Friday, November 23, 2012

Doa Untuk Ammar Menduduki Peperiksaan SPM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

N3 baru sila scroll kebawah

Sama sama kita berdoa, memohon kepada Allah
untuk anak anak kita, anak saudara mara serta anak sahabat handai
yang sedang menduduki peperiksaan



DOA IBU BAPA UNTUK ANAK SEDANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu Ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu Ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima oleh Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu Ya Allah. Semata mata kerana Mu Ya Allah. Semata mata kerana Mu Ya Allah. 

Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu Ya Allah.

Ya Allah,
Anak anak kami sedang menduduki peperiksaan SPM Ya Allah. Kami mohon kepada Mu Ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang sedang mereka hadapi Ya Allah.

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang Ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di Akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah,
Jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa. 

Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku Ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya Ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami Ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan Ya Allah.

Ya Allah
Dengan kecemerlangan anak kami ini, moga akan  bertambah iman kami kepada Mu Ya Allah

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh Ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya Ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli Syurga Ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke Syurga Mu Ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke Neraka Mu Ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah Ya Allah.

Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu Ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami Ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.






Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. 

Bantulah kami Ya Allah.

Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rabbul Alamin.



WASSALAM

35 comments:

  1. assalamualaikum atuk

    selamat berjaya kepada ammar

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum atuk

    goodluck utk ammar.semoga segalanya berjalan lancar.amin.

    ReplyDelete
  3. semoga Ammar berjaya dgn cemerlang! saya doakan juga

    ReplyDelete
  4. salam sejahtera,
    Moga yg terbaik utk Amar dan semua yg duduki SPM.
    Doa tu bagus betul...mcm biasa dgn tak malunya mama minta izin nak copy masuk ke blog mama..okkan.

    Wah lawa rambut Ammar!

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum atuk...selamat dan moga berjaya yer...:)

    ReplyDelete
  6. Salam Atuk...

    Doa yang terbaik buat Ammar. Berjaya dalam SPM berjaya dunia berjaya akhirat.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Atuk..

    Amin,amin..ya Allah perkenankanlah doa ini.

    Good luck Ammar, do your best!

    ReplyDelete
  8. salam tuk

    semoga ammar berjaya .. insyaallah berkat doa dan usaha selama ini ;)

    wajah dia pastinya wajah atuk masa mudee kan ;)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..

    Insyaallah dengan izinNYA semoga ammar berjaya..terima kasih atas perkongsian doa...

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum atuk,

    BHS share doa ini...

    ReplyDelete
  11. Mudah-mudahan semua akan berjaya.amin

    ReplyDelete
  12. anak saya pun ambik periksa SPM..terima kasih dengan doa itu....

    sama2 la kite berdoa agar anak2 kite semua dipermudahkan menjawab soalan itu nnt...aminn

    ReplyDelete
  13. G9 for exam..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Moga semuanya dipermudahkan dan akan menghasilkan keputusan seperti yang diharapkan

    ReplyDelete
  15. Insyaallah, semuga semuanya dipermudahkan.Ameen

    ReplyDelete
  16. Amin.. semoga anak PHD dan semua anak2 yang menduduki SPM mencapai kejayaan cemerlang..

    ReplyDelete
  17. Ameen.. semoga segalanya d permudahkan..semoga anak2 kita menjadi insan yang cemerlang gemilang terbilang dunia dan akhirat :)

    terima kasih atuk atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  18. semoga dipermudahkan urusan mereka, amin :)

    ReplyDelete
  19. spm kini masuk ke zon subjek killer.. apa2pun.. berkat doa dan usaha yg berterusan, insyaallah semuanya baik-baik saja..

    t kasih kerana sudi menjenguk blog saya ..atuk..

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikom
    Semoga amar lebih tabah dan cekal dlm menhadapi peperiksaaan SPM nanti...amen...
    JazakaAllah

    ReplyDelete
  21. Salam En.Atuk,

    Berkali-kita org mendoakan kejayaan Ammar, Inshaa Allah....straight A nanti.

    Ammar, semoga berjaya!

    ReplyDelete
  22. amin.. semoga kejayaan yang cemerlang menjadi milik mereka hendaknya insyaAllah..

    ReplyDelete
  23. Amiin... moga anak2 saya juga berjaya dengan cemerlangnya

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...