Monday, November 19, 2012

Amalan Kita Untuk Si Mati



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Allahyarham Azizam Abd Aziz (Ijam) telah selamat dikebumikan pada pukul 12:00 tengahari semalam di tanah Perkuburan KL-Karak, Taman Selaseh.






Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah segala dosa yang dilakukannya dan rahmatilah ia, masukan dia ke dalam gulungan orang orang yang soleh dan beriman, lapangkan kuburnya serta terangkan kuburnya dengan cahaya Syurga.

cerita berkaitan di sini



Soalan: Apakah si mati dapat mengambil manfaat dari amalan orang yang masih hidup untuknya?

Jawapan;

Dalam persoalan tersebut ada perkara yang disepakati oleh para ulama’ dan ada perkara yang tidak disepakati (yakni timbul khilaf).

Adapun perkara yang disepakati oleh para ulama’ ialah si mati akan mendapat manfaat dari doa, istighfar, sedekah dan ibadah-ibadah badaniyah-maliyah yang boleh menerima niyabah (gantian) seperti haji dan puasa. Amalan-amalan tersebut telah disepakati oleh para ulamak bahawa ia akan sampai dan akan memberi manfaat kepada si mati di alam barzakh. Dalil-dalil mereka ialah;

1. Firman Allah:

“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu"”. 

(al-Haysr: 10)

Ayat di atas menceritakan tentang sikap orang-orang beriman yang datang kemudian selepas generasi sahabat iaitu mereka mendoakan keampunan untuk diri mereka dan juga orang-orang yang sebelum mereka. Ayat tersebut menjadi dalil bahawa memohon keampunan untuk orang yang telah mati akan memberi manfaat untuknya.


2. Doa Nabi s.a.w. kepada Abi Salamah r.a. ketika kematiannya sebagaimana yang diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a.:

“Rasulullah s.a.w. masuk kepada jenazah Abu Salamah (pada hari kematiannya) dan sesungguhnya matanya terbuka, lalu baginda memejamkannya (yakni baginda menutup kelopak matanya dengan tangan baginda). 

Kemudian Nabi bersabda: 
“Sesungguhnya ruh ketika dicabut, diperhatikan oleh mata (yakni ketika ruh ditarik keluar dari badan, mata melihat ke mana ruh pergi)”. 

Lalu beberapa orang dari keluarganya berpekikan. Maka Nabi bersabda: 
“Janganlah kamu menyeru kepada mayat-mayat kamu melainkan dengan suatu kebaikan kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan”. 

Kemudian Nabi s.a.w. berdoa:
اللَّهمَّ اغْفِرْ لأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ

“Ya Allah! Berilah keampunan kepada Abi Salamah. Angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk. Jadilah penggantinya bagi anak-anaknya yang masih tinggal. Kurniakanlah keampunan untuk kami dan untuknya, wahai Tuhan sekelian alam. Lapangkanlah untuknya di dalam kuburnya dan terangilah untuknya di dalam kuburnya”.

(Riwayat Imam Muslim)

Hadis di atas menjadi dalil bahawa doa orang hidup akan memberi manfaat kepada si mati sekalipun doa itu bukan datang dari anaknya.


petikan dari sini



WASSALAM

7 comments:

  1. Innalillah...

    Semoga tenang roh gemulah di sana.

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah...

    Kita yg masih hidup perlu ambil iktibar bahawa mati itu dekat dgn kita kan Atuk..Tak perlu tunggu kanser stage 4.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah..

    Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh saudara seIslam kita ini dan ditempatkan di kalangan insan2 yg diredhaiNYA.....

    ReplyDelete
  4. Alfatihah...semoga keluarganya tabah menghadapi uijanNYA...

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah, moga rohnya ditempatkan disisi orang2 yang beriman.Semoga tuan haji Manzlie dan ahli keluarga terus tabah.

    ReplyDelete
  6. Tidak ada satupun yang boleh memberi manfaat kepada si mati, melainkan doa dari orang yang hidup supaya Allah ampunkan dia dan pahala dari harta waqafnya, dan pahala dari ilmunya yang digunakan orang, dan pahala meninggalkan anak yang soleh yang sering mendoakan dia.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...