Wednesday, November 2, 2011

Mendaki Jabar Nur-Gua Hira'-Umrah 2011-32

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Gua Hira' adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar.


Umrah kali ini berkesempatan menrziarah ke Gua Hira' di Jabal Nur. Gua tempat Rasulullah SAW menerima wahyu untuk pertamakalinya dari Allah SWT melalui Malaikat Jibril, ia itu surah Al Alaq.


Tujuan kami adalah ingin merasakan seberapa berat perjalanan Rasulullah ke puncak gunung itu, serta isterinya Siti Khadijah menghantarkan makan untuk suaminya.


Letak Jabal Nur sekitar 6-5 kilometer sebelah utara kota Mekah. Kami berangkat setelah selesai solat Insyak dan makan malam. Ini antara lain untuk mengelak daripada panas terik matahari dan situasi yang semakin siang biasanya semakin ramai peziarah dari Pakistan dan Turki

Untuk mencapai tempat berkhlwatnya (mengasingkan diri) Rasululah SAW tersebut, yang pasti diperlukan sikap optimis dan keyakinan diri untuk sampai ke puncak. Ketinggian Gua Hira lebih kurang 755 miter dari kaki atau dataran terendah di sekitar Jabal Nur.

Perlu memakai kasut yang sesuai dan belakalan air minuman yang secukupnya.


permulaan mendaki

atas kepala kelihatan jam tinggi di Masjidil Haram

sudah terasa mengahnya, tapi masih ada 385 miter lagi

pondok rehat yang disediakan

naik berbelas anak tangga berhenti sekejap dan rehat

kelihatan bandar di kaki bukit, nampak sayup ajer

adoii hai.. jauh lagi

pendakian semakin sukar

kata ustaz yang mengiringi kami, tangga dan pagar pemegang itu dibuat oleh orang orang Turki


muka masing masing dah merah...

kebersihan tidak diutamakan
walaupun ada papan tanda memohon menjaga kebersihan

30 miter lagi

banyak terdapat pondok pondok

boleh kelihatan Masjidil Haram

melepaskan keletihan....25 miter lagi

Untuk mencapai gua Hira', peziarah harus turun sedikit dari puncak gunung, sekitar 5 meter saja. Namun, keadaannya agak sukar, kerana harus melalui batu-batu besar.

pintu untuk ke Gua Hira'

lorong untuk masuk kedalam

setelah sejam mendaki, kami kumpulan pertama malam itu sampai ksini.
Alhamdulillah

Sebenarnya, pemerintah Arab Saudi tidak menganjurkan para peziarah untuk mendaki gunung ini. Ini terlihat pada papan pengumuman pemerintah Arab Saudi di jalan masuk menuju gunung. Imbauan ini ditulis dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Indonesia. “Saudara kaum muslim yang berbahagia: Nabi Muhammad SAW tidak menganjurkan kita untuk naik ke atas gunung ini, begitu pula salat, mengusap batunya, mengikat pohon-pohonnya, dan mengambil tanah, batu, dan pohonnya. Dan kebaikan adalah dengan mengikuti sunah Nabi SAW, maka janganlah Anda menyalahinya”.


Meski ada larangan ini, namun peziarah tidak mempedulikannya. Bahkan, Apabila musim haji semakin dekat, maka Jabal Nur ini akan semakin ramai diserbu oleh para peziarah.


Wassalam

40 comments:

  1. banyaknya gambar atuk pergi sana
    ni mesti penuh memory card ni.. insyaALLAh, satu hari nanti suya pun nak pergi sana

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum atuk : hermmm... kebersihan tidak di jaga dan vandalisma teruk... memalukan kan...

    ReplyDelete
  3. Salam Suya

    siap bawa pen drive lagi....he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Afeezz

    disni tiada bin laden group bertugas..he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. salam TH,

    Subhanallah..hebatnya laluan rasulullah dalm bermunajat.
    Kini telah atuk susuli degn penuh hemah lagi semangat...betapa kekuatan itu telah ditemui muga terus subur dalm sanubari..

    namun sayngnya tiada kesedaran sivik mncemarkan laluan. Sayangnya org islam sendiri yg mencontengnya..tak malukah mereka..andai rasullullah masih besama...

    semuga ALLAH mudahkan pejlan hidup kita dlam mencari redzaNYA

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum atok..


    trime kasih atas semua pic nie..sejuk mata saya memandangnya

    ReplyDelete
  7. Mgkn mereka daki sekadar utk merasai pengalaman. Semoga niat mrk skdr utk beriada dan menikmati sejarah saja.

