Friday, May 10, 2013

Beijing 2013-5, Pusat Sutera

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari pertama
melawat ke Silk factory.Teruja juga hati ni hendak melihat kain sutera China. Satu masa dahulu,pakaian Maharaja dan Maharani China juga diperbuat daripada kain sutera.


Ulat-ulat sutera ini akan membuat kepompong. Jika dalam satu kepompong mempunyai ulat sutera kembar, benang yang terhasil adalah beselirat, benang ini tidak sesuai untuk dijadikan baju sutera, tapi digunakan untuk membuat cadar dan selimut.


 Mendengar penerangan bagaimana proses daripada ulat sutera umur seminggu hingga menjadi kain sutera





 Inilah kain cadar yang terhasil, memang nampak cantik dan halus buatannya.
satu cadar harganya RMB1500.00 (RM750.00)


 Harga? Mahal gak....maklumlah kedai government, mesti nak cover komisen si amoi-amoi tu semua.

Yang tak sanggupnya si amoi tu asyik mengekori kita ajer, macam paksa suruh beli. Kalau agak tak nak beli lebih baik beransur keluar.

 Pada zaman dahulu, sutera hanya dipakai oleh orang istana sahaja

 Harga semasa

Di depan kilang sutera

Rasulullah saw bersabda:


sesungguhnya jihad yang paling besar adalah mengungkapkan kalimat kebenaran di hadapan sultan yang zalim.



HR. Tirmidzi



“Jihad yang paling afdhal adalah dengan berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.”



[Riwayat at-Tirmidzi no. 2174, Abu Daud no. 4344 dan an-Nasa’ie no. 7834]




Berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim menjadi jihad yang paling afdhal kerana apabila seseorang sedang berjihad di medan perang, ia berada dalam dua kemungkinan iaitu menang ataupun kalah. Namun ketika berhadapan dengan pemerintah yang zalim, pastinya seseorang yang berkata benar itu tidak akan menang (secara fizikal dan penilaian duniawi) kerana pemerintah itu sedang berkuasa penuh.




WASSALAM

9 comments:

  1. Berselimut dengan selimut semal itu mesti tidur lebih lena ye atuk?

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya atuk... baru semalam tengok drama bertajuk asmara di beijing terus teringin nak ke sana...

    ReplyDelete
  3. wah..dapat pegang lagi..bestnya...

    ReplyDelete
  4. Memang tak selesa kan bila promoter/salesgirl asyik ekori kita aja....hihihihih...

    ReplyDelete
  5. Ulat sutera tu ada macam ulat belencas tak? Saya fobia lihat semua jenis ulat..

    ReplyDelete
  6. assalam,

    bestnyer selama ini dengar criterjer...ini dapat lihat depan mata...

    ReplyDelete
  7. Tak pernah sampai lg kat situ...ada rezeki nk jgk merasa ke tpt org...

    ReplyDelete
  8. salam atuk

    jumpa laksamana cheng ho tak hehe

    ReplyDelete
  9. seronok nyee tuk dpt tgk secara live macam nie .. bukan senang .. cantik2 dan lembut2 sutera nie kan ;)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...