. Ada yang bergurau, dulu riba anak, sekarang ini riba cucu pula.....






Menu tahun ini nasi briyani, nasi impit, laksa, kek, rojak buah dan kuih muih.



Hari Raya: Hari Untuk Bergembira

Dari Aisyah r.a katanya:
”Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar:”Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w ?” Hari itu adalah hari’Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya (‘Id) dan hari ini adalah hari raya kita.”

(Muslim)



WASSALAM

Friday, September 7, 2012

8/9/2012 - Sabtu - Hantar Kak Uda Daftar di UiTM Shah Alam


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pukul 7.15 pagi Sabtu lepas hantar Kak Uda daftar di UiTM, Shah Alam.


 ingatkan datang awal tak ramai orang
rupa-rupanya ramai orang yang datang lebih awal lagi

 tempat parkir yang lapang

 naik bas antara tempat parkir dengan asrama

 saya puji pengurusan mereka
kerana ibubapa tidak menunggu lama untuk pendaftaran

 kakak-kakak pemberi semagat

Insyaallah, tiga tahun disini

Doa Penerang Hati


WASSALAM

Thursday, September 6, 2012

My Handwriting: Dalam kenangan..

My Handwriting: Dalam kenangan..

Assalamualaikum Anna

Al Fatihah

Solat Hajat, Tahlil dan Beraya 1433


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada malam 31 Ogos, Jumaat yang lepas, kebetulan anak-anak ada berkumpul. Saya menjemput adik-adik datang kerumah untuk beraya.

Disamping membuat majlis bacaan Yasin, Tahlil, dan doa selamat. Serta Solat Hajat khas untuk anak dan anak-anak saudara yang akan menduduki peperiksaan tahun ini.




” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq, Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.
Amin Ya Rabbalalamin..”



WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...