    Wah, kali ke bape Atuk bt umrah tu?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Atuk;
    Alhamdulillah dah ada pengalaman mendaki, ummi pergi bulan puasa, takdelah aktiviti mendaki tu, teringin jugak rasanya tapi tak tau lah larat ke tidak.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Tn Hj,

    Semasa Umrah 2007 tu pun hanya setakat di kaki gunung je pasal lawatan ke situ kejap je sebab waktu dah tengahari....Masa musim Haji 1431 tak sempat melawat ke situ....Alhamdullilah sampai juga Tn Hj ke atas gunung tersebut.

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikum wbr Tn Hj Rozali.

    Alhamdulillah, sampai juga tuan ke Gua Hira'. Saya masih belum berkesempatan ke sana atas faktor kesihatan (gout) dan usia.

    Bayangkan Umm Mukminin, Siti Khadijah saban ke sana menghantar bekalan kepada Rasulullah S.A.W. walhal pada masa itu tidak ada anak-anak tangga seperti sekarang. Subhanallah!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..
    seronoknya tenuk semua gambar2 ni..insyallah satu hari nanti sy akan ke sana juga bila tiba masanya.

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Ain

    betul2 mengah...keinginan yg kuat sahaja untuk sampai kesana

    amin amin

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Sahrom

    beramal di Tanah Suci
    kebanyakannya menggunakan tenaga
    elok sahrom pasang niat untuk pergi kesana masa muda ni..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Salam Fara

    Insyaallah
    niat mereka baik2

    baru sekali ajer...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Ummiross

    Insyaallah
    perlahan2 mendaki, akan sampai....

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam Tn Hj Pesona

    Alhamdulillah
    memang pasang niat drp M'sia, nak daki
    nak rasa macam mana nabi kita alami..

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Tn Hj MSH

    betul2 mengah dan semput...
    tapi sampai kat atas
    hilang rasa penat

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Nyanyisunyi

    Insyaallah
    saya doakan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. assalam bro rozali,

    MASYALALLAHHH..

    ReplyDelete
  20. bila la nak sampai kat sini? takut tak sempat je

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum atuk
    subhanallah betapa rindunya nak ke sana

    ReplyDelete
  22. hmm bru tau yg tidak digalakkan menaiki gua hira ni :)

    ReplyDelete
  23. Waalaikumusalam Yan

    Yan kena merasai bagaimana sukar Siti Khadijah membantu suaminya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  24. Salam Zul

    Insyaallah
    dengan semangat yg tinggi

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  25. Waalaikumusalam Ummu

    selalu menatap gambar2 semasa dissana

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  26. Salam Saiazuan

    Insyaallah
    jemaah Malaysia tidak melakukan perkara2 yg dilarang...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  27. Aslkm

    Tahniah sbb sampai ke 755 m tu. Nabi dulu macammana ya..
    Kita2 org pandang je tpt tu.
    Shahdunya di atas...

    ReplyDelete
  28. salam. ingin sekali utk sampai ke sana. Amin! :)

    ReplyDelete
  29. mungkin sebab jarang2 dapat pi..bila sekali pergi tetap nak daki naik jugak walaupun tak digalak kan..

    ReplyDelete
  30. Waalaikumusalam Mama Ju

    berazam semasa pergi haji tu hari...
    Alhamdulillah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  31. Waalaikumusalam Acik

    elok masa muda2 ni
    tenaga masih kuat lagi...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  32. Salam Diana

    yg tak digalakan tu, sebab ramai buat perkara yg nabi tak buat...

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  33. alhamdulillah....akak belum sampai kat situ...mungkin tak kot..

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum...

    seronok dan teruja lihat gambar2 di blog ni.
    teringin nak lihat sendiri
    Insyaallah saya akan ke sana :-)

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum....
    orang memang macam tu lah....
    signboard kata 'jangan'..situ lah yang orang nak buat jugak...
    harap2 satu hari nanti ada rezeki jejak kan kaki kat sini..insya allah..

    ReplyDelete
  36. Salam Kak Nab

    memang kena ada ketahanan mental dan fizikal untuk ke Gua Hira' ni

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  37. Waalaikumusalam Nae

    Insyaallah
    nekat yg tinggi...akan sampai
    saya doakan juga

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  38. Waalaikumusalam Eita

    Insyaallah
    ada rezeki eita akan jejak kaki kesana juga

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  39. Salam..Subhanallah Maha suci Allah..Ana pun bersyukur dapat sampai ke puncak dengan rasa rendah hati sebagai hamba Allah dengan kebesaran dan keajaiban yang terjadi pada diri Ana..
    Ana terpanggil utk mencerita ringkas pengalaman ana utk berkongsi apa yg ana rasa dari kehebatan kekuasaan Allah yg ditunjukkan pada ana.
    Ana tunaikan haji 2010 dgn pemergian dalam keadaan pergelangan kaki yg teramat sakit.Puas ana berubat hospital dan cara kg tapi hanya seketika,boleh berjalan 15/20 min pasti kena berhenti yg lama utk bergerak semula.
    Ringkasnya melihat Jabar Nur dr kaki bukit MashAllah teramat tinggi dgn jalan yg tdk rata..mustahil rasanya boleh sampai dgn keadaan Ana sakit ketika itu. Tak tau dari mana dtg keazaman ana bertekad mendaki dgn penuh kepayahan lambat dan kerap berhenti.Allah saja yg tau betapa peritnya tapi bila mengimbau kepayahan SAW ana ambil sebagai semangat.
    Akhirnya ana sampai jua dgn penuh kesyukuran dan menangis sambil sayup mata memandang jauh menara jam masjidil Haram.. Ana menangis merasakan jejak2 Rasulullah kepayahan ketika itu dgn sirahnya.
    Dalam perjalanan turun ana terasa sesuatu yang kelainan.. semakin ana turun semakin laju ana melangkah.Ya Allah ana sungguh berkata benar dan tdk bermaksud riak tapi disinilah Allah memberi Kun fa ya kun' betapa besarnya kekuasaan Allah pada hambanya dn RahmatNya ana seperti sediakala baik kaki ana yang sebelum ini lama mengidapnya..Lalu terus berjumpa Ustaz yg tunggu dikaki bukit dgn rasa syukur dan menangis gembira.. Sampai skrg situasi itulah sentiasa dalam ingatan dan InshAllah takwa lah pd Allah maha Penyayang..Amin

    ReplyDelete
  40. Salam..Subhanallah Maha suci Allah..Ana pun bersyukur dapat sampai ke puncak dengan rasa rendah hati sebagai hamba Allah dengan kebesaran dan keajaiban yang terjadi pada diri Ana..
    Ana terpanggil utk mencerita ringkas pengalaman ana utk berkongsi apa yg ana rasa dari kehebatan kekuasaan Allah yg ditunjukkan pada ana.
    Ana tunaikan haji 2010 dgn pemergian dalam keadaan pergelangan kaki yg teramat sakit.Puas ana berubat hospital dan cara kg tapi hanya seketika,boleh berjalan 15/20 min pasti kena berhenti yg lama utk bergerak semula.
    Ringkasnya melihat Jabar Nur dr kaki bukit MashAllah teramat tinggi dgn jalan yg tdk rata..mustahil rasanya boleh sampai dgn keadaan Ana sakit ketika itu. Tak tau dari mana dtg keazaman ana bertekad mendaki dgn penuh kepayahan lambat dan kerap berhenti.Allah saja yg tau betapa peritnya tapi bila mengimbau kepayahan SAW ana ambil sebagai semangat.
    Akhirnya ana sampai jua dgn penuh kesyukuran dan menangis sambil sayup mata memandang jauh menara jam masjidil Haram.. Ana menangis merasakan jejak2 Rasulullah kepayahan ketika itu dgn sirahnya.
    Dalam perjalanan turun ana terasa sesuatu yang kelainan.. semakin ana turun semakin laju ana melangkah.Ya Allah ana sungguh berkata benar dan tdk bermaksud riak tapi disinilah Allah memberi Kun fa ya kun' betapa besarnya kekuasaan Allah pada hambanya dn RahmatNya ana seperti sediakala baik kaki ana yang sebelum ini lama mengidapnya..Lalu terus berjumpa Ustaz yg tunggu dikaki bukit dgn rasa syukur dan menangis gembira.. Sampai skrg situasi itulah sentiasa dalam ingatan dan InshAllah takwa lah pd Allah maha Penyayang..Amin

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